Ada beberapa perkara penting yg kita perlu tahu sebagai pelajar cemerlang:-
1. faktor-faktor yg disediakan untuk belajar.
2. kaedah yg utama untuk belajar.
3. dasar penting untuk belajar.
4. masalah kefahaman dan hafalan serta cara mengatasinya
5. beberapa pendapat yang penting , panduan berdasarkan beberapa kajian dan keputusan ilmiah
6. bagaimana menghilang perasaan waswas atau takut gagal.
7. tidur yg betul.
8. menjaga kesihatan jiwa.
1. FAKTOR2 YG PERLU DISEDIAKAN UNTUK BELAJAR.
DAYA DORONGAN UNTUK BELAJAR.
Mengikut ilmu psikologi manusia akan mempelajari sesuatu bila beliau merasa suka untuk belajar, mempunyai kemampuan untuk belajar, diberi peluang untuk belajar, diberikan pandangan mengenai apa yg dipelajari . Melainkan kemampuan, peluang dan panduan itu tidak akan diberikan semuanya jika seseorang pelajar tidak mempunyai daya dorongan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan belajar. Oleh sebab itu, jika diambil kesimpulan daripada ungkapan ini, kita akan mengatakan : ”TIDAK BOLEH BELAJAR TANPA ADANYA DAYA DORONGAN YANG SEBENARNYA”.
Daya dorongan adalah syarat yang perlu bagi setiap kali kita belajar dan mengingati
pelajaran. Setiap kali daya dorongan itu kuat, bertambahlah perlakuan untuk belajar.
Daya dorongan yang kuat untuk mengingati pelajaran akan bertambah dengan adanya sikap kesedaran diri, memfokuskan ingatan, mengabaikan rasa kepenatan, berusaha tidak bersikap bosan. Seseorang pelajar banyak menerima dan memproses mata pelajaran yang dipelajarinya akan menjadikannya bertambah tekun serta mampu untuk melawan faktor keinginan yang mengagalkan untuk bermuzakarah(belajar).
Sebaik-baik daya dorongan untuk mengingati pelajaran adalah seseorang pelajar itu belajar semata-mata mencari keredaan Allah S.W.T., beliau belajar dan berada dalam kecemerlangan, berusaha membangun kemajuan dan mengembalikan umat Islam di mercu pelayaran kemajuan manusia sebagaimana sebelumnya. Dengan demikian, seseorang pelajar itu akan mendapat bantuan dari Allah SWT serta taufik dan hidayahNya semada hidup di dunia dan ganjaran pahala semasa di akhirat kelak.
Kadang-kadang seseorang itu belajar dan mencapai kecemerlangan untuk mendapatkan kekayaan dan kemasyhuran. Sesiapa sahaja yang berniat demikian kadang-kadang mendapat hasil kejayaannya yang kadang-kadang sebaliknya.
Yang paling penting seseorang pelajar itu mestilah mempunyai daya dorongan untuk belajar.umpamanya untuk membantu keluarga yang miskin,untuk orang yang tersayang mahu pun untuk seorang kawan.
PERSEDIAN JIWA YANG BETUL DAN SEMPURNA UNTUK BELAJAR.
Seorang pelajar cemerlang tidak akan memulakan pelajaran melainkan jiwanya benar-benar bersedia untuk menerima pelajaran. Pemikiran yg bercelaru atau hatinya dipenuhhi dengan perasaan yang terlampau suka atau dukacita, akal pemikirannya tidak akan menerima apa yang dibaca oleh kedua matanya. Sekiranya seorang pelajar itu mengulangi pelajarannya dan memahami dengan keaadan seperti ini, kefahamannya tidak mantap dan akan mudah lupa.
Cara mengatasi- cara terbaik untuk menyediakan jiwa untuk mengingati pelajaran ialah seseorang pelajar itu sewajarnya memulakannya dengan mengambil wudhu’ untuk mengembalikan kecergasannya dan kehayatannya.
Kemudian menghadirkan niat, itu akan mendorong untuk mengingati pelajaran dengan keadaan berdoa kepada Allah SWT. Mulakan pembelajaran dengan membaca doa dan membaca selawat serta salam kepada rasulullah SAW. Dengan erti kata lain “nawaitu itu penting
Pelajar tidak boleh memaksa jiwa untuk belajar. Ia akan mengakibatkan rasa jemu, membuang waktu serta kesungguhan tanpa sebarang faedah.. “LAKUKANLAH PENYELESAIAN SEMUA PERMASALAHAN ANDA MENURUT KADAR KEMAMPUAN SEBELUM MEMULAKAN MENINGATI PELAJARAN”.
