THE JKM PSP STUDENT BLOG

Pengacuan Penyemperitan (extrusion)

Proses yang membentuk plastik secara terus dengan mengenakan daya untuk membentuk plastik berongga tanpa mengenakan suhu. Resin yang dikenakan daya akan membentuk produk yang mempunyai ketebalan (thickness) yang konsisten.


Jenis – jenis proses penyemperitan


Sheet extrusion

‘Sheet extrusion’ adalah salah satu teknik membuat satu kepingan plastik dalam pelbagai bentuk resin. Bagi resin ketebalan yang nipis akan ditukar kepada bentuk seperti cawan, dulang plastic dan tiub marjerin. Selain itu, penggunaan bagi sektor perkilangan pula seperti ‘truck bed liner’, ‘pallets’, peralatan taman permainan dan bot. Penggunaan yang ketiga ialah ia digunakan untuk membuat ‘geomembranes’ dimana plastik rata dikimpal keatas satu sistem pengasingan yang besar (containment system) untuk kegunaaan bahan terbuang.


Profile extrusion

‘Rubber profile extrusion’ diproses dengan menggunakan getah asli ‘uncured rubber’ terus kepada acuan dibawah tekanan dan haba. Getah asli ini akan digerakkan melalui haba untuk membuat proses rawatan kimia bagi merawat getah tersebut.


Pipe extrusion

‘Pipe extrusion’ adalah proses yang mengenakan daya terhadap polimer cair terus kepada acuan biasanya berbentuk bulat. Proses ini bergantung pada saiz acuan, bahan penyejuk (cooled) dan paip yang digunakan untuk menyalurkan plastik cair.


Co – extrusion

Proses yang dijalankan dengan memasukkan dua atau lebih bahan dalam satu acuan dengan menggunakan dua atau lebih rongga (orifice) untuk proses penyemperitan bagi mencantum dan dikimpal bersama keatas bahan yang struktur berlamina (lamina structure) sebelum disejukkan.


Blown film extrusion

Dalam proses pengacuan jenis ini biasanya bahan akan menjalani proses penyemperitan menggunakan acuan berbentuk cincin (annular die) biasanya ‘spiral die’. Bahan akan direndam dan dikembangkan sehingga takat beku bahan tersebut. Proses ini akan siap apabila ia melepasi proses penyejukkan menggunakan ‘air rings’.


Pultrusion

Sama seperti proses ekstrusi tetapi lebih tinggi kekuatannya sehingga boleh digunakan untuk membuat jambatan. Kaca atau jenis fibre yang lain dicampurkan dalam proses ini dan boleh mencapai 60% kaca yang mempunyai komposisi fibre yang baik. Bahan yang biasanya digunakan adalah dari jenis plastik thermosetting seperti epoxy.


Calendering

Ia merupakan proses yang biasanya menggunakan empat jenis pemanasan haba yang berputar pada kelajuan yang berlainan. Bahan tersebut disalurkan pada acuan akan diputar, dikenakan haba sehingga cair dan dibentuk kepada kepingan – kepingan plastik. PVC merupakan bahan yang biasanya digunakan dalam proses ini.


Proses pengacuan penyemperitan

Bahan

Proses ekstrusi boleh digunakan untuk kebanyakkan jenis plastik thermo dan sesetengah plastik thermoset. Bahan yang biasanya digunakan untuk membuat peralatan perubatan termasuk ‘polyethylene’, ‘polypropylene’, ‘polyurethane’, ‘polystyrene’, ‘fluoropolymers’, ‘polyamide’, ‘polyester’ dan ‘flexible polyvinyl chloride’. Ciri – ciri yang membezakan antara proses ektrusi dari proses pengacuan suntikan adalah kelikatan plastik semasa diproses pada suhu biasa. Proses ektrusi menggunakan plastik yang mempunyai kelikatan tinggi dimana semasa proses ektrusi dijalankan, plastik tersebut tidak akan berubah bentuk walaupun semasa perubahan daya dikenakan.

Hasil kombinasi daripada pelbagai jenis bahan (resin) membentuk satu campuran yang istimewa dari segi fizikal, biological dan sifat kimianya. Banyak bahan yang boleh dicampurkan semasa proses ektrusi termasuk bahan pelincir, antioksida, agen radioaktif, warna dan ‘thermal stabilizers’.


Had terima (tolerences)

Disebabkan kandungan bahan bagi proses ini tidak mengandungi 100% besi (metal tooling), had terima bagi proses ini pada amnya lebih terbuka berbanding proses pengacuan lain. Pada amnya had terima yang berada dibawah ini diguna dalam proses pembuatan jenis ektrusi:

Ketebalan dinding : .005

Panjang pemotongan : .062 atau lebih

Lebar atau tinggi : .010 per inch of width

Kelurusan (straightness) : .045 bow per foot


Contoh mesin dan spesifikasi

Description

"Universal Sheet" is a corrugated PP(PE) plastic sheet, It has the advantages as follows: Colorful, Easily to process and lower price.

