THE JKM PSP STUDENT BLOG

J4243 Teknologi Fabrik 2 Coupling

by s i p u t u r b o | 10:15 PM in |

Coupling (gandingan) adalah penghubung diantara dua aci yang berada di dalam paksi yang sama atau bersudut atau tidak sepaksi untuk pemindahan kuasa di antara pemacu(motor) dan mesin. Berikut adalah antara lima jenis coupling :

FLEXER EASY-FLEX FLEXIBLE COUPLING

Flexer easy-flex flexible couplings adalah coupling yang paling ringkas untuk jenis coupling getah dan sesuai untuk semua jenis mesin/jentera.

Ianya diperbuat daripada besi tuang yang berkualiti tinggi dan juga campuran getah.

Terdapat dalam pelbagai saiz, untuk nilai kuasa 0.03kW sehingga 22.41 kW pada 100 rpm dan boleh memasuki lubang pada kapasiti maksimum diameter 100m/m.



FLEXER PIN-BUSH TYPE FLEXIBLE COUPLING

Merupakan jenis coupling yang paling ringkas dan kecil.

Flexer Pin-Bush Type Flexible Coupling adalah lebih berketahanan tinggi untuk melindungi mesin ketika mesin sedang beroperasi.atau menjalankan mesin semula jika berlaku kerosakan besar (shock lead, torsional vibration, reversel of drive, settling of machine of foundation and wearing of bearing)

Standard rubber coupling boleh memenuhi keperluan untuk penghantaran kuasa dari 1 HP ( 0.82 kW ) sehingga 335 HP (250 Kw) pada 100 rpm.



FLEXER GEAR COUPLING

Flexer Curved Tooth Flexible Gear Coupling adalah yang paling cekap dan sesuai untuk penghantaran kuasa mekanikal.

Ianya mempunyai ciri yang baik seperti boleh di ubah dan kebolehannya untuk tahan karat (angular, parallel, axial) pada bahagian penyambungan shaft.

Boleh digunakan secara meluas dalam industri Rolling Mills, Cranes, Cement Plants, Dredgers, Convenyors and Elevetors, Rubber and Plastic Industries, Compressors, Fan Blower dan sebagainya.

Coupling ini terdiri daripada dua bahagian iaitu gigi luar yang melengkung dan dua lengan luar dengan sisi pemacu pada bahagian dalamnya.

Coupling ini paling fleksibel kerana sisinya di reka sepenuhnya untuk membenarkan kawasan yang luas untuk penyambungan diantara gigi dalam dan gigi luar dalam pelbagai keadaan.

Lingkaran “O” pada hujung pusat coupling berfungsi untuk mencegah dari sebarang kebocoran pada pelincir dan menghalang habuk dari masuk ke dalam coupling

Diperbuat daripada besi tuang berkualiti tinggi untuk kerja yang lebih cekap.



FLEXER GRID TYPEFLEXIBLE COUPLING


Digunakan dalam pelbagai jenis alat atau mesin.

Coupling ini lengkap dan terdiri daripada 2 pusat couplings, spring grid, dan penghadang untuk melindungi spring grid.

Elemen spring grid ini direka cukup kuat untuk coupling boleh ubah dan mempunyai sifat untuk melindungi coupling apabila gegaran semasa operasi dijalankan.



FLEXER FLEXOFLEX TYRE TYPE COUPLING

Mempunyai semua sifat coupling yang fleksibel.

Flexoflex coupling boleh bekerja melebihi 250 HP (187 Kw) pada 1440 rpm dan sesuai untuk diameter maksimum shaft iaitu 100 m/m.

Flexoflex coupling membolehkan pengoperasian pelbagai kelajuan yang tidak sekata seperti angular misalignment (4 max), parallel misalignment (melebihi 3.3 m/m max) dan end float (melebihi 4.2 m/m max). Sama ada satu persatu ataupun mana-mana gabungan.


Source from : flexerrubber.com


Contributor : Fatimah Bt. Mat Rasad ( 10DMT05F025 )


0 comments:

Ranking

Blog Listing