Permasalahan jiwa, perasan , kemasyarakatan dan selainnya sewajarnya dilakukan menurut keadaan kesannya. Melakukan penyelesaian sesuatu masalah agar inya menjadi lebih sempurna adalah dengan mengajukannya kepada orang lain, terutama nya yang lebih tua daripada kita dari segi usia, keilmuan dan pengalaman dalam kehidupan, (kiranya kalau dengan kawan tu bolehlah juga). Dengan melakukan perkara ini penyelesaian terhadap kecergasan, kesan kekuatannya dan kemampuan hidup untuk meneruskan segala tugas kita.
Peringkat umur antara 14 hingga 24 tahun adalah peringkat usia pembentukan kelahiran pelbagai perubahan dalam tabiat jiwa secara umumnya dan memandang kepada masa depan. Peringkat ini bersesuaian dengan gejolaknya nafsu seks dan kebebasan perasaan dalam kehidupan kita semua. Dari sini lahirlah pelbagai permasalahan pelajar dari segi seks dan perasaan. Dalam peringkat ini , setiap pelajar lelaki dan perempuan akan memikirkan jantina orang lain, lantas pemikiran mereka beralih kepadanya. Dari sinilah, pemikiran mereka tentang seks ini akan mengganggu perlakuan, akhlak dan seterusnya proses mengingati pelajaran.
Kekeluargaan memainkan peranan penting untuk memupuk jiwa pelajar. Keluarga yang tenteram akan melahirkan pelajar yang cemerlang. Kasih sayang dari keluarga memainkan peranan penting untuk membantu pelajar untuk mengingati pelajaran. Sekiranya pelajar itu tiada atau kurang dorongan dari keluarga seharusnya beliau mencari daya dorongan yang selain dari keluarga contohnya seorang kawan.
PERSEDIAN TEMPAT BELAJAR.
Suasana tempat belajar memainkan peranan penting untuk belajar, suasana bising dan tidak tenteram tidak membantu kita untuk mengingati pelajaran. Pelajar seharusnya mencari tempat yang tenang untuk belajar.
Cahaya lampu yang terang sepatutnya diarahkan dari saru sudut, iaitu sudut sebelah kiri tempat anda belajar. Pencahayaan yg lemah menyebabkan perasaan mengantuk.
Warna bilik yang sesuai..”WARNA THERAPY”. Warna kegemaran anda juga merupakan warna terapi dalam hidup anda
Menyusun dan mengatur peralatan sekeliling tempat belajar sebelum mengulang kaji. Susun semua buku anda. Jangan meletakkan buku-buku lain di tempat anda belajar seperti komik dan sebagainya, melainkan buku-buku tertentu bagi mata pelajaran dalam jadual yang anda susun sebelum anda mengulang kaji.
Seseorang itu merasa susah untuk memulakan pelajaran- Cara mengatasinya ialah memulakan dengan melakukan kerja rutin seperti mengemas buku-buku, segala-gala kertas kerja atau memindahkan sesuatu yang kurang teratur. Amalan ini dapat menggalak kepada sistem belajar. Ia boleh merehatkan jiwa dan menjauhkannya daripada gambaran sikap kacau bilau (jiwa kacau) yang secara langsung akan memberikan satu gambaran yang tidak baik kepada jiwa pelajar.( x aman).
Pengudaraan bilik juga penting. tingkap perlu dibuka semasa belajar untuk memastikan pelajar dapat bernafas dengan udara yang segar. udara yang tidak beredar akan menyebabkan darjah kepanasan menjadi tinggi dan kelembapan akan menjadi tinggi.
Kesihatan jasmani juga memainkan peranan penting dari segi fizikal ,makanan dan minuman. Salah satu tip ialah menyuap makanan ke dalam mulut perlahan lahan. makanan hanya akan dinikmati kesedapannya dengan menyuap ke dalam mulut perlahan-lahan dan mengunyahnya perlahan-lahan.
Senaman perlu dilakukan oleh seorang pelajar. Pelajar yang cemerlang adalah seorang pelajar yang cergas dan cerdas dari segi IQ dan EQ. Orang perempuan kena banyak bersenam, tidak boleh tidur selalu.
Untuk tidur yang sempurna pelajar perlu merehatkan semua anggota tubuh badan anda sehinggalah anda merasai tubuh badan anda sedang ditimpa satu benda yang berat dan bernafaslah dengan satu gaya pernafasan yang mendalam.
2. KAEDAH YANG UTAMA UNTUK BELAJAR.
a. KAEDAH BELAJAR SECARA BERTERUSAN DAN BERPERINGKAT-PERINGKAT.
b. KAEDAH KESELURUHAN DAN KAEDAH DIBAHAGI-BAHAGIKAN
c. MEMPERDENGARKAN KEPADA DIRI SENDIRI.
