THE JKM PSP STUDENT BLOG

1.0 SAFETY VALVE

Untuk mengelakkan tekanan boiler mencapai tahap tekanan maksimum dan membahayakan keselamatan. Safety valve akan melepaskan stim ke atmosfera secara automatik apabila telah mencapai tekanan maksimum yang telah ditetapkan. Ini dapat mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Tekanan maksimum dapat ditetapkan dengan melaraskan pelaras yang bersambung dengan spring pada safety valve.

Dipasang bahagian penghasilan stim yang paling atas di boiler.

2.0 PRESSURE GAUGE

Untuk menunjukkan nilai tekanan yang sebenar untuk mewujudkan keadaan operasi yang selamat.

Siphon diletakkan sebelum tolok tekanan untuk melindunginya dari kerosakan.

Dipasang bahagian penghasilan stim yang paling atas di boiler

2 jenis yang selalu digunakan ialah :

i) Bourdon

ii) Diaphragm



More details here !!!

Source from : http://fatimberlake.blogspot.com/




Dinamakan Water tube Boiler A – Type kerana berbentuk seperti huruf “A”

Bahagian atas = Steam Drum

Bahagian bawah = Mud Drum

Steam drum – untuk asingkan stim dan air dengan bantuan Steam Seperator

Mud drum – air yang kotor terkumpul di sini dan akan dikeluarkan



More details here !!!

Source from : http://fatimberlake.blogspot.com/

E1063 Teknologi Elektrik 1

by s i p u t u r b o | 8:54 PM in | comments (1)

Unit 1 Pengenalan Kepada Litar Elektrik

Unit 2 Analisis Litar Elektrik

Unit 3 Sistem Bekalan Elektrik

Unit 4 Sistem Pemasangan Elektrik

Unit 5 Prinsip Asas Pearuh

Unit 6 Prinsip Asas Pemuat

Unit 7 Litar Arus Ulang Alik (Au)

Unit 8 Sistem Tiga Fasa

Unit 9 Kaedah Sambungan Sistem 3 Fasa

Size 1.4 MB


Download


Contributor : Student of Politeknik Ungku Omar

PSP Sports Carnival 2008

by s i p u t u r b o | 8:23 PM in | comments (0)

Date : 26 April 2008
Time : 830 AM - 3 PM
Day : Saturday
Venue : Soccer field, sports complex, netball court and volleyball court.
Game : Futsal, table tennis, badminton, netball and volley ball
Event Management : Average
Player Satisfaction : Average
My Achievement : Table Tennis Double ( 1st )
Rating : 5/10
Organizer : Jabatan Perwakilan Pelajar PSP

Pengucapan Awam Part 2

by s i p u t u r b o | 9:41 AM in | comments (0)

Gaya Penyampaian


Gaya Lisan dan Gaya Penulisan
Gaya lisan lebih bersifat personal, menggalakkan interaksi di antara pengucap dan audiens, tidak formal dan selalu berulang.
Gaya penulisan adalah kurang personal dan tiada interaksi yang spontan di antara
pengucap dan audiens, lebih formal dan kurang pengulangan.

Menggunakan kata-kata dengan berkesan
Gunakan kata-kata yang konkrit untuk mengekalkan tumpuan audiens.
Elakkan kata-kata kesat, stereotaip atau hanya tertumpu kepada kumpulan tertentu sahaja supaya tidak berat sebelah.

Membina kata-kata yang menjadi ingatan
Gunakan kata-kata konotatif dan denotatif yang sesuai.
Gunakan Kata-kata yang Dramatik

Tangan dan jari
Untuk menunjuk arah atau waktu, menerima atau menolak, memecah atau membahagi.
Tangan terbuka ertinya submissive
Tangan tertutup ertinya dominan
Tangan di muka, dagu, kepala dll
Jari telunjuk - agresif
Genggam tangan - bersemangat

Pengawalan Suara Kelantangan
Nada - tinggi untuk penekanan idea, rendah untuk merayu
Jeda - Berhenti sekejap di hujung ayat selepasan penekanan. Tujuannya untuk beri audiens berfikir. Jangan terlalu lama. Jangan berhenti di tengah ayat.
Pengulangan - penting untuk penekanan idea. Tidak semua perkata/ayat boleh diulang

Pengawalan Suara
Sebutan tepat - tidak mengelirukan audiens.
Jangan guna sebutan daerah kecuali untuk berjenaka atau di tempat setempat.
Elakkan embolalia - Jangan sebut ahhh, mmmm, apa ni, what they call etc. Jangan
guna perkataan yang tidak membawa apaapa makna eg. maka, arakian, jadi, so , then, dll.

Bahasa Badan
Ucapan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahasa badan yang baik dan terkawal kerana ia boleh menarik pemusatan perhatian dan fikiran audiens
Geraklaku kita semasa berucap menjadi perhatian audiens termasuk kebersihan diri dan pakaian serta kesesuaiannya


Bagaimana yang dikatakan seni pengucapan awam ?

1. Seni memujuk. Selalunya aspek pujukan digunakan pada hujung
pengucapan anda. Ianya tidak bersifat terlalu mengada-ngada sehingga
mendatangkan kebencian audience tetapi teknik pujukan ini secara
"gentleman" yang dimempersonakan. Selalunya kemahiran teknik ini
digunakan oleh pemidato atau pendebat. Mereka akan menggunakan 1 minit
yang terakhir untuk memujuk audience dan hakim mempercayai terhadap
hujah mereka. Selalunya nada yang syahdu serta berkeyakinan. Jika
teknik ini digunakan sepenuhnya, i mampu membuatkan para penonton anda
bangun memberi tepukan gemuruh kepada anda.

2. Seni pegunkan audience. Bukan senang untuk melahirkan kepercayaan
audience kepada "speaker". Ianya memerlukan aura yang tersendiri untuk
pegunkan audience. Intonasi suara serta gaya yang berkeyakinan antara
faktor penting untuk mempengaruhi audience. Seluruh anggota badan
termasuk mata serta dijadikan x-factor untuk bersama-sama mempengaruhi
audience. 3. Seni mengubah hipotesis audience. Selalunya audience
akan membuat tanggapan atau "jatuh hukum" awal terhadap topic sebelum
anda membentangkannya. Seorang pemidato yang hebat, mereka dapat
mengubah pendirian seseorang untuk mempercayai mereka pula. Seni ini
memerlukan kepada penelitian, bermain dengan struktur ayat, bahasa dan
fakta. Setiap perkataan yang digunakan diperincikannya. Tidak
hairanlah seorang peguam boleh menang kes dengan hanya kerana satu
perkataan.

4. Seni bahasa badan dan mimik muka. Kita juga akan mudah boring jika
si pembentang hanya berdiri kaku seperti 'robot" menyampaikan hujah.
Tidak langsung menggerakkan badan dan wajah semasa berucap. Jesteru,
kepakaran menggunakan anggota badan sangat penting untuk mempengaruhi
audience seperti senyum, bermain dengan wajah sama ada marah, sedih
dan sebagainya. Audience akan lebih mudah faham jika kombinasi hujah
dan bahasa badan anda disepadukan bersama.

