1. Staple yarn ialah benang yang berkesinambungan dari serat pendek.
2. Terdapat empat sistem penghasilan staple yarn iaitu Carded Cotton, Combed Cotton, Woolen dan Worsted.
3. Sifat-sifat staple yarn :
♣ Serat pendek dipintal.
♣ Berbulu
♣ Pudar atau kabur
♣ Gebu
♣ Memerangkap haba
♣ Tidak lutsinar
♣ Mudah kotor
♣ Proses pembuatan agak kompleks.
Carta Pemprosesan Staple Yarn
PROSES BLOWING
Kapas mentah yang dihantar ke kilang biasanya dalam bentuk bales. Bales tersebut akan dihantar ke mesin blendomet untuk proses pembuangan kotoran atau bendasing yang terdapat pada kapas-kapas tersebut. Kapas mungkin tidak konsisten dalam kualiti daripada bales dan contoh bagi setiap bales akan diambil.
Pada bahagian ini kapas akan dicampurkan dan dibersihkan dari kotoran seperti habuk, kapas dalam bentuk ‘bales’ juga akan dibuka kepada bentuk lapisan. Kemudian akan disedut oleh mesin Blendomet BDT 019. Selepas kapas yang berbeza kualiti akan dicampurkan dalam mesin Multipel Mixer MM6 235. Seterusnya akan dihantar kepada mesin carding melalui saluran perpaipan bumbung udara ( SPBU ).
Carta Aliran di Blowroom
CONDITIONING- membenarkan bahan tekstil mencapai keseimbangan hygroscopic dengan keadaan atmosfera. Kapas dalam bentuk mampatan bale dibuka ikatannya dan dicerai-ceraikan dan dibiarkan dalam keadaan rehat.
BLENDING- proses percampuran serat-serat kapas dari negara-negara pengeluar. Tujuan percampuran ialah untuk mengurangkan perbezaan kualiti. Terdapat dua jenis sistem percampuran iaitu sistem konvensional dan sistem moden. Bagi sistem konvensional, bales dibuka dan disusun mengikut nisbah kuantiti dan diletakkan diatas hopper mengikut nisbah campuran. Bagi system moden pula, bales akan diletakkan sebelah menyebelah (barisan atau bulatan). Proses blending dibahagikan kepada dua peringkat iaitu percampuran bales dan percampuran melalui operasi mesin. Percampuran bales, bales diletakkan diatas konveyor atau menggunakan Automatic Bale Opener.
OPENING- membuka serat-serat mampat kepada bentuk-bentuk jambak-jambak kecil. Proses yang dijalankan ialah pembersihan dan percampuran.
CLEANING- membuang kotoran dengan membuka serat-serat kapas kepada jambak-jambak kecil. Elemen dalam mesin cleaning ialah beater dan grid bars. Beater ialah proses membuka kapas dan menarik jambak dari feed roller menggunakan spike beater yang berpusing atau ketika jambak-jambak dibawa menggunakan angin.
REGULATING- penghantaran jambak-jambak yang telah dibuka dan dibersih. Terdapat dua jenis penghantaran iaitu secara konvensional (dalam bentuk lap) dan chute feed (aliran angin).
PROSES CARDING
Mesin carding akan menerima serat dari blowroom sama ada dalam bentuk gulungan lap ataupun dalam bentuk aliran angin (chute feed). Serat yang diterima dari blowroom mempunyai jambak yang pelbagai saiz dan tidak tersusun. Ia juga mengandungi serat-serat pendek dan kotoran yang tidak dapat dibuang semasa proses blowing. Tujuan proses carding ialah:
♣ Membuka jambak-jambak kapas serat. Serat-serat yang dihantar dari proses blowing tidak sepenuhnya terbuka. Pada proses carding ini, jambak-jambak serat ini akan dibuka.
♣ Mengeluarkan kotoran dan habuk dari serat. Contohnya sampah, ranting kayu, serpihan benih dan daun. Kotoran dan habuk ini melekat pada serat semasa proses mengutip serat menggunakan mesin.
♣ Selarikan serat yang mungkin menyebabkan terjadinya neps(bintil-bintil kapas) selepas serat keluar dari proses blowing.
♣ Mengeluarkan serat-serat pendek. Proses ini berlaku pada bahagian mote-knife dan bahagian bawah silinder iaitu grid bars.
♣ Menghasilkan satu lapisan nipis yang selari yang dipanggil sliver.
Proses carding mempunyai dua jenis tindakan. Tindakan-tindakan ini berlaku ketika penghantaran serat diantara permukaan-permukaan yang mempunyai bahagian yang berbentuk mata gergaji atau wayar yang bengkok pada bahagian hujungnya. Dua tindakan ini ialah:
♣ Tindakan Carding – Memisah, membuka dan menyusun serat diantara dua
permukaan. Tindakan ini berlaku diantara Top flat dan
Silinder.
♣ Tindakan Stripping- Pemindahan serat dari satu permukaan kepada
permukaan yang lain. Tindakan ini berlaku pada dua
tempat iaitu antara linker-in dan silinder dan antara
Silinder dan Doffer.
Operasi Mesin Carding