A. KAEDAH BELAJAR SECARA BERTERUSAN DN BERPERINGKAT-PERINGKAT.
Sebagaimana yg jelas dari namanya kaedah ini, sama ada seseorang pelajar itu belajar dengan cara beberapa peringkat belajar diselangi dengan peringkat rehat, iaitu setiap satu jam belajar, dia akan berehat selama 5 minit untuk memperbaharui kecergasan pemikiran dan jasmani atau seseorang pelajar itu akan menggunakan kaedah belajar ecara berterusan. Dengan menggunakan kaedah ini pelajar akan terus belajar selama beberapa jam yg lama untuk mempelajari pelajaran tanpa henti dan tanpa diselangi antara ilmu dengan gerak kerja lain atau antara pelajarannya dengan aktiviti lain sehingga seseorang pelajar itu dapat menyelesaikan semua pelajarannya.
Satu kajian mencatatkan bahawa cara belajar berperingkat-peringkat dalam beberapa jeda masa adalah terlebih baik secara umumnya dari cara belajar dengan menggunakan kaedah secara berterusan dalam satu jangka masa. Belajar secara berterusan akan membuatkan pelajar cepat bosan dan mengantuk.
B. KAEDAH KESELURUHAN DAN KAEDAH DIBAHAGI-BAHAGIKAN.
Kaedah secara keseluruhan adalah berasaskan mempelajari sesuatu pelajaran dari awal sehingga akhirnya dan membaca semuanya sekali gus sekalipun terdapat banyak perenggannya. Pelajar akan mengulangi pelajaran sehingga faham untuk kali kedua sehingga faham. Kadang-kadang sehingga kali ketiga barulah pelajar faham. Pelajar akan dapat memahami setiap ayat sehinggalah dapat menghafalnya.
Kaedah membahagi ialah kaedah di mana membahagi mata pelajaran kepada beberapa kumpulan yang berasingan. Pelajar akan mempelajari setiap kumpulan itu dengan had tertentu, sekalipun setiap satunya menggambarkan teori yg belum sempurna.
Setiap kaedah belajar mempunyai faedahnya tersendiri tetapi ia lebih bergantung kepada panjang sukatan pelajaran dan jenisnya, kadar kerumitannya atau kemudahannya, usia pelajar, darjah kepintarannya dan pengalamannya.
Kaedah belajar secara keseluruhan mempunyai kelebihan apabila digunakan jika mata pelajaran itu tidak panjang atau tidak susah dan mata pelajaran itu mempunyai kumpulan semula jadi atau ungkapan bersiri. seorang pelajar itu akan dapat menghubungkaitkan antara bahagian tajuknya. Beliau akan dapat memahami semua bahagia tajuk dengan merangkumi keseluruhannya.
Kaedah bahagi ini selalunya digunakan untuk mata pelajaran yg terlampau panjang atau susah. Adalah lebih baik dibahagikan-bahagikan kepada bahagian yg sesuai. Kaedahnya ialah menyusun mata pelajaran mengikut kumpulan tertentu dan mempelajarinya mengikut jangka masa yang tertentu.
Untuk memastikan mendapat faedah dari kedua-dua kaedah pelajar seharusnya menggabungkan kedua-dua faedah itu. –mulakan belajar secara keseluruhan dan menguasai semua maksudnya secara ringkas. Kemudian tumpukan pemusatan kepada beberapa bahagian yang susah difahami sebahagian demi sebahagian. Akhir sekali gabungkan semua bahagian dalam satu kumpulan keseluruhan. Kaedah ini juga dipanggil “kaedah membahagi-bahagi dan ulang semula”. Kaedah yang digunakan oleh pelajar yang telah mencapai kecemerlangan. Terdapat juga segelintir pelajar cemerlang yg tidak sedar beliau menggunakan kaedah ini dan mencapai kecemerlangan. Ini kerana teori kaedah pembelajaran ini tidak ketahui ramai.
C. KAEDAH MEMPERDENGAR KEPADA DIRI SENDIRI.
Pelajar akan berusaha mengulang semula mata pelajaran yg dihafalnya atau difahaminya ketika berhasil selepas dalam jangka masa tertentu. Oleh itu memperdengarkan kepada diri sendiri adalah kaedah yang paling berkesan. kaedah ini dapat mengembalikan kecergasan untuk belajar.
3. DASAR PENTING UNTUK BELAJAR.
• Bertakwa kepada ALLAH S.W.T.
Seorang pelajar yang beragama seharusnya bertanggung jawab dan tidak merasa malas untuk bersungguh-sungguh belajar,tidak mencuaikan keazamannya untuk terus mendapat segala ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih baik. tidak mengikut hawa nafsunya serta kelazatan yang boleh menjauhkannya dari ajaran agama ketika menunaikan kewajipannya mencapai ilmu.
