THE JKM PSP STUDENT BLOG

Pengenalan

Dalam tugasan kali ini, pelajar telah diminta untuk menghuraikan tentang proses – proses pengacuan. Proses pengacuan adalah proses berkelompok iaitu produk dibuat sekali pada suatu masa melalui satu kitaran yang boleh diulangi dalam kadar yang banyak mengikut kuantiti yang diperlukan.

Dalam proses ini, perkara yang perlu diberi keutamaan adalah menghantar sebatian yang mudah dibentuk kedalam acuan contohnya plastik cair. Ia kemudiannya dibentuk kepada produk tiga- dimensi supaya lebih stabil.

Acuan boleh dibuat berpandukan tiga asas utama iaitu acuan terbuka sama ada jantan atau betina digunakan untuk membuat satu permukaan produk dan separuh acuan jantan sepadan akan digunakan untuk membuat butiran geronggang. Manakala acuan sepadan betina dan jantan digunakan untuk membuat bekas yang akan diisi sepenuhnya dengan bahan produk.

Tekanan akan dikenakan pada acuan bagi membolehkan bendalir bergerak memenuhi ruang acuan dan membentuk rupa acuan tersebut sama ada pada satu bahagian acuan atau kedua- dua belah acuan. Terdapat pembentukan produk terhasil dan ianya mempunyai kebaikan dan kekurangannya.


Pengacuan Pindah (Transfer Molding)

Salah satu cara untuk menukar bahan plastik dengan meleburkan bahan tersebut yang dimasukkan melalui satu ruang (chamber) dan diberikan tekanan keseluruh permukaan (mass) ke dalam acuan (mold) yang panas sehingga ia mengeras.

Proses pengacuan pindahan (transfer molding) adalah lebih kurang sama dengan proses pengacuan tekanan (compression molding) kerana ia menggunakan jenis polimer yang sama iaitu termoset dan elastomer. Selain daripada itu,proses ini juga boleh dikaitkan dengan proses pengacuan suntikan (injection molding) kerana cara plastik cair tersebut dipanaskan didalam ruang (chamber) yang berasingan sebelum disuntik ke dalam acuan. Proses ini mampu membuat produk yang lebih rumit berbanding proses pengacuan tekanan (pressure molding). Proses pengacuan pindahan juga boleh dijalan dengan memasukkan bahan lain kedalamnya seperti besi dan seramik untuk tujuan penyuntikan semasa plastik dipanaskan dalam acuan.


Jenis- jenis Pengacuan Pindah (transfer molding)

Pengacuan pindahan resin (resin transfer molding)

Pengacuan pindahan resin (RTM) menggunakan resin sebagai pemangkin yang di pam kedalam dua bahagian kebuk yang berasingan dan kemudian dipindahkan dibawah tekanan melalui pelari ke acuan sepadan (match mold) untuk dibentuk. Acuan atau resin tersebut berkemungkinan tidak dipanaskan. Proses ini menjadikan keupayaan struktur sesuatu bahan menjadi lebih kukuh. Proses ini memerlukan kos yang tinggi kerana ia menggunakan dua acuan.

Vakum- pengacuan pindahan resin terbantu (vacuum-assisted resin transfer molding)

Ia merupakan satu alternatif bagi (RTM) yang memerlukan kos yang lebih rendah. Peralatan yang digunakan lebih rendah kosnya, menggunakan bilik pemanas dan kelegaan produk dapat diukur.


Contoh mesin dan spesifikasi


E Series 5 & 10 ton ‘Pneumatic Transfer Presses

Ideal for clean room use (no hydraulics) and quiet operation.

JRD E series are advance, accurate air powered Four Post Transfer

Moulding Machines (5 & 10 tons). These are simple to install & operate. The 5 ton, E5 model is placed on top of a bench whereas the 10 ton, E10 is floor based. Both the models are highly energy efficient, clean and silencer equipped for quiet operation. They are well proven in production and laboratory environment.

They are ideal for rubber insert, moulding and encapsulation of small electonic components, medical parts and epoxies, silicones and other thermosets. They are also used for material flow tests.

