THE JKM PSP STUDENT BLOG

Definisi perkahwinan

Menurut bahasa: cantum atau himpun.

istilah syarak : akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa lain yang memberi makna nikah untuk menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan.


Hukum perkahwinan

Hukum

Situasi

harus

orang yang tidak mempunyai tuntutan terdesak untuk berkahwin dan tidak ada perkara yang mengharamkannya.

wajib

orang yang berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan serta di khuatiri terjerumus kepada zina kerana tidak mampu mengawal nafsu.

sunat

orang yang berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan serta di khuatiri terjerumus kepada zina.

makruh

orang yang berkemampuan untuk berkahwin tetapi tidak berkemampuan memberi nafkah zahir kepada isteri dan tidak memudaratkan isteri.

haram

orang yang tidak berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin atau diyakini akan melakukan kezaliman terhadap pasangannya.


Syarat-Syarat Wali


♣ islam

♣ lelaki

♣ baligh

♣ berakal

♣ merdeka

♣ tidak dalam ihram haji

♣ tidak ditegah kuasanya daripada membelanjakan harta

Syarat-Syarat Saksi

♣ islam

♣ baligh

♣ adil

♣ lelaki

♣ memahami lafaz ijab dan kabul

♣ sempurna pancaindera


Syarat-syarat ijab dan kabul


Ijab

♣ dilafazkan oleh wali atau wakilnya

♣ ijab dan kabul berlaku dalam satu majlis

♣ tidak melafazkan dengan bahasa sindiran

♣ lafaz ijab jelas difahami

♣ tidak diselangi diam yang lama atau perkataan yang tidak berkaitan antara ijab dan kabul


Kabul

♣ tidak menyalahi ijab

♣ tidak diselangi diam yang lama

♣ dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya

♣ menyebut nama bakal isteri atau ganti nama

♣ tidak dengan lafaz taklik

♣ tidak dibataskan dengan tempoh masa


Mahar

erti : suatu pemberian wajib daripada suami kepada isteri samada dalam bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah


Jenis2 mahar

Jenis

Pengertian

mahar musamma

mahar misil

kadar ditentukan dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak

mahar yang ditentukan kadarnya mengikut kadar mahar saudara perempuan pihak isteri


Syarat-syarat bakal suami dan isteri


Bakal suami

♣ islam

♣ lelaki

♣ tidak beristeri empat dalam satu masa

♣ bukan dalam ihram haji atau umrah

♣ bukan mahram kepada isteri


Bakal isteri

♣ islam

♣ perempuan

♣ bukan isteri orang

♣ bukan dalam idah talak rajie

♣ bukan dalam ihram haji atau umrah

♣ bukan mahram kepada suami


Rukun Perkahwinan

♣ suami

♣ isteri

♣ wali

♣ dua orang saksi

♣ ijab dan kabul

Hikmah Perkahwinan

♣ menjamin kesihatan

♣ memupuk kasih sayang

♣ memenuhi tuntutan rohani dan jasmani

♣ melahirkan ketenteraman

♣ menjalinkan silaturrahim antara kedua keluarga

♣ mendapat zuriat yang sah

♣ mendapat ganjaran pahala dan keberkatan.


Perempuan yang haram dikahwini

  1. haram sementara
    perempuan yang ditalak tiga
  2. perempuan yang bersuami
  3. perempuan yang masih dalam idah
  4. perempuan yang sedang hamil hasil penzinaan
  5. perempuan yang tidak ada samawi
  6. mengumpul isteri dengan mahramnya dalam satu masa seperti saudara perempuan
  7. perempuan yang musyrik

Haram selama-lamanya


Persemendaan

♣ ibu tiri dan keatas

♣ menantu perempuan dan isteri cucu lelaki dan ke bawah samada disetubuhi atau tidak

♣ ibu mertua (samada secara nasab atau susunan)

♣ anak tiri dan kebawah apabila ibunya telah disetubuhi


Penyusuan

♣ ibu susuan dan keatas

♣ anak saudara ke bawah

♣ adik beradik susuan

♣ emak saudara susuan dan ke atas (adik beradik ibu susuan dan adik beradik suaminya)

♣ anak saudara susuan dan kebawah (anak kepada adik beradik susuan)


Keturunan

♣ ibu, nenek dan keatas

♣ anak perempuan, cucu dan kebawah

♣ adik beradik perempuan seibu sebapa, sebapa atau seibu sahaja

♣ emak saudara sebelah bapa dan sebelah ibu keatas

♣ anak saudara perempuan daripada adik beradik seibu sebapa, seibu atau sebapa


Contributor : Nurul Aida Mastura ( 10DMT05F035 )


0 comments:

Ranking

Blog Listing