• Kecergasan
Belajar yang lebih baik ialah belajar dengan kesungguhan dan kecergasan.
• Faham dan susun
Pelajar seharusnya meringkaskan mata pelajarannya dengan bahasanya sendiri, membahagikan kepada beberapa bahagian yang sesuai, mencari bahagian yg lebih kurang sama atau berlainan, berusaha menggabungkan bahagian-bahagian ini ke dalam kumpulan yang sempurna sirinya dari segi ungkapan atau semula jadi untuk menjadikan sebagai satu makna yang memudahkan kita untuk memahaminya.
Fahaman kita akan bertambah setiap kali bertambahnya kaitannya dengan masalah lain. Membuat nota kecil juga mempunyai fungsi yang sama seperti ini.
• Ulang semula
Pelajar mesti membuat ulangan kepada semua mata pelajaran atau bahan yang telah ia pelajari. Pakar-pakar menasihatkan kepada para pelajar jika anda tidak mahu mengikuti sistem pengulangan untuk membaca semula mata pelajaran atau bahan yang telah dipelajari, anda jangan belajar dan jangan mengkritik diri anda sendiri semata mata kerana anda mudah lupa.
• Mengetahui sejauh mana pengetahuan yang diperoleh
Seorang pelajar yang yg mengetahui sejauh mana penghasilan ilmu pengetahuannya dianggap satu faktor pendorong untuk meneruskan pelajarannya. miasalnya jika anda mahu menembak satu sasaran secara berterusan tanpa mengetahui atau memperbetulkan sasaran, anda tidak akan dapat menembak sasaran dengan tepat. Tetapi sekiranya anda mengetahui berapa jarak tersesarnya peluru anda,anda akan dapat memperbetulkan sasaran di mana sama ada anda perlu merendahkan sedikit sasaran atau meninggikan sasaran sekiranya peluru tersasar ke bawah. Begitulah perumpamaan pentingnya seorang pelajar mengetahui kadar penghasilannya dan pembelajarannya terhadap mata pelajaran, peringkat kemajuannya dan penguasaannya.
• Mengetahui matlamat
Mengetahui matlamat belajar dapat memudahkan proses menghafal. Sama ada pelajar itu membaca untuk memahami atau menghafal atau untuk persediaan peperiksaan, tujuan khusus inilah yang melahirkan matlamat belajar. Dengan adanya matlamat ini proses pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Membaca atau mengkaji ilmiah akan menyebabkan pelajar dapat melihat perhubungan antara perbagai perkara yang hendak diperoleh dan menghubungkaitkan antara sebahagian dengan sebahagian yang lain. mengambil berat tentang bacaan atau kajiannya menjadikannya boleh berfikir sama ada dengan berperasaan atau tidak. Pelajar yang membaca bukan dengan tujuan khusus akan kehilangan semua matlamatnya.
• Ulang kaji dan membuat latihan
Berterusan mengulang kaji pelajaran berulang kali,menyelesaikan pelbagai latihan dan mempelbagaikan praktikal yang berbeza mempunyai kesan yang jelas terhadap hafalan yang telah dihasilkan, mengukuhkan kemantapan dalam kotak pemikirannya dan tidak mudah lupa.
Seorang pelajar itu akan terlupa 60% dari mata pelajarannya yg telah dihafalnya
jika beliau tidak mengulang semula. hafalannya, iaitu mempraktikkannya secara
berterusan.
• Memulakan dengan ilmu yang kukuh
Pelajar seharusnya mulakan mempelajari ilmu yang susah dalam masa pemikiran sedang lapang. Penting kepada pelajar untuk memulakan proses belajar dengan pelbagai pengetahuan susah dan sukar semasa otak pemikiran berasa lapang sebelum kemampuannya menjadi terhad.
• Percaya kepada diri sendiri.
Mempercayai diri sendiri akan lahir dengan kepercayaan kepada ALLAH SWT yang akan memberikan pahala ganjaran kepada sesiapa yang memperoleh kejayaan, bersungguh-sungguh dan tidak menzalimi sesiapa pun. Iktikad yang mantap ialah, Allah SWT tidak akan mempersiakan pahala sesiapa yang baik amalannya. seseorang itu tidak akan memperolehnya melainkan berusaha , bersungguh sungguh, meninggalkan segala larangannya, tidak memperlekehkan hak para hamba ALLAH SWT. semuanya akan menyampaikan kepada semangat beramal dan berterusan mengerjakan ibadah, seterusnya akan mendapat kemenangan dan kejayaan.
Contributor : Nurul Aida Mastura ( 10DMT05F035 )