Tujuan @ Objektif :
Melakukan pengujian bagi mengukur tahap rintangan pelbagai jenis struktur tekstil terhadap pelelasan menggunakan alat pengujian Martindale Fabric Abrasion Tester.
Peralatan :
Martinadale Abarasion & Pilling Tester, Sampel Fabrik, Foam, Fabrik Pelelas, Felt dan
Kanta Pembesar.
Langkah Kerja :
- Conditioning pada piawai atmosfera perlu dilakukan pada kesemua sampel dan fabrik piawai untuk pengujian.
- 4 sampel tersebut dipotong menggunakan pemotong yang disediakan berdiameter 38 mm selepas conditioning dilakukan.
- Sejumlah 4 fabrik foam dipotong menggunakan pemotong yang sama.
- Jumlah yang sama dipotong menggunakan pemotong berdiameter 140 mm iaitu dari piawai fabrik pelelas.
- alah satu pemegang spesimen diambil dan skru dibuka pada baahagian bawah pemegang sehingga kelihatan nut tembaga insert dan pemegang.
- Brass nut diletakkan pada metal mounting device yang terletak dihadapan mesin.
- Salah satu sampel yang dipotong diletakkan berkedudukan permukaan kebawah pada nat.
- Salah satu kepingan foam diletakkan di atas sampel.
- Metal insert diletakkan diatas bahan dengan bahagian rata di bawah.
- Pemegang pada susunan tadi di skru semula dengan memastikan sampel berkenaan selari. Langkah diatas diulang bagi kesemua sampel. (Kesemua bahagian pelelas mempunyai nombor, setiap nombor mesti mengikut bahagian yang ditetapkan)
- Bearing housing dikeluarkan dari setiap bahagian pelelasan dengan membuka skru nat dan mengangkat bahagian tersebut.
- Bahagian atas plat pergerakan dikeluarkan dari mesin.
- Skru ketiga-tiga nat dibuka pada setiap bahagian dan clamping ring dikeluarkan.
- Potongan felt diletakan kemudian fabric pelelas bagi setiap bahagian.
- Pemberat diletakkan dimana ia merupakan pemberat yang mempunyai pemegang untuk memastikan susunan tadi selari dengan mesin.
- Ketiga-tiga nat dan clamping ring diletakkan semula pada keduduakn asal dan diikat sehingga clamping ring berkedudukan selari.
- Plat atas diletakan pada mesin dan bahagian slot mesin dicari.
- Setiap pemegang spesimen diletakkan pada lubang yang betul dan bearing housing diletakkan semula dan diikat kemas.
- Beban pada bahagian atas spindle diletakkan.
- Counter mesin dilaraskan dan suis dihidupkan untuk memulakan pengujian.
Pelarasan Counter Mesin :
- Mesin disambung pada suis utama dan suis “on” pada bahagian belakang sebelah kanan mesin dihidupkan. Lampu pada “power” akan menyala.
- Nombor pusingan yang diperlukan dilaraskandengan menggunakann kekunci pada counter utama di bahagian tengah mesin. Butang merah ditekan manakala kunci panah ditekan untuk melakukan perkara tersebut.
- Jumlah batch counter diatas counter utama dipastikan memberi bacaan kosong, sekiranya tidak tekan butang “zero” pada sebelah kanan display.
- Butang “*” pada display besar ditekan dan ia akan menjadikan counter individu kosong.
- Mesin bersedia untuk melakukan pengujian.
- Jika ingin memberhentikan counter individu, sebagai contoh apabila point penghujung telah sampai tetapi masih terdapat tetapi masih terdapat sampel yang perlu dilelaskan,ikuti langkah berikut:
a. Tekan nombor yang diingini
b. Tekan “0” untuk memberhentikan counter,apabila anda menekan butang hijau untuk menghidupkan mesin, keseluruhan counter akan memulakan pergerakan tetapi counter yang dipilih akan memegang nombor ketika diberhentikan.
- Sekiranya anda ingin memulakan counter secara individu ikuti langkah berikut:
- Tekan nombor counter yang ingin anda pilih
- Tekan “1” kemudian counter akan memuaskan pergerakan secara automatik.
- Sekiranya anda ingin menghilangkan counter individu, ikuti langkah berikut :
- Tekan nombor counter yang anda ingin pilih.
- Tekan “2” dan nombor counter akan hilang.
ARAHAN AM
1. Pengujian dimulakan dengan menekan butang hijau.
2. Gosokan berterusan akan dilakukan oleh mesin sehingga jumlah pusingan sama dengan nombor yang dilaraskan pada batch counter. Mesin akan berhenti secara automatik dan penggera berbunyi menandakan pengujian telah tamat.Butang merah ditekan pada batch counter untuk memberhentikan penggera.
3. Butang reset merah dan butang hijau ditekan bagi membolehkan mesin beroperasi kali kedua sekiranya memerlukan pusingan yang lebih sama seperti sebelum ini.
4. Nombor pada jumlah batch ditukarkan seperti biasa dan butang hijau ditekan jika pengujian memerlukan pusingan yang lebih dengan pelarasan berbeza bagi meneruskan pengujian.
PROSEDUR PENGUJIAN
Terdapat dua kaedah pengujian pelelasan, iaitu :
1. Pengukuran pemutusan spesimen
i. Empat spesimen yang diperlukan diletakkan di bahagian-bahagian yang bernombor pada mesin.
ii. Jarak spesimen yang ditentukan diperiksa pada spesimen tanpa mengeluarkan spesimen dari pemegang.
iii. Kanta pembesar diperlukan untuk pengujian.
iv. Pada bahagian yang diuji spesimen akan mempunyai sekurang-kurangnya 2 benang putus di bahagian yang diuji.
v. Gosokan diteruskan hingga spesimen mencapai point penghujung.
2. Pengukuran kehilangan berat
i. Jadual dibawah menunjukan jarak kehilangan berat yang perlu diukur.
Siri Pengujian | Jumlah Gosokan Dimana Pemutusan Berlaku | Pengukuran Kehilangan Berat Pada Jumlah Gosokan |
A | ≤1000\ | 100,250,750,100,(1000) |
B | >1000 ≤ 5000 | 500,750,1000,2500,(7500) |
C | >5000 ≤ 10,000 | 1000,2500,5000,7500,10,000,(15,000) |
D | > 10,000 ≤ 25000 | 5000,7500,10,000,15,000,25,000, (40,000) |
E | >25,000 ≤ 50,000 | 10,000,15,000,25,000,40,000,50,000,(75,000) |
F | > 50,000 ≤ 100,000 | 10,000,25,000,50,000,75,000,100,000,(125,000) |
G | >100,000 | 25,000,50,000,75,000,100,000,(125,000) |
Contributor : Nurul Aida Mastura ( 10DMT05F035 )