5. Seni gaya bersahaja. Tidak dinafikan untuk mengayampaikan ucapan
dengan bersahaja tanpa gementar bukan mudah. Ia memerlukan latihan dan
pengalaman. Wajah yang tenang, gaya yang bersahaja serta bercakap
dengan spontan antara seni yang terdapat pada seorang yang pemidato
yang hebat. Seni ini selalunya ada pada pendebat-pendebat kerana
mereka hanya diperuntukkan setengah jam sahaja untuk memikirkan tajuk
yang akan dibahasakan. Namun, mereka kebanyakkanya berjaya
menyampaikan hujah dengan spontan dan yakin.

6. Seni menjawab soalan secara spontan. Salah satu babak yang di
takuti oleh pembentang ialah pasa sesi soal jawab. Kebanyakkan dari
pembentang sengaja melanjutkan ucapan mereka menyebabkan masa sangat
suntuk untuk soal jawab. Ada juga audience yang sengaja menanyakan
soalan yang "pelik" dan macam-macam lagi. Memberi respon terhadap
soalan secara spontan adalah satu seni yang perlu dimiliki oelh semua
pembentang. Keyakinan semasa menjawab, memberi respon yang tepat serta
tenang merupakan seni pada pengucapan awam.

7. Seni mengawal suasana serta reaksi audience. Kita akan bertemu dengan berbagai ragam audience. Sikap-sikap seperti tidur, bercakap sesame sendiri di kalangan peserta, mimik muka tanda tidak faham dan mimic muka tanda tidak bersetuju dan sebagainya akan kita ketemui. Bagaimana kita hendak mengembalikan perhatian mereka kepada anda? Bagaimana hendak
memukau mereka untuk faham apa yang diperbincangkan ?
Semuanya ini satu seni yang memerlukan kepada pengalaman serta kemahiran.


Apakah Rahsia Asas Untuk Menguasai Seni Komunikasi Dengan Baik?

Pengalaman Seorang Da’e

Pertama : Sekitar 10 tahun yang lampau (1993 : umur saya 13 tahun),
ketika saya baru saja menjejakkan kaki ke alam remaja, satu cita-cita
terpahat di dalam diri saya, aku mesti menjadi ahli komunikasi yang
baik! Cita-cita ini terpahat di dalam diri saya buat beberapa lama
sehinggalah saya mempunyai hak milik ke atas duit saku saya sendiri
untuk membeli kaset-kaset ceramah dan sebagainya. Waktu itu, saya
mempunyai beberapa penceramah yang menjadi idola peribadi saya. Saya
mula mengkaji bagaimana penceramah-penceramah ini mengemukakan ideanya
dengan cara yang berbeza antara satu sama lain. Lalu, timbul keinginan
di dalam hati saya bahawa saya perlu memiliki kemahiran ini. Saya
simpulkan, rahsia pertama ialah keinginan! Tanyalah diri sendiri,
mahukah anda memiliki komunikasi yang baik. Kalau ya, anda sebenarnya
sedang menerokai jalan untuk berjaya, dan anda sudahpun 50% berjaya!
Malangnya kalau tidak, rencana ini bukanlah untuk anda!

Kedua : Anda perlu mempunyai ‘sesuatu’ untuk dinyatakan. ‘Sesuatu’
yang dimaksudkan bahan. Seorang penceramah yang baik tidak seharusnya
hanya mempunyai bahan-bahan yang sama sahaja untuk diulangi di tempat
yang sama. Bagaimanakah anda boleh mengumpulkan bahan-bahan seperti
ini? Ia sebenarnya tidaklah terlalu payah di zaman teknologi dan
maklumat seperti sekarang. Anda boleh bercerita tentang kisah-kisah di
dalam Al-Quran dengan membaca kitab-kitab tafsir yang mudah didapati
di perpustakaan. Anda juga boleh bercerita tentang isu-isu semasa
dengan hanya membelanjakan sedikit wang untuk membeli akhbar-akhbar.
Anda juga mungkin boleh membeli kaset-kaset penceramah yang sudah agak
terkenal dan mengkaji bagaimanakah metodologi pendekatan mereka
mengemukakan sesuatu isu. Pepatah Arab juga ada menyatakan :
فاقر الشئ
لا يعطى

Namun anda perlu beringat-ingat apabila berbicara tentang agama
khususnya kisah-kisah yang terdapat di dalam Al-Quran dan hadis.
Pastikan apa yang anda sampaikan mempunyai sandaran yang benar-benar
kukuh! Jikalau tidak, sekali sahaja anda terlanjur, pendengar akan
memandang rendah terhadap anda. Lebih jauh dari itu, anda akan
dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Saya sudah melihat ramai di
kalangan penceramah yang baik namun tidak berhati-hati semasa membaca
nas-nas daripada Al-Quran mahupun Hadis. Kesilapan yang tidak
sepatutnya dilakukan menyebabkan kelemahan tertonjol dengan begitu
jelas.

Ketiga : Seterusnya, apabila anda mempunyai keinginan dan bahan,
kenapakah anda masih gugup untuk berkomunikasi di hadapan khalayak?
Jawapannya, anda memerlukan latihan. Biasakan diri anda untuk bercakap
di hadapan khalayak. Jangan sesekali melarikan diri apabila
dipertangungjawabkan. Tidak perlu menunggu medan-medan yang besar
(seperti rapat umum) untuk berucap, mungkin sudah cukup dengan
kumpulan-kumpulan usrah, kelas pembelajaran dan sebagainya.

Saya masih ingat latihan yang saya terima untuk membiasakan diri dalam
menyampaikan ucapan. Saya dilatih untuk memberikan kuliah di madrasah-
madrasah ketika saya berumur 15 tahun. Masih saya ingat guru saya,
Ustaz Mohd Mansor Haji Daud - sekarang KPP (Pendidikan) YIK – sering
membawa saya ke tempat-tempat beliau menyampaikan kuliah. Beliau
diundang untuk memberikan pengisian di dalam program mahasiswa,
masyarakat kampung dan lain-lain.

Semuanya memerlukan pendekatan yang berbeza. Pendekatan-pendekatan seperti inilah yang didedahkan kepada saya di dalam perjalanan pergi dan balik. Seterusnya, beliau sering
mengarahkan saya untuk menggantikan tempat beliau menyampaikan kuliah dan ceramah di lokasi-lokasi yang berdekatan. Apa yang merimaskan, beliau sering memberitahu saya untuk berbuat demikian lebih kurang 10-20 minit sebelum program bermula! Namun, itulah yang melatih saya dan membiasakan diri saya untuk memberikan ucapan tanpa persediaan.
Sehingga kini, saya sebenarnya berterima kasih kepadanya keana mendera saya sedemikian rupa.

Itu hanyalah sekadar pengalaman, saya yakin seandainya kita semua
sentiasa mencari peluang untuk melatih diri berkomunikasi di hadapan
khalayak, ia mampu untuk menghilangkan gementar dan mengikis gugup.
Apa yang menjadi masalah ialah, ramai di kalangan kita sering
mengelakkan diri bila ditaklifkan untuk berkomunikasi di hadapan
khalayak hatta di dalam kelas sekalipun! Sikap ini ialah sesuatu yang
negatif di dalam hidup kita. Untuk berjaya, anda perlu mengikis sikap
negatif ini.

