THE JKM PSP STUDENT BLOG

Tips mengenali Diri Part 1

by s i p u t u r b o | 9:15 AM in |

MUHARRAM

Bersifat pendiam, sihat fikirannya.Mungkin akan menjadi
bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika
dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran
yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan
selalu berada dalam selamat.


SAFAR

Tabiatnya buruk.Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbu
bapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika
tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun
begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya,
selalunya ianya akan mendatangkan hasil.


RABIUL AWAL

Perwatakannya baik.Mungkin dia akan mendapat pangkat
besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga.Dalam
pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang
sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIUL AKHIR

Perwatakannya jahat.Hatinya tidak tetap. Fikiran dan
kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat
tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu.Ibu
bapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.


JAMADIL AWAL

Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi.Dia berani
dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau
bahaya.Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan
hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.


JAMADIL AKHIR

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.Pelbagai
kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru
maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar,
pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecil, ibu
bapanya
perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik
itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan
kedua orang tuanya.


REJAB

Semasa kecilnya dia degil dan nakal.lbu bapanya perlu
mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang
baik.Ketika dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap
tidak tahu menahu.Ini agak berlainan daripada sikapnya semasa kecil.Walau
bagaimanapun, hidupnya selamat dan sentosa.


SYA'BAN

Perwatakannya baik.Hidupnya selamat dan rezekinya tidak
putus-putus. Sewaktu kecil, dia mudah mengalah semasa bermain dengan
kawan- kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang
padanya. Masa dewasa, dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan
mudah mendapat rezeki.


RAMADHAN

Dia baik, pendiam, suka merendah diri.Dia tidak angkuh
kepada teman yang dikenalinya.Dia tidak suka menonjolkan diriya.Kehidupanya
selalu selamat.


SYAWAL

Perwatakannya keras.Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan
oleh orang lain.Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya
perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya
itu.Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras
hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari
rezeki.


ZULKAEDAH

Perwatakannya pendiam.Banyak perkara baik pada dirinya
berubah menjadi buruk.Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu
hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya.Tetapi
oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru.Dia
seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat
hasil yang memuaskan.


ZULHIJJAH

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik
pula. Dia sering mendapat padah daripada perbuatannya sendiri.Dia
sukar mengawal perasaannya, kadang kala terlalu berlebih-lebihan atau
sebaliknya.0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia
suka mempertimbangkan baik buruk perbuatannya.Dia sering kali
menyesal kerana kurang berhati-hati dan kurang pertimbangan.



Mengenali Diri Melalui Tandatangan


Satu Garis di Bawah Tandatangan.

Memiliki keyakinan yang tinggi dan personaliti diri yang baik.Namun, agak kedekut tetapi percaya kepada 'Kebahagiaan dalam Kehidupan Manusia'.


Dua Titik di Bawah Tandatangan.

Mereka boleh dikatakan sebagai yang berjiwa romantik. Mudah menukar kekasih (perempuan) seperti menukar baju.Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri mencuba untuk kelihatan menarik.Mudah menarik perhatian orang lain.


Satu Titik di Bawah Tandatangan

Lebih cenderung kepada seni klasik, mudah dan 'tenang'.Jika orang lain kehilangan kepercayaan pada mereka, mereka tidak akan 'kembali' pada mereka.Maka, perlulah berhati-hati dengan orang seperti mereka.


Tiada Garisan atau Titik di Bawah Tandatangan.

Mereka hidup dalam dunia sendiri.Tidak pernah mempedulikan pendapat orang lain (pada fikiran orang).Boleh dikatakan sebagai yang menghargai alam sekitar tetapi agak kedekut.


Tiada Persamaan antara Nama dan Tandatangan.

Mereka mencuba untuk kelihatan bergaya, suka menyembunyikan sesuatu, tidak pernah berkata terus dan memberi perhatian terhadap apa yang dikatakan orang lain.


Ada Persamaan antara Nama dan Tandatangan.

Berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi tidak pernah berfikir.Menukar idea dan pandangan seperti angin yang mengubah haluan.Tidak pernah berfikir sama ada sesuatu itu baik atau sebaliknya.Orang lain boleh 'memenangi' mereka dengan hanya memuji mereka.


Tandatangan dengan Huruf yang Tidak Bersambung.

Mereka sangat baik pada orang lain.Mempunyai hati yang baik, tidak mementingkan diri dan bersedia berkorban demi kebahagiaan atau kepentingan orang yang disayangi. Namun, terlalu banyak berfikir dan ini memungkinkan mereka untuk cepat marah.


Tandatangan dengan Lengkap seperti Nama.

Mereka sangat baik hati.Boleh menyesuaikan diri dengan apa sahaja suasana dan dengan sesiapa sahaja yang ditemui.Sangat teguh pada pandangan dan memiliki keinginan yang kuat.


Source from : J5822 Seminar Julai 2007

Contributor : Mohd Yusouf B. Mokhtar ( 10DJL04F507 )

0 comments:

Ranking

Blog Listing