Standard Features on E5 & E10

Direct Acting Clamp Force at 100psi: 5 & 10 ton

Transfer Ram Force: 2000 & 2800 lbs.

Platen Size: 10" x 11" & to 12" x 12"

Full Closure Dual Palm Button

Air Consumption SCF/cycle: 3.7 & 7.8



Produk


Pengacuan Tiupan (Blow Molding)

Pengacuan tiupan untuk plastik menggunakan pembangunan sistem logik yang sebelum ini menggunakan cara tradisi membuat botol kaca dengan meniupkan udara ke dalam kaca yang cair ke dalam acuan.

Pengacuan tiupan atau pembentuk tiupan (blow forming) adalah salah satu proses pembuatan yang menggunakan plastik berongga dalam proses pembuatannya. Pada amnya, terdapat tiga jenis pengacuan suntikan seperti :

Pengacuan tiupan suntikan (injection blow molding)

Pengacuan tiupan ekstrusi (extrusion blow molding)

Pengacuan suntikan penyemperitan (stretch blow molding)



Pengacuan tiupan penyemperitan

Dalam proses pengacuan ini, plastik dicairkan dan diekstrusikan menjadi tiub berongga (a parison). “Parison” ini diambil dan diletakkan didalam acuan besi untuk disejukkan. Kemudian udara dialirkan untuk membentuk “parison” menjadi botol kosong, penyimpan barang dan sebagainya. Selepas plastik tersebut sejuk, acuan dibuka dan produk dikeluarkan daripada acuan.

Pengacuan tiupan penyemperitan boleh dijalankan secara berterusan (continuous) atau secara sela masa (intermittent). Jenis pengacuan tiupan penyemperitan boleh dikategorikan kepada :

Peralatan penyemperitan berterusan (continuous extrusion equipment)

Rotary wheel blow molding system

Shuttle machinery

Pemesinan penyemperitan secara sela masa (Intermittent extrusion machinery)

Reciprocating screw machinery

Accumulator head machinery


Pengacuan tiupan suntikan

Proses pengacuan tiupan suntikan digunakan oleh bahagian produksi untuk membuat botol kaca dan plastik dalam kuantiti yang banyak. Dalam proses ini polimer disuntik kedalam acuan menggunakan pin teras (core pin), selepas itu pin teras tersebut berputar ke bahagian acuan suntikan untuk proses pembentukan dan penyejukan. Proses ini dibahagikan kepada tiga langkah iaitu penyuntikan, tiupan dan penyutikan.


Pengacuan tiupan penyemperitan

Dalam proses ini, plastik dimasukkan kedalam acuan dahulu dan dibentuk menjadi “preform” menggunakan proses pengacuan suntikan. “Preform” digunakan untuk membuat bahagian leleher botol. “Preform” ini dibungkus,disejukkan dan dimasukkan kedalam mesin pengacuan tiupan penyemperitan. Bagi proses pengacuan tiupan penyemperitan, “perform” ini dipanaskan menggunakan pemanas infrared diatas takat cair kaca, kemudian kaca tersebut ditiup menggunakan angin bertekanan tinggi menjadi botol menggunakan acuan. Biasanya penyemperitan dibuat menggunakan pin teras sebagai salah satu prosesnya.



Contoh mesin dan spesifikasi


Main Feature:

MB-FA series is a line of biaxial stretch blow molding machines of the reheat type, which can produce high quality PET bottles with good material distribution. plastic blow molding machine, plastic blow moulding machine

MB-FA series machines are designed for easy operation and uncomplicated maintenance. The main drive uses a special cam and link mechanism which dies not use any hydraulics.

Only 10 minutes is enough to exchange blow molds.

MB-FA series machines have options for the making of oval and rectangular shaped bottles as well as for making bottles, which are heat resistant for hot filling.

By use of a linear method of operation, installation space can be reduced to a minimum as well as make it possible the machines and other equipment into systematic lines. plastic blow molding machine, plastic blow moulding machine, pet blow molding machine, pet blow moulding machine, blow extrusion machine molding, blow extrusion machine moulding


Produk



Contributor : Mohd Hafizi B.Ahmad ( 10DTP05F031 )

0 comments:

Ranking

Blog Listing