It also has very good physical properties as : Heat insulating & Transparent, cold-resistant & heat-preservation, waterproof & damp-proof, hard & shock absorbing.

It can also be made flame-proof for special use. In the past debate, it has been widely used in house decoration, advertisement, exhibition, packing, electricity pipeline board, sky-light cover, static prebention electricity board, stationery making, and plantation filed in developed countries. It is praised as Universal Sheet.


Produk



Pengacuan suntikan (injection molding)

Dalam bidang pembuatan pengacuan suntik menggunakan kedua – dua jenis plastic iaitu plastic thermo dan plastic thermoset. Plastic yang cair disuntik pada tekanan tinggi kedalam acuan yang akan mensongsangkan (inverse) plastic tersebut mengikut bentuk produk. Selepas produk direkabentuk oleh jurutera rekabentuk, acuan akan dibuat oleh pembuat acuan (moldmaker) daripada logam, biasanya daripada aluminium atau besi dengan menggunakan mesin pembuatan.

Mengikut piawaian terdapat dua plat yang digunakan iaitu ‘core’ dan ‘cavity’ yang digunakan dalam acuan utama dan terdapat 5 bahagian yang berlainan yang dikenali sebagai ‘family mold’.


Bahan

Plastik thermo yang paling biasa digunakan adalah polystyrene (kerana kos yang rendah, kekuatan yang lebih rendah dan lebih panjang jangka hayat penggunaanya berbanding bahan lain), ABS atau acrylonitrile butadiene styrene (ko-polimer atau campuran bahan plastic kepada perumah alatan elektronik), nylon (tahan pada tindakan haba, bahan kimia, kuat dan fleksible), polypropylene (kekuatan yang tinggi dan fleksible – biasanya digunakan untuk membuat bekas plastik (container), polyethtylene dan polyvinyl chloride (PVC) yang biasanya digunakan dalam proses penyemperitan untuk membuat saluran paip, frame tingkap dan sebagainya.

Pengacuan suntikan juga menggunakan bahan seperti aluminium atau loyang. Takat cair (melting point) logam ini jauh lebih tinggi berbanding plastik. Bagi menjimatkan kos, penggunaan acuan pasir digunakan untuk membuat komponen – komponen kecil.


Peralatan

Mesin pengacuan suntikan juga dikenali mesin tekan (presses machine) yang akan memegang acuan sementara komponen siap dibentuk. Tekanan diukur mengikut jumlah tan yang digunakan pencengkam untuk mencengkam bahan kerja pada sesuatu mesin. Tekanan ini sentiasa berterusan semasa acuan ditutup sehingga proses suntikan. Biasanya jumlah tekanan boleh mencapai kurang dari 5000 hingga 6000 tan dimana penggunaannya mengikut produk yang ingin dihasilkan.


Acuan

Acuan merupakan ‘term’ yang biasa digunakan dalam proses pembuatan plastik pengacuan suntik. Pada amnya, pembuatan yang menggunakan acuan memerlukan kos yang tinggi dan biasanya digunakan oleh ‘mass production’ yang membuat beribu – ribu komponen pada masa yang singkat.

Acuan biasanya dibuat menggunakan logam yang dirawat haba, pra- rawatan haba,aluminium dan aloi berilium-tembaga. Pilihan untuk membuat acuan adalah berdasarkan sumber keewangan kerana acuan daripada logam biasanya memerlukan kos yang tinggi tetapi mempunyai jangka hayat yang lebih panjang walaupun kos permulaan yang diperlukan tinggi tetapi ianya berbaloi kerana bilangan produk yang dapat dihasilkan banyak sebelum acuan ditukar. Acuan yang diperbuat dari logam pre-rawatan haba jarang digunakan kerana hanya digunakan dalam industri yang membuat komponen yang bersaiz besar. Logam yang dikeraskan biasanya berskala 38-45 melalui ujian kekerasan Rockwell. Logam yang dirawat haba akan dimesin terlebih dahulu sebelum dirawat haba kerana untuk memanjangkan jangka hayat penggunaan logam. Biasanya selepas dirawat haba, kekerasan logam meningkat kepada skala 50-60 melalui ujian kekerasan Rockwell.

Acuan aluminium juga digunakan dalam bidang pembuatan dan kos penyediaannya juga lebih rendah dan penggunaannya dapat digunakan untuk membuat pelbagai jenis komponen dalam jumlah yang banyak. Berilium copper merupakan acuan yang digunakan dalam proses yang melibatkan penggunaan haba yang tinggi selain dari aloi berpretasi tinggi seperti ‘moldmax’ dan ‘ampcoloy’ yang juga dicipta untuk tujuan yang sama.



Contoh mesin dan spesifikasi


Produk




Contributor : Mohd Hafizi B.Ahmad ( 10DTP05F031 )


0 comments:

Ranking

Blog Listing