Ketiga-tiga rahsia asas di atas (keinginan, bahan dan latihan) ialah
perkara-perkara yang bagi saya tidak dapat tidak harus dimiliki oleh
seseorang yang mahu menguasai seni komunikasi. Semakin lama kita
berkecimpung di dalam bidang ini, maka semakin kita masak sebenarnya
dengan asam garam komunikasi yang akhirnya menjadikan kita manusia
yang berpengalaman. Seterusnya, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak
petua-petua yang harus anda amalkan apabila berkomunikasi di hadapan
khalayak. Antaranya :


1. Mengawal perasaan gemuruh : anda harus cuba untuk memerangi
perasaan ini semaksima yang mungkin. Tidak dapat dinafikan, perasaan
ini pastinya akan bertandang tambahan pula jika anda bercakap di
hadapan orang yang anda segan dan hormati (berdasarkan pengalaman
saya, paling sukar ialah berucap di hadapan guru-guru dan pensyarah
kita sendiri). Namun ia perlu dikawal. Anggaplah bahawa anda ingin
menyampaikan bahan yang masih belum diketahui oleh pendengar.

2. Membuka ucapan dengan pembukaan yang baik : Pembukaan yang baik
ialah satu keistimewaan yang mampu menarik pendengar untuk mendengar
ucapan seterusnya. Ucapan biasanya dibuka dengan kata-kata aluan
selepas sedikit puji-pujian kepada Allah, selawat dan doa. Ia satu
pembukaan yang cukup sempurna dan bertepatan dengan sunnah. Seterusnya
anda perlu mengambil berat mengenai protokol ucapan mengikut keutamaan
pendengar dimulai dengan pengerusi majlis sendiri. Pembukaan dan
permulaan ucapan yang baik inilah yang membentuk persepsi awal (first
impression) pendengar terhadap anda. Agak istimewa juga jika anda
dapat memulakan ucapan dengan serangkap pantun, namun ia juga tidak
sesuai jika dilakukan sentiasa.

Elakkan sama sekali menyatakan sesuatu yang membuatkan pendengar
menjadai tidak tertarik dengan apa yang akan anda sampaikan. Sebagai
contoh, anda menyatakan “Maafkan saya kerana tidak bersedia untuk
berucap, ini kerana saya baru saja dimaklumkan..” Perkataan-perkataan
seperti ini seolah-oalh anda ingin memindahkan kesalahan dan kecacatan
ucapan anda kepada orang lain sekalipun anda bukanlah benar-benar
bernita demikian. Buatlah sebaik mungkin dan biarlah pendengar yang
menghakimi mutu ucapan anda.

Jika anda boleh menghafal mana-mana pembukaan ucapan yang
biasa diucapkan oleh Rasulullah SAW, itu lebih baik kepada seorang
da’ie.

3. Bahasa yang sesuai : Sesuaikan bahasa yang ingin digunakan dengan
keadaan pendengar. Jangan sesekali menggunakan bahasa yang terlalu
tinggi dan intelek apabila berbicara dengan masyarakat umum di kampung-
kampung. Ia akan menyebabkan anda ditolak dari awal lagi. Begitu juga
jangan menggunakan bahsa kampung yan rendah mutunya bila berhadapan
dengan golongan yang terpelajar. Ia akan menyebabkan anda dipandang
rendah dan apa yang akan anda sampaikan dianggap sebagai tidak
bermutu. Gunakan contoh-contoh bidalan yang berkaitan dengan
persekitaran pendengar. Sebagai contoh, apabila anda menyampaikan
ceramah agama di hadapan pelajar-pelajar jurusan sains, anda oleh
mendatangkan contoh-contoh yang berkait rapat dengan sains yang
terdapat di dalam Al-Quran.


Source from : J5822 Seminar Julai 2007


Contributor : Mohd Yusouf B. Mokhtar ( 10DJL04F507 )

Pengucapan Awam Part 1

by s i p u t u r b o | 10:15 AM in | comments (0)

Pengenalan


Kefasihan berucap merupakan satu faktor yang penting kepada seorang yang ingin bergelar sebagai pemimpin. Sudah menjadi suatu normal apabila dikaitkan dengan seorang pemimpin, maka biasanya ia dikaitkan dengan kebolehan berucap di khalayak ramai. Kita biasa memberikan reaksi yang negatif apabila mendengar ucapan yang tergagap- gagap,tersekat-sekat atau begitu lama hilang idea ketika berucap. Justeru itu kita dapati pengacara,juruhebah,pemidato malah penjual ubat di kaki-kaki lima yang begitu fasih, lancar dan cekap menggunakan bahasa boleh menarik perhatian kita.

Kemahiran berucap atau kefasihan bercakap kebanyakkannya bersifat semula jadi. Walau bagaimanapun kefasihan atau kecekapan bercakap boleh diperoleh dengan cara sentiasa berlatih. Situasi ini boleh didapati di intitusi pendidikan menengah,tinggi seperti pidato,bersyarah,berbahas dan lain-lain.

Sekiranya kurang latihan, meskipun berilmu pengetahuan tinggi mereka tidak boleh bercakap dngan fasih tetapi ramai orang yang kurang ilmu boleh bercakap dengan fasih dan cemerlang. Alangkah baiknya kalau keadaan ini dapat dikombinasikan dengan baik untuk melahirkan pengucapan yang cemerlang. Sesungguhnya kemahiran berucap merupakan satu seni yang perlukan kemahiran dan kebolehan tertentu untuk menjadikan pengucapan awam yang terbaik.


Jenis Ucapan Berpengaruh


1.Ucapan mengukuhkan sikap dan kepercayaan hadirin

syarahan berbentuk ceramah agama dan kempen politik

tujuan untuk kekalkan sikap dan kepercayaan bagi menolak sebarang godaan atau pujukan

kaedah yang baik ialah ucapan itu berbentuk mencari masalah dan penyelesaian


2. Ucapan untuk mengubah sikap dan kepercayaan

mengajak supaya audien berubah adalah cukup payah

Suatu keadaan persediaan cukup rapi diperlukan dan teknik masalah- penyelesaian boleh digunakan


3. Ucapan mendorong ambil tindakan

dikenali juga sebagai ucapan motivasi

suatu ucapan yang mahu audien melakukan apa yang kita mahu


Kaedah Kawal Gejala Fobia Mikrofon



1.Bersedia Dan Berlatih Secukupnya

sediakan bahan mencukupi dan sebaiknya hafal bahagian penting ucapan kita itu

berlatih buat ucapan dimulut bukan di kepala


2. Cari Pengalaman

cari pengalaman berucap di mana saja dan di depan siapa saja untuk dapatkan rasa keyakinan

dengan pengalaman semakin lama semakin berani kita berada di depan


3. Bayangkan Yang Benar

bayangkan harapan audien tidaklah terlalu tinggi kepada kita

Audien boleh menerima kekurangan kita kerna mereka tahu kita bukan pemidato nombor satu


4. Bergerak Gerak Dan Tarik Nafas

Kajian menunjukkan rasa takut menurun bila kita bergerak-gerak semaa berucap sama ada guna alat bantuan seperti papan tulis, ohp.

