THE JKM PSP STUDENT BLOG

Yarn Examining


TUJUAN :

Pelajar dapat mempelajari cara menggunakan alat pengujian Yarn Examining dimana yarn digulung ke papan berbentuk kun bagi membandingkan ‘harness’ dan ‘irregularity’.


PERALATAN :

Yarn Examining, Gambarajah Perbandingan untuk ASTM dan REUTLINGHER dan yarn.


PIAWAIAN :

ASTM D2255-90


PERSEDIAAN SAMPEL :

1. Yarn digulung mengikut langkah-langkah tertentu bergantung kepada yarn count (yarn count dipastikan) dan terbahagi kepada 6 jenis kedudukan gulungan berdasarkan piawaian ASTM seperti rajah dibawah:


Series

Count in NeC

Count in Tex

Turns/cm

Turns/inch

1

1-12

590-50

8

20

2

12-24

50-25

9

22

3

24-36

25-16

10

26

4

35-50

16-12

13

32

5

50-75

12-8

15

38

6

75-135

8-4

19

48


2. Terdapat bahagian pulley yang dikawal beberapa kedudukan gulungan dipapan perbandingan.


3. Kelajuan papan boleh diubah sehingga mencapai tahap maksimum 260 pusingan per minit.


4. Sekiranya yarn count telah diketahui, jadual diatas dirujuk untuk mengetahui series pulley yang perlu digunakan untuk mendapatkan pusingan per cm atau pusingan per inci bersesuaian untuk pebandingan.



PROSEDUR PENGUJIAN :

1. SDL 221 disambungkan ke bekalan utama.


2. Papan kosong diletakkan k SDL 221 dengan disangkutkan dibahagian kanan alat, seterusnya disangkutkan ke bahagian kiri dengan tombol hitam ditarik ke bahagian kiri ke belakang.


3. ‘Carriage’ dilepaskan dan diletakkan pada kedudukan permulaan pengujian iaitu diakhir bahgian kiri. ‘Carriage’ dikunci apabila tuil merah (red lever) berada pada kedudukan menegak.


4. Kedudukan gulungan diubah berdasarkan count yarn diuji, guard sebelah kanan dibuka dan kedudukan talisawat ditukarkan.


5. Package yarn dimasukkan ke pemegang package.


6. Yarn dimasukkan melalui yarn guide, melepasi ‘carriage yarn guide’ dan ‘yarn tensioner’, seterusnya papan dipastikan berada dalam keadaan kemas.


7. Butang ‘start’ ditekan, papan akan mula berpusing dan yarn digulung pada kelajuan yang telah dilaraskan dan akan berhenti secara automatik pada penghujung ‘carriage’.


8. Hujung yarn dililit pada papan supaya kelihatan kemas dan diputuskan.


9. Papan dikeluarkan dengan membuka penyangkut bahagian kiri dan yarn selebihnya diputuskan.


10. Dari gambarajah rujukan ASTM, keputusan dibandingkan dan grade piawai dicari.


Series

Count in NeC

Count in Tex

Turns/cm

Turns/inch

Grade Piawai

1

1-12

590-50

8

20

A

2

12-24

50-25

9

22

B

3

24-36

25-16

10

26

B

4

35-50

16-12

13

32

B

5

50-75

12-8

15

38

D

6

75-135

8-4

19

48

B




Contributor : Nurulfarhana Binti Zakaria ( 10DMT05F023 )

0 comments:

Ranking

Blog Listing