THE JKM PSP STUDENT BLOG

Objektif: Menentukan nilai kekerasan logam dengan kaedah Vickers

Peralatan: Vickers Hardness Tester

Bahan ujian: Empat jenis Spesimen keluli


Cara-Cara Menggunakan Mesin Rockwell


1. hidupkan suis utama dan pastikan ia berada dalam keadaan on.

2. hidupkan suis yang berada di belakang mesin.

3. pastikan lampu menyala dan skrin menunjukkan skala RCK.

4. setkan skala yang di kehendaki dan gunakan pelekuk intan atau bebola.

5. dekatkan specimen pada pelekuk intan dan kemudian butang ‘START’ di tekan.

6. tunggu sehingga bacaan di dapati dan keputusan di cetak.



Prosedur kerja


1) Pastikan permukaan yang hendak diuji adalah rata dan selari dengan pelantar alat dimana spesimen di letakkan.


2) Peralatan yang disediakan perlu dihidupkan


3) Spesimen perlu diletakkan diatas pelantar alat.


4) Diatas pelantar, terdapat mikroskop dan pelekuk, sila pilih mikroskop dengan memusingkan tuil dan pastikan terdapat bunyi “klik” bagi memastikan mikroskop itu berada dalam pada sudut yang betul.


5) Laraskan tombol lampu sehingga kecerahan yang sesuai diperolehi dalam penglihatan mikroskop


6) Putarkan tuas penaik sehingga permukaan spesimen boleh dilihat dengan jelas


7) Pastikan dua garisan dapat dilihat dengan jelas dalam mikroskop.Garisan ini adalah untuk mengukur jarak pepenjuru tajam.


8) Jika tombol sebelah kiri mikraskop diputarkan, kedua – dua garisan ( A & B ) itu akan bergerak.

jika tombol sebelah kanan, hanya garisan B akan bergerak.


9) Rapatkan kedua – dua garisan itu dengan memutarkan tombol mikroskop sebelah kanan dan

Juga sebelah kiri sehingga garisan itu bertemu dan berada ditengah – tengah. ( Semasa merapatkan kedua-dua garisan tersebut, pastikan garisan tersebut tidak bersilangan ‘intersect’. Ini akan mengakibatkan kerosakan pada filamen garisan tersebut serta merendahkan tahap kejituan mesin tersebut )


10) Dapatkan bacaan sifar dengan menekan butang zero


11) Laraskan tombol masa beban (load time) diantara 10 – 15 saat


12) Laraskan tombol laju beban ( loading speed ) diantara 40 – 50 µm/saat


13) Ubahkan kedudukan kanta kepada dan pastikan terdapat bunyi “klik”


14) Rapatkan permukaan spesimen dengan pekekuk dengan memutarkan tuas sehingga mata pelekuk hanpir menyentuh permukaan spesimen.


15) Tekan suis mula ( START) sehingga proses pelekukan tamat bila suis itu berhenti menyala


16) Tukarkan kedudukan pelekuk pada kanta mikroskop semula


17) Fokuskan semula kanta mikroskop di tempat lekuk yang baru dibuat. Jika Lekuk itu terlalu kecil atau terlalu besar sehingga sukar untuk di ukur, tambahkan beban dan jalankan langkah 13, 14, 15, dan 16


18) Jika lekuk yang dibuat boleh diukur, putarkan tombol sebelah kiri dan juga sebelah kanan

Sehingga d1 diperolehi.


19) Ubahkan kedudukan mikroskop dengan memusingkan 90˚ dapatkan ukuran d2


20) Dapatkan nilai purata pepenjuru d dengan formula berikut.

D = ½ ( d1 + d2 ) ( + atau – bacaan sifar)




KEPUTUSAN

Spesimen tanpa rawatan

BIL

D1 (MM)

D2 (MM)

D (MM)

HV (kgf/mm²)

1.

273.5

290.0

281.75

1168



Sepuh lazim

L

D1 (MM)

D2 (MM)

D (MM)

HV (kgf/mm²)

1.

187.5

254.5

221

1895

Sepuh lindap

BIL

D1 (MM)

D2 (MM)

D (MM)

HV (kgf/mm²)

1.

231.0

228.5

229.75

1754

Lindap kejut

BIL

D1 (MM)

D2 (MM)

D (MM)

HV (kgf/mm²)

1.

185.5

181.0

183.25

2750




Contributor : Fatimah Bt. Mat Rasad ( 10DMT05F025 )


0 comments:

Ranking

Blog Listing