Tarik nafas dalam-dalam sebelum bangun dari kerusi dan berjalan ke mikrofon

Kalau masih gemuruh ketika berucap tarik nafas panjang sebelum sambung ayat seterusnya


5. Petua Agama

gunakan ayat-ayat tertentu atau doa yang boleh damalkan bagi mengurangka rasa gemuruh/baca bismillah/selawat tips sebelum berucap dan berada di depan mikrofon


6.1 tunjukkan minat dan rasa seronok hadir dalam majlis itu

6.2 jangan duduk dalam keadaan resah gelisah dan tunjukkan muka letih,tergesa-gesa atau tidak tenang

6.3 semasa bangun dan berjalan menuju mikrofon hendaklah

berjalan dengan badan tegak, bergaya dan bertenaga

6.4 berdiri sebentar di depan mikrofon jangan terus bercakap. pandang wajah-wajah audien seketika kemudian baru mula bercakap.

6.5selepas akhiri ucapan jangan terus tinggalkan mikrofon dan balik ke tempat duduk pandang wajah hadirin dan tunggu sampai mereka berhenti bertepuk baru balik ke tempat duduk


Ciri-ciri Pengucap Yang Berkesan

Kebolehan menyampaikan maklumat dengan jelas.
Mampu mempengaruhi orang lain.
Mempunyai kebolehan "menghibur".

Persediaan Sebelum Berucap atau Berkhutbah
Analisis diri
Analisis audiens
Analisis majlis
Topik ucapan
Gaya penyampaian ucapan atau khutbah

Analisis Diri Pengucap atau Khatib
Pengetahuan tentang topik
Masa persediaan
Minat terhadap topik
Penerimaan audiens pada diri pengucap

Analisis Audiens
Jantina
Umur
Saiz audiens
Agama
bangsa
Ideologi

Format Ucapan
Pengenalan ucapan
Salam dan ucap selamat
Penghormatan protokol
Teknik menarik perhatian
Preview iaitu huraian sepintas lalu tentang kandungan ucapan yang akan disampaikan


Mengatasi keresahan berucap
Kenalpasti perkara yang menakutkan itu
Berlagak yakin
Buat persediaan yang lengkap
Salurkan tenaga keresahan secara positif


Source from : J5822 Seminar Julai 2007


Contributor : Mohd Yusouf B. Mokhtar ( 10DJL04F507 )


Tips Penampilan Diri

by s i p u t u r b o | 9:49 AM in | comments (0)

Beberapa perkara yang mesti diperhatikan dalam membentuk penampilan diri

1. Potongan rambut - Potongan yang sesuai dengan peranan, kemas dan menarik.
2. Pilihan warna dan corak - Pilihan warna yang kena pada tempat dan masa
3. Jenis pakaian - Sama ada batik, kasual, sukan, kot dan sebagainya.
4. Kemas dan rapi - Sentiasa digosok rapi.
5. Kasut - Kasut yang sesuai dengan tujuan kehadiran kita di satu-satu tempat.
6. Aksesori - Jam tangan, beg, gelang dan rantai (bagi wanita), haruman dan lain-lain.
7. Jenama - Bukan perkara utama tetapi digalakkan bagi yang mampu.
8. Kesihatan diri - Keceriaan wajah, kelihatan sihat, kuku, kulit dan sebagainya.
9. Gaya - Cara berjalan, bercakap, ketawa dan mimik muka.
10. Senyum - Rahsia utama penampilan diri ialah senyuman yang terukir


Empat sifat pembentuk jiwa

Menurut Imam Ghazali dalam buku 'Taubat dan Liku-Likunya' yang
diterjemah dan dikupas oleh Syed Ahmad Semait, setiap manusia
mempunyai pelbagai sifat dan empat daripadanya menjadi induk kepada
segala dosa: Sifat Rububiyah (sifat ketuhanan), sifat Syaithaniyah
(sifat kesyaitanan), sifat Bahimiyah (sifat kebinatangan) dan sifat
Subu'iyah (sifat kebuasan).


Sifat ketuhanan dapat dilihat melalui sikap sesetengah orang gemar
membangga diri, sombong, bongkak, suka dipuji, gemar memburu kekayaan,
kuasa dan kemuliaan serta ingin hidup menongkat langit. Sifat
kesyaitanan pula terpancar daripada tindakan seseorang yang gemar
menipu, menganiaya, sering dengki-mendengki, pandai rnemutar-belit
kenyataan dan kebenaran dan suka mempengaruhi orang lain berbuat
jahat.


Sifat kebinatangan dikaitkan dengan kegelojohan manusia, sentiasa
tamak haloba, dan berusaha mengaut keuntungan walaupun terpaksa
melakukan perkara kotor dan keji serta merampas hak orang lain.
Manusia yang sukar mengawal nafsu syahwat dan sering melakukan zina
juga dipengaruhi sifat kebinatangan ini.


Sifat kebuasan pula punca manusia jadi pemarah, panas baran, gemar serang-menyerang, busuk hati dan memusnahkan hak atau harta benda orang lain.


Ciri2 penampilan diri yang unggul ialah kepercayaan terhadap diri sendiri :

§ Kemampuan untuk melihat posisi diri dunia ini secara realistis dan
optimis

§ Keyakinan akan kemampuan dalam membuat perubahan dan menghadapi tantangan hidup.

§ Kapasitas untuk memahami kelemahan diri dan berusaha memperbaiki diri

§ Pengetahuan tentang dri sendiri serta penerimaan akan pengetahuan tersebut.

§ Kemampuan untuk mengakui keunikan diri dan berbangga terhadap apa yang membuat diri kita unik

§ Keperacayaan akan nilai diri dan penghargaan akan kemampuan yang
dimiliki

§ Kepercayaan tentang apa yang kita dapat lakukan, cara pandang positif dan keyakinan diri untuk melakukan sesuatu yang baru.

§ Kemampuan untuk untuk menggali dan menerapkan keterampilan dalam prilaku positif


Petua 1: Jangkakan Kejayaan.


Anda sebenarnya boleh memilih tindakan dan tindakbalas anda. Tindakan
ialah apa yang anda lakukan atau usahakan, tindakbalas pula ialah respon anda terhadap apa yang berlaku atau terjadi atas diri anda. Sebahagian besar tindakan dan tindakbalas anda sebenarnya berlaku secara spontan mengikut kebiasaan atau tabiat. Cuba fikirkan kembali bagaimana anda butangkan baju anda setiap hari? Jalan mana anda ambil
ke tempat kerja setiap pagi? Air apa yang anda minum untuk sarapan? Tanpa anda sedari arahan-arahan tersebut datang tanpa anda sedari dari minda bawah sedar.


