Pada proses combing serat-serat akan disikat yang akan menyebabkan serat lebih seragam dan mempunyai purata serat-serat panjang staple. Yarn yang terhasil lebih seragam, kuat, lembut, berkilau dan bersih. Tujuan bagi proses combing ialah:
• Menselarikan serat
• Meluruskan serat
• Membuang neps atau serat-serat matang
• Membuang bendasing
Terdapat lima bahagian penting dalam mesin Combing, iaitu:
• Kemasukkan Lap
• Head
• Condensing
• Drafting Lap
• Coiling
Prinsip utama combing berlaku di bahagian head. Ia bertujuan untuk membuang noil atau serat pendek dan membenarkan serat panjang ke proses seterusnya. Terdapat tiga jenis tindakan yang berlaku pada bahagian head iaitu:
• Tindakan nipping dan combing- Proses menekan kepingan lap oleh nipper
knife pada cushion plate. Circular comb akan menyikat hujung lap
yang terkeluar dari cengkaman nippers. Hasil dari penyikatan circular comb,
serat pendek, neps dan kotoran dibawa keluar menggunakan half lap dan
dibersihkan oleh berus.
• Tindakan pemulangan web selepas combing- Proses penghantaran serat
yang telah disikat oleh nipper ke detaching roller untuk ditarik keluar dari dari
kepingan lap selepas circular comb selesai melalui melakukan operasi combing.
• Tindakan detaching roller dan top comb- Noil dan kotoran akan disikat
keluar menggunakan top comb apabila ia turun menembusi lap. Serat ditarik oleh detaching roller di antara jarum-jarum top comb. Noil dan kotoran akn dikeluarkan oleh half lap.
PROSES COMBING
Proses combing adalah bertujuan untuk menghasilkan yarn yang berkualiti tinggi dari serat ‘staple’ semulajadi dan ia memerlukan proses lanjutan pembuangan serat pendek dari serat panjang yang dipanggil combing.
Combing merupakan urutan dari proses carding dalam sistem pemprosesan benang di mana serat-serat diselarikan, diluruskan, pembuangan neps, bendasing dan serat-serat pendek.
Selepas proses combing, serat-serat combed (combed fibre) akan lebih seragam dan lebih purata merupakan serat-serat panjang fiber.
Yarn yang terhasil akan lebih seragam, kuat, lembut, berkilau dan bersih serta gebu.
OBJEKTIF COMBING
• Membuang sejumlah kuantiti serat-serat pendek yang dikenali sebagai ‘noil’.
• Mengurangkan jumlah neps yang meningkat selepas proses penyediaan combing.
• Membuang kotoran seperti ‘motes’, sampah dan sebagainya.
• Meluruskan serat untuk memperbaiki keselarian pada darjah yang bersesuaian.
• Membentuk sliver pada keseragaman yang optimum.
BAHAGIAN-BAHAGIAN UTAMA MESIN COMBING
Kemasukan lap
• Lap dibuka gulungannya dalam bentuk kepingan dan dimasukkan ke bahagian kepala menggunakan dua flute ‘roller’.
‘Head’
• Kepingan lap melalui proses penyikatan (comber) untuk mengeluarkan ‘noil’ dan melalui tindakan ‘nipper’ dan ‘coushine plate’, ‘circular plate’, ‘circular comb’ dan ‘brush’. Hasil daripada tindakan ini serat-serat dalam bentuk jaringan atau dipanggil ‘web’ akan terhasil.
‘Condesing’
• ‘Web’ dari ‘detaching roller’ dihantar ke ‘web plate’ dan diarahkan ke trumpet untuk dimampatkan bagi menghasilkan sliver.
‘Drafting’
• Sliver daripada beberapa bahagian kepala atau ‘head’ dikumpulkan dan digabungkan untuk dihantar ke bahagian ‘drafting’. Sliver-sliver tersebut akan melalui proses penarikan di bahagian ‘drafting’ untuk menghasilkan satu sliver yang mempunyai berat per unit panjang seperti asal.
‘Coiling’
• Sliver dari bahagian ‘drafting’ akan melalui tiub ‘coiler’ dan disimpan di dalam ‘can’ dalam bentuk lingkaran bersesuaian untuk melalui proses seterusnya.
PROSES MEMBUKA DAN MENGENALI BAHAGIAN-BAHAGIAN DALAMAN MESIN
BAHAGIAN HEAD
Prosedur:
1. Bahagian dalaman mesin dibuka satu per satu secara berperingkat untuk melihat dengan lebih jelas fungsi setiap komponen mesin untuk menjalankan proses ini.
2. Bahagian head dimana tindakan penyikatan dibuka dan nipper knife dikeluarkan dan diletakkan diatas hamparan kain. Nipper knife digunakan untuk menyikat lap untuk membuang serat-serat pendek.
3. Selepas itu, bahagian detaching roller pula dikeluarkan.
4. Kemudian top comb pula dikeluarkan dan disusun mengikut aturan bahagian-bahagian yang telah dikeluarkan tadi.
5. Bahagian yang dikeluarkan diperhatikan supaya dapat mengetahui masukan lap ke dalam mesin combing dan menjadi sliver yang panjang dan berterusan (continuous yarn).
6. Bahagian yang akan bertindak menyikat hujung lap yang terkeluar dari cengkaman nippers ialah circular comb.
BAHAGIAN DRAFTING
Prosedur :
1. Pada bahagian drafting terdapat 3 jenis roller iaitu roller hadapan, roller tengah dan roller belakang, dimana ia bertindak untuk menarik sliver dan menghasilkan satu sliver yang mempunyai berat per unit panjang seperti asal.
2. Pengeluaran sliver ini bergantung kepada pusingan roller hadapan dan roller belakang.
PENGIRAAN DALAM PROES DRAFTING
Contributor : Nurulfarhana Binti Zakaria ( 10DMT05F023 )