Kejayaan dan kegagalan ditentukan oleh perkara yang anda lakukan setiap hari, bukannya apa yang dilakukan sekali-sekala. Oleh itu sangatlah penting agar tindakan dan tindakbalas spontan anda setiap hari menjana sikap positif dalam diri. Tindakan dan tindakbalas anda menggambarkan sikap anda. Sikap anda pula berdasarkan cara anda lihat kehidupan yang bakal anda lalui dalam fikiran anda. Kalau tindakan dan tindakbalas spontan anda adalah negatif, maka ia tidak menguntungkan anda. Anda perlu lakukan sesuatu untuk mengubahnya. Antara cara yang boleh anda lakukan ialah sentiasa jangkakan kejayaan itu milik anda. Lihat yang perjalanan usia anda membawa anda kepada sesuatu yang besar dan bermakna kepada diri, keluarga dan masyarakat anda.


Sekiranya anda jangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya kepada cara untuk berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan erti sebuah kejayaan, maka secara tidak langsung anda akan menggarap sikap positif. Malangnya dalam kehidupan ini kita lebih sering takutkan kegagalan. Cara fikir kita menjurus ke arah itu. Oleh itu yang tergambar dipemikiran kita hanyalah halangan dan rintangan serta kepayahan. Dalam memburu kejayaan anda tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah satu anugerah yang cukup besar Allah berikan kepada manusia.


Tidak lama dahulu satu kajian telah dilakukan di sebuah sekolah di California. Guru-guru telah diberitahu, disebabkan kecemerlangan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran maka mereka hanya akan diberikan murid-murid yang mampu cemerlang dan berIQ tinggi sahaja pada tahun hadapan. Buka sahaja sessi sekolah yang baru, para pelajar yang akan menduduki kelas guru cemerlang tersebut terpaksa dipilih melalui satu ujian IQ yang khusus. Satu kumpulan pelajar yang telah berjaya dalam ujian IQ ini dan masukkan dalam kelas guru-guru tersebut. Mereka telah mengajar dengan bersungguh-sungguh dan murid juga memberikan perhatian yang bersungguh-sungguh.


Walaupun banyak rintangan dan cabaran, namun guru-guru tidak pernah patah semangat kerana mereka yakin murid-murid ini mampu berjaya. Malah pengetua sekolah sendiri telah memberitahu guru-guru ini iaitu walaupun para pelajar ini berIQ tinggi, mereka tetap terpaksa bertungkus lumus disebabkan mempelajari sesuatu yang baru memerlukan usaha yang gigih. Apabila peperiksaan dijalankan, hasilnya cukup membanggakan, para pelajar telah menghasilkan pencapaian seperti yang dijangkakan.

Apa yang lebih dibanggakan lagi ialah sebenarnya guru-guru telah ditipu. Mereka sebenarnya tidak diberikan pelajar yang berIQ tinggi. Ujian IQ yang diadakan hanya sekadar gimik semata-mata. Para pelajar tersebut sebenarnya pelajar yang sederhana sahaja pencapaiannya. Apa yang telah berlaku? Kenapa pelajar ini tetap boleh cemerlang? Perubahan yang berlaku ialah JANGKAAN KEJAYAAN dalam diri pelajar dan guru-guru.


Guru-guru menjangkakan bahawa mereka pasti mencapai sasaran yang ditetapkan. Ini disebabkan mereka sememangnya telah diakui sebagai guru cemerlang dan diberikan pelajar yang bagus-bagus pula. Pelajar pula, setelah mengetahui keputusan ujian IQ, merasakan yang mereka baru menyedari suatu kehebatan yang selama ini mereka sendiri tidak pernah tahu. Mereka percaya bahawa otak mereka bijak. Mereka bersungguh-sungguh untuk membuktikan sememangnya mereka bijak. Ditambah dengan kesungguhan guru-guru tadi, segala harapan bertukar menjadi kenyataan.


Oleh itu jangan berputus asa mengharapkan rahmat dari Allah. Manusia biasanya membangun ketahap yang mereka jangkakan atau yang orang lain jangkakan terhadap mereka. Oleh itu jangkakan kejayaan dalam setiap usaha yang anda lakukan. Menjangkakan kejayaan itu milik anda membuatkan anda tidak putus asa. Kalau anda perlu ubah perancangan untuk mencapai hasrat, maka ubahlah. Pastikan juga anda bertindakbalas secara positif terhadap perkara-perkara yang mungkin membantutkan kejayaan anda. Lihat diri anda yang pasti merealisasikan harapan yang digenggam.

Ingat! Jangkakan kehebatan dalam diri anda dan diri orang lain dan kehebatan itu akan terserlah bila tiba masanya nanti.


Petua 2: Lakonkan Watak Orang Cemerlang


Tidak dapat dinafikan setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekuatannya tersendiri. Sebab itulah untuk berjaya kita mesti mempunyai model ikutan (role model) yang boleh ditauladani. Sebut sahaja tentang 'role model' ini, saya teringat akan sebuah kisah
kejayaan yang telah saya baca tidak lama dahulu. Kisahnya bermula sewaktu perang dunia kedua. Terdapat seorang jeneral tentera Amerika yang begitu dikagumi oleh semua disebabkan kejayaan demi kejayaan yang dibawanya dalam peperangan. Ketokohan dan keberanian jeneral ini begitu dikagumi juga oleh seorang pemuda berpangkat prebet. Suatu hari, prebet ini berpeluang bersemuka dengan jeneral lalu dia terus bertanya, "Tuan, pada pandangan tuan adakah saya mampu, satu hari nanti. berjaya seperti tuan". Lalu, jeneral itu berkata, "Jangan tanya saya soalan bodoh ini".


Prebet tidak berpuas hati lalu terus bertanya sebanyak tiga kali, dan tiga kali juga dia memperolehi jawaban yang serupa. Lalu prebet bertanya kali ini, "Tuan, tiga kali saya tanya tuan tetapi tuan tetap berikan jawapan yang serupa, kenapa begitu tuan?". Lalu jeneral berkata, "Kalau kamu mahu jadi seperti saya, kamu mesti berfikir seperti saya, berjalan dan bercakap seperti saya, dan tindakan kamu pastinya juga nanti seperti saya. Kamu hanya boleh jadi seperti saya sekiranya kamu lalui jalan yang telah saya lalui. Kalau kamu lalui jalan yang berbeza, kamu akan sampai ke destinasi yang berbeza juga". Maka, pemuda itu mula faham. Mulai saat itu dia mula melakunkan setiap watak jeneral dalam kehidupan hariannya. Iaitu termasuklah cara fikir, cara bercakap dan cara berjalannya. 20 tahun kemudiannya, prebet itu berjaya merealisasikan matlamatnya menjadi seorang jeneral di pasukan tentera Amerika.


Cuba anda lihat senario berikut pula, katakanlah anda sebagai seorang pelajar, telah dipilih untuk berlakun dalam sebuah filem tempatan. Kisahnya berkisar kehidupan pelajar-pelajar sekolah dan anda telah dipilih sebagai pelakun utama. Bayarannya cukup lumayan iaitu RM10,000 dan nama anda juga akan dikenali ramai setelah filem ini ditayangkan. Anda dikehendaki melakunkan watak pelajar cemerlang.


Syarat untuk anda kekal sebagai pelakun cuma dua iaitu, yang pertama anda mestilah menjaga disiplin dan masa anda. Apabila pergambaran bermula jam 5 petang maka anda mesti berada dilokasi sebelum masa tersebut. Yang keduanya pula, anda mesti menghayati watak pelajar cemerlang sepenuhnya. Sekiranya pengarah tidak berpuas hati dengan anda, dia akan gugurkan nama anda dari senarai pelakun pada bila-bila masa. Pengarah tidak risau sebab anda pelakun baru, satu ditolak berpuluh yang akan memohon untuk berlakun.


Kalau anda berada dalam situasi di atas, apa tindakan anda? Saya yakin anda akan mula meneliti dan memahami plot filem tersebut bersungguh-sungguh. Anda mula menghafal skrip yang diberikan ayat demi ayat biarpun ketebalannya ratusan muka surat. Anda akan mula menjiwai dan menghayati watak pelajar cemerlang yang diberikan kepada anda. Anda akan tiru gaya, percakapan dan cara hidup mereka. Pendek kata anda mahu penonton lihat betapa realistiknya lakunan anda. Anda mahu dikenali selepas usaha anda ini. Anda mahukan ganjaran wang RM10,000 yang dijanjikan kepada anda. Tidakkah anda terfikir betapa beruntungnya kalau anda lakunkan perkara yang serupa setiap hari dalam hidup anda. Kenapa mesti anda bersungguh-sungguh dalam lakunan filem?


Tidakkah anda sedar bahawa kita semuanya pelakun di pentas dunia atau di pentas kehidupan. Kenapa tidak lakunkan watak orang cemerlang itu hari ini. Anggapkan seolah-olah anda berhadapan dengan kamera. Kalau anda seorang pelajar, anda bertindak seperti pelajar cemerlang di sekolah anda. Mengurus masa, menglibatkan diri secara aktif, berperibadi mulia seolah-olah anda sememangnya cemerlang. Lakukannya setiap hari dan hasilnya nanti anda akan perolehi apa yang diperolehi oleh pelajar cemerlang lainnya.


Lebih malang lagi kalau anda tidak mahu menjadi pelakun itu hari ini maka Allah akan pilih orang lain untuk menggantikan tempat anda. Orang lainlah nanti yang akan berjaya. Mereka akan jadi pemimpin, jurutera, ulamak, peguam dan sebagainya. Orang lain yang akan dikenali dan nama mereka disebut-sebut sebagai orang yang membawa perubahan dalam masyarakat. Orang lain yang akan memperolehi pendapatan bukan sekadar RM10,000 tetapi mungkin lebih tiap-tiap bulan.


Anda tidak punya pilihan lain. Untuk berjaya anda mesti mula berlakun hari ini. Hayati watak orang cemerlang. Fikir seperti mana mereka berfikir, bercakap, bergaya dan bertindak seperti mereka. Lama kelamaan tabiat cemerlang akan sebati dengan kehidupan harian anda. Ia akan menjadi sikap baru anda. Anda akan dapati mereka disekeliling anda menyedari yang anda kini bersikap positif. Setiap kebaikan yang bakal anda perolehi hasil lakunan positif anda ini membuatkan anda tidak mahu lagi kembali kepada sikap negatif anda sekarang. Anda mula memikirkan untuk hidup dalam kelompok dan persekitaran baru. Apa anda tunggu lagi? Lakunkanlah watak orang cemerlang itu sekarang dengan memerhatikan model ikutan anda.


Petua 3: Ubah Penampilan Diri


Sikap positif terserlah melalui penampilan diri yang positif. Kita mudah mengenali mereka yang bersikap positif melalui percakapannya, pakaiannya, rambutnya, kasutnya, gayanya dan sebagainya. tetapi kita lupa, sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang positif. Ambil contoh yang paling mudah, anda telah dijemput ke satu majlis pelancaran oleh seorang rakan. Anda mengenakan baju biasa sahaja dengan berbaju kemeja lengan pendek dan berseluar kasual.


Sampainya sahaja anda di sana, anda lihat hampir kesemua mereka yang hadir lengkap berbaju batik atau berkot dan bertali leher. Apa perasaan anda? Saya yakin walau bagaimana positif pun sikap anda, anda pasti rasa bersalah dan rendah diri. Berbeza pula bentuk perasaan anda sekiranya anda hadir dengan pakaian yang rapi, segak, kemas dan bergaya. Anda pasti rasa penuh yakin dan positif. Begitulah besarnya pengaruh penampilan diri dalam membentuk sikap positif dan emosi anda. Cuba fikirkan sejenak bagaimana perasaan anda apabila anda mengenakan baju baru ke pejabat. Anda rasa lebih bersemangat dan yakin.

Kemas, bersih dan rapi tidak semestinya berjenama. Tidak salah mempunyai pakaian dan aksesori yang berjenama sekiranya anda mampu tetapi ia bukannya suatu kemestian. Jangan pula seperti kata pepatah 'biar papa asal bergaya'. Anda perlu ingat bahawa pelaburan yang telah anda buat dalam membentuk penampilan diri atau imej yang
positif mestilah membawa pulangan yang setimpal atau berbaloi. Kalau anda melaburkan wang ringgit untuk membentuk imej diri semata-mata untuk bergaya dan menunjuk-nunjuk, maka pelaburan itu merugikan anda. Pelaburan yang dibuat mestilah mampu menjadikan anda lebih positif dan produktif. Sebab itu ramai jurujual profesional mempunyai penampilan diri yang positif. Mereka dilatih untuk berkeadaan sedemikian.
Mereka meraih keuntungan dan pendapatan dengan mempunyai penampilan positif.


Source from : J5822 Seminar Julai 2007


Contributor : Mohd Yusouf B. Mokhtar ( 10DJL04F507 )

Tips Mengenali Diri Part 2

by s i p u t u r b o | 9:37 AM in | comments (0)

Mengenali Diri Melalui Bulan



JANUARI
bercita-cita tinggi dan serius orangnya suka mendidik dan dididik sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik rajin dan setiap perkara dibuat seperti nampak keuntungannya suka smart,kemas dan teratur bersifat sensitif,berfikiran mendalam pandai mengambil hati orang lain pendiam kecuali telah dirangsang agak pemalu,daya tumpuan yang sangat tinggi mudah mendisiplinkan diri sendiri badannya sihat tetapi mudah diserang selsema bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya pada orang lain
cukup sayang pada kanak-kanak suka duduk rumah setia pada segala-galanya perlu belajar kemahiran sosial sikap cemburu yang sangat tinggi



FEBRUARI
berfikiran abstrak sukakan perkara-perkara realiti bijak dan genius mempunyai personaliti yang mudah berubah mudah menawan hati orang lain agak pendiam,pemalu dan rendah diri jujur dan setia pada temannya keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong mudah memberontak apabila dikongkong suka kegiatan yang lasak emosinya mudah terluka dan sangat sensitif mudah mempamerkan perasaan marah
tidak suka kepada perkara-perkara remeh-temeh suka berkawan tetapi tidak suka mempamerkan sikap kekawanannya sangat berani dan suka memberontak bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikannya pemerhatian yang tajam suka hiburan dan sukan suka kepada perkara berkaitan kesenian sangat romantik secara dalaman tetapi tidak pada luaran atau zahirnya sangat mudah dan boleh menjadi terlalu boros sering belajar untuk mempamerkan emosinya pada orang lain


MAC
berpersonaliti yang menarik dan menawan mudah didampingi oleh orang lain santa pemalu dan pemendam rasa sangat baik secara semulajadi,jujur,pemurah dan mudah berasa simpati sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan oleh orang lain malah
diri sendiri dan alam persekitaran suka pada kedamaian sangat peka pada orang lain
sesuai dengan kerjaya yang melibatkan orang ramai tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu membalas budi dan tahu mengenang budi orang lain pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam kecenderungan untuk berdendam jika tidak dapat mengawal perasaan suka berangan-angan suka melancong sangat manja dan suka memberi perhatian yang sangat tinggi kelam-kabut dalam memilih pasangan suka dengan hiasan rumahtangga
mempunyai bakat seni dalam bidang muzik berkecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody


APRIL
sangat aktif dan dinamik cepat membuat keputusan tetapi suka menyesal dengan keputusan yang diambil sangat menarik dan pandai manjakan diri mempunyai daya mental yang sangat kuat sangat suka mendapat perhatian orang sanat diplomatik(suka memujuk),berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang sangat berani dan tiada perasaan takut suka adventure ,pengasih,penyayan,sopan-santun dan pemurah emosi cepat terusik mudah mempunyai sikap dendam agresif,kelam-kabut untuk membuat keputusan kuat daya ingatan gerak hati yang sangat kuat pandai mendorong dan memotivasikan orang lain suka sakit kepala dan dada sangat cemburu

MEI
keras hati dan degil kuat semangat dan bermotivasi tinggi pemikiran yang tajam mudah marah kerana tidak pandai mengawalnya pandai menrak hati orang lain perasaan yang sangat mendalam cantik daris segi menal dan fizikal tidak perlu kepada motivasi orang lain berpendirian agak lemah mudah dipujuk oleh orang lain suka berangan-angan bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit daya khayalan yang tinggi pemikiran yang tajam pandai berdebat mempunyai keadaan fizikal yang baik kelemahan dari segi sistem pernafasan suka kepada sastera,seni,muzik dan melancong tidak suka duduk di rumah tidak mempunyai ramai anak rajin dan bersemangat tinggi agak boros


JUN
berfikiran jauh dan berwawasan mudah ditawan kerana bersikap baik berperangai yang lemah-lembut tidak suka menyakiti orang lain mudah berubah sikap,perangai,idea,mood mempunyai banyak idea baru bersikap sensitif sentiasa aktif berfikir sukar melakukan sesuatu dengan segera bersikap suka menangguh-nangguh bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik cepat marah dan cepat sejuk suka bercakap dan berdebat suka membuat lawak dan pandai bergurau otaknya cerdas dan suka berangan-angan mudah berkawan dan pandai berkawan orang yang sangat tertib pandai mepamerkan sikap pada orang lain mudah berkecil hati mudah selsema suka berkemas diri cepat berasa bosan terhadap sesuatu sikap terlalu memilih dan selalu memberi komen kurang mempamerkan perasaan dalaman merajuk(sangat kecewa) apabila hati terluka suka kepada barangan berjenama mudah menjadi eksekutif degil sesiapa yang memuji dirinya dianggap musuh tetapi sesiapa yang menegurnya adalah kawannya.


JULAI
sangat suka didampingi banyak berahsia dan sukar dimengerti(terutamanya lelaki) agak pendiam tetapi mudah bercakap apabila dirangsang ada harga dan maruah diri tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah apabila disusahkan orang lain mudah dipujuk dan bersikap lurus sangat menjaga hati orang lain sangat peramah emosi sangatmendalam tapi hati mudah terluka berjiwa sentimental jarang berdendam mudah memaafkan kesalahan orang lain tetapi tidak dapat melupakan kesalahan tersebut tidak suka perkara remeh-temeh suka membimbing secara fizikal dan mental sangat peka,serta penyayang
layanan yang serupa dengan semua orang sangat tinggi rasa simpati kepada orang lain
pemerhatian yang tajam suka menilai orang melalui pemerhatian mudah dan rajin belajar
suka muhasabah diri suka duduk di rumah suka tunggu kawan datang kepadanya tetapi tidak suka mencari kawan tidak agresif kecuali terpaksa lemah dari segi kesihatan perut
minta disayangi mudah terluka hati tapi lambat pulih terlalu mengambil berat rajin dalam membuat kerja


OGOS
suka berlawak mudah tertawan kepadanya bersopan-santun dan mengambil berat terhadap orang lain berani dan tidak tahu takut orang yang tegas dan bersikap kepimpinan
pandai memjuk orang lain terlau pemurah dan terlalu ego nilai harga diri yang sangat tinggi dahagakan pujian semangat juang yang tinggi cepat marah dan mudah mengamuk
mudah marah apabila pandangannya dikritik sangat cemburu daya pemerhatian yang tajam cepat berfikir suka berdikari suka berangan-angan berbakat dalam seni lukis,hiburan dan silat sangat sensitif dan tidak mudah merajuk cepat terkena penyakit
suka belajar untuk berehat sikap kelam-kabut romantik,dan berkasih-sayang
suka mencari kawan


SEPTEMBER
sangat bersopan-santun dan bertolak-ansur sangat cermat,teliti dan teratur suka menegur kesilapan orang lain dan suka mengkritik pendiam tetapi pandai bercakap sikap tenang dan mudah simpati kepada orang lain sangat prihatin dan terperinci,amanah,setia dan jujur kerja yang dilakukan sangat sempurna sangat sensitif secara keterlaluan orang yang banyak berfikir daya penaakulan yang baik otak cerdas dan mudah belajar suka mencari maklumat terlalu mengkritik hingga menyebabkan orang lain rasa benci pandai mendorong diri sendiri mudah memahami orang lain suka hiburan,sukan dan melancong
kurang menonjolkan perasaannya kepada orang lain terluka hatinya sangat lama disimpan terlalu memilih pasangan sukakan benda yang luas bersistematik


OKTOBER
suka bersembang suka orang yang sayang kepadanya suka ambil jalan tengah sangat menawan dan bersopan-santun kecantikan luar dan dalam mudah berasa simpati dan pentingkan kawan sentiasa berkawan hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama
cepat marah seperti agak pentingkan diri sendiri tidak menolong orang lain kecuali diminta suka melihat dari perspektifnya sendiri tidak suka menerima pandangan orang lain emosi yang mudah terusik suka berangan-angan dan pandai bercakap emosi yang kelam-kabut daya firasat yang sangat tinggi suka melancong,seni dan bersastera pengasih,penyayang dan lemah-lembut romatik dalam percintaan mudah terusik hati dan cemburu suka ambil berat orang lain suka kegiatan luar orang yang adil boros dan mudah dipengaruhi persekitaran mudah patah semangat


NOVEMBER
banyak idea sukar untuk dimengerti berfikiran kehadapan berfikiran unik penuh dengan idea-idea luarbiasa pemikiran yang tajam daya firasat yang tinggi ada ciri-ciri menjadi doktor cermat dan teliti perosnaliti dinamik teralu keras hati dan degil suka berangan-angan banyak berfikir dan tidak pandai bercakap mudah mengambil berat tentang orang lain mudah kecewa apabila dikritik tidak pandai menghargai pujian romatik dan emosi yang sangat mendalam kelam-kabut suka duduk dirumah tidak pandai mengawal emosi
jujur dan setia tidak pandai berkasih-sayang


DISEMBER
setia dan pemurah bersifat patriotik bersikap aktif dalam permainan dan pergaulan
bercita-cita tinggi untuk berjaya dan berusaha mencapainya dan berjaya boleh menjadi orang yang berpengaruh dalam sesuatu oraganisasi seronok didampingi suka berkawan dan dengan orang bijak mengatur masa kurang pandai berpura-pura jujur,amamah cepat marah daya fikir yang sangat tinggi dan tajam perangai yang berubah-ubah tidak mudah ego sangat pentingkan harga diri tidak suka pada konkongan suka berlawak berfikiran logik suka aktiviti riadah orang yang adil suka ambil jalan tengah otaknya cerdas
otaknya sangat bijak dan mudah belajar berpersonaliti menarik



Mengenali Diri Berdasarkan Kumpulan Darah


KUMPULAN DARAH 'O'

Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dgn kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.


KUMPULAN DARAH 'A'

Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala..


KUMPULAN DARAH 'B'

Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh merugikan..


KUMPULAN DARAH 'AB'

Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tpt berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.


Source from : J5822 Seminar Julai 2007

Contributor : Mohd Yusouf B. Mokhtar ( 10DJL04F507 )

Tips mengenali Diri Part 1

by s i p u t u r b o | 9:15 AM in | comments (0)

MUHARRAM

Bersifat pendiam, sihat fikirannya.Mungkin akan menjadi
bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika
dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran
yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan
selalu berada dalam selamat.


SAFAR

Tabiatnya buruk.Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbu
bapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika
tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun
begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya,
selalunya ianya akan mendatangkan hasil.


RABIUL AWAL

Perwatakannya baik.Mungkin dia akan mendapat pangkat
besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga.Dalam
pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang
sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIUL AKHIR

Perwatakannya jahat.Hatinya tidak tetap. Fikiran dan
kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat
tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu.Ibu
bapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.


JAMADIL AWAL

Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi.Dia berani
dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau
bahaya.Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan
hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.


JAMADIL AKHIR

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.Pelbagai
kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru
maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar,
pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecil, ibu
bapanya
perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik
itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan
kedua orang tuanya.


REJAB

Semasa kecilnya dia degil dan nakal.lbu bapanya perlu
mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang
baik.Ketika dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap
tidak tahu menahu.Ini agak berlainan daripada sikapnya semasa kecil.Walau
bagaimanapun, hidupnya selamat dan sentosa.


SYA'BAN

Perwatakannya baik.Hidupnya selamat dan rezekinya tidak
putus-putus. Sewaktu kecil, dia mudah mengalah semasa bermain dengan
kawan- kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang
padanya. Masa dewasa, dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan
mudah mendapat rezeki.


RAMADHAN

Dia baik, pendiam, suka merendah diri.Dia tidak angkuh
kepada teman yang dikenalinya.Dia tidak suka menonjolkan diriya.Kehidupanya
selalu selamat.


SYAWAL

Perwatakannya keras.Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan
oleh orang lain.Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya
perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya
itu.Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras
hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari
rezeki.


ZULKAEDAH

Perwatakannya pendiam.Banyak perkara baik pada dirinya
berubah menjadi buruk.Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu
hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya.Tetapi
oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru.Dia
seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat
hasil yang memuaskan.


ZULHIJJAH

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik
pula. Dia sering mendapat padah daripada perbuatannya sendiri.Dia
sukar mengawal perasaannya, kadang kala terlalu berlebih-lebihan atau
sebaliknya.0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia
suka mempertimbangkan baik buruk perbuatannya.Dia sering kali
menyesal kerana kurang berhati-hati dan kurang pertimbangan.



Mengenali Diri Melalui Tandatangan


Satu Garis di Bawah Tandatangan.

Memiliki keyakinan yang tinggi dan personaliti diri yang baik.Namun, agak kedekut tetapi percaya kepada 'Kebahagiaan dalam Kehidupan Manusia'.


Dua Titik di Bawah Tandatangan.

Mereka boleh dikatakan sebagai yang berjiwa romantik. Mudah menukar kekasih (perempuan) seperti menukar baju.Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri mencuba untuk kelihatan menarik.Mudah menarik perhatian orang lain.


Satu Titik di Bawah Tandatangan

Lebih cenderung kepada seni klasik, mudah dan 'tenang'.Jika orang lain kehilangan kepercayaan pada mereka, mereka tidak akan 'kembali' pada mereka.Maka, perlulah berhati-hati dengan orang seperti mereka.


Tiada Garisan atau Titik di Bawah Tandatangan.

Mereka hidup dalam dunia sendiri.Tidak pernah mempedulikan pendapat orang lain (pada fikiran orang).Boleh dikatakan sebagai yang menghargai alam sekitar tetapi agak kedekut.


Tiada Persamaan antara Nama dan Tandatangan.

Mereka mencuba untuk kelihatan bergaya, suka menyembunyikan sesuatu, tidak pernah berkata terus dan memberi perhatian terhadap apa yang dikatakan orang lain.


Ada Persamaan antara Nama dan Tandatangan.

Berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi tidak pernah berfikir.Menukar idea dan pandangan seperti angin yang mengubah haluan.Tidak pernah berfikir sama ada sesuatu itu baik atau sebaliknya.Orang lain boleh 'memenangi' mereka dengan hanya memuji mereka.


Tandatangan dengan Huruf yang Tidak Bersambung.

Mereka sangat baik pada orang lain.Mempunyai hati yang baik, tidak mementingkan diri dan bersedia berkorban demi kebahagiaan atau kepentingan orang yang disayangi. Namun, terlalu banyak berfikir dan ini memungkinkan mereka untuk cepat marah.


Tandatangan dengan Lengkap seperti Nama.

Mereka sangat baik hati.Boleh menyesuaikan diri dengan apa sahaja suasana dan dengan sesiapa sahaja yang ditemui.Sangat teguh pada pandangan dan memiliki keinginan yang kuat.


Source from : J5822 Seminar Julai 2007

Contributor : Mohd Yusouf B. Mokhtar ( 10DJL04F507 )

Final Semester Project's Proposal

by s i p u t u r b o | 9:24 AM in | comments (0)

I,ve uploaded this proposal when it has been requested from 'Sky'.

Contained the completed previous July 2007 session proposal and half-completed proposal from this semester Jan 2008 session.

Badly, all of them in Bahasa Melayu...which is not reliable to us student Jan 2008 session because start from this semester (Jan 2008) all proposal need to be written in English...

Size 53 Mb

Download Here

Ranking

Blog Listing