4. HAFALAN SERTA CARA MENGATASINYA
Sebelum menghafal pelajar perlu memahami apa yang hendak dihafal.
Jika pelajar berasa bosan atau sempit semasa menghafal adalah kerana tidak mempunyai minat untk menghafal perkara yang ingin dihafal. Untuk mengatasi masalah ini pelajar seharusnya memupuk minat untuk menghafal dengan menghafal secara bersungguh sungguh.
Pelajar perlu menghafal dengan menggunakan pen dan kertas , mencatat perkara yang dihafal. Ini akan memantapkan lagi perkara yg dihafal dan Ini akan mengelak masalah lupa apabila fakta tersebut diperlukan.
5. BEBERAPA PENDAPAT YG PENTING, PANDUAN BERDASARKAN BEBERAPA KAJIAN DAN KEPUTUSAN ILMIAH
Tindakan kejiwaan.
Pelajar perlu sentiasa memastikan jiwanya tenang sebelum belajar, jiwa yang berserabut tidak akan membantu kita untuk belajar. Jalan termudah ialah menyenaraikan punca berlakunya keserabutan ini dan memberitahu diri sendiri bagaimana masalah ini boleh berlaku. Dan seeloknya mencari jalan penyelesaian.
Membaca adalah satu kesenian dan dilakukan dengan latihan
Semasa membaca satu baris ayat , proses membaca terjadi apabila pandangan anda tertumpu pada bahagian barisan itu,kemudian pandangan itu dipindahkan ke bahagian lain dan ke bahagian ketiga dengan gerakan yang cepat.
Yang penting dalam masalah ini separuh bahagian lebih dikuasai pembacaannya pada waktu membaca. Maksudnya, mengenai fokus gerakan penglihatan. Bila anda mampu memindahkan pandangan dari satu bahagian ke bahagian lain dengan cekap, daya ingatan anda mengenai maklumat yang dibaca dapat bertahan lebih lama. Walaupun begitu , gerakan kedua belah mata dalam perpindahan ini mempunyai had tertentu tentang kemampuan pembacaan anda.
Pembaca yang baik
Pembaca yang baik ialah yang dapat memindahkan pandangan matanya dari sebahagian ke sebahagian yg lain dalam satu baris ayat dengan sistematik sehinggalah ayat itu habis dibaca. Pandangan matanya itu diulang-ulang perpindahannya dengan gerakan yang cepat kepada fakta yang berhampiran dari permulaan baris yang berikutnya.
Apa pun keadaannya, bacaan yang baik adalah bacaan yang senyap. Gerakan kedua bibir mulut akan mengurangkan darjah kelajuan membaca, akan cepat penat dan akan cepat hilang kesungguhannya untuk membaca.
Ringkaskan maklumat yg anda baca dan ujilah diri anda sendiri.
Buat nota kecil atau nota ringkasan setiap kali anda menjumpai fakta-fakta penting semasa anda membaca, ini memudahkan anda untuk mengulang kaji sekiranya anda terlupa tentang fakta berkenaan, maka tidaklah menyusahkan pelajar untuk membuka buku yg tebal untuk membaca semula untuk mencari fakta yang diinginkan.
6. BAGAIMANA MENGHILANGKAN PERASAAN WASWAS DAN TAKUT GAGAL.
Kaedah:
1. pelajar mestilah berpegang dengan akidah yang amat kukuh dan mantap
2. perlu bersungguh melaksanakan kewajipannya untuk belajar dan beribadat.
3. pelajar perlu berani menyelesaikan sebarang masalah secara berhadapan.
4. perkara yang paling penting pelajar perlu percaya kepada diri sendiri.
5. kita perlu menjaga semangat bergembira dan berjenaka. Bergembira dan bersuka ria yang dilakukan oleh seorang pelajar biasanya janganlah sampai mengganggu daripada meneliti pelbagai urusan yang dibebankan dan tanggungjawabnya. Di hendaklah melaksanakannya dengan tenang dan tetap pendirian.
6. Selain itu pelajar perlu menambah kemahiran individu untuk menambahkan keyakinan dalam diri contoh mahir melukis, mahir mengarang dan sebagainya.
7. para pelajar juga seharusnya mengikut jejak langkah orang yang telah berjaya.
8. pelajar perlu meminta perlindungan kepada ALLAH SWT dari waswas syaitan.
7. TIDUR YANG BETUL.
Tidur yang paling sempurna ialah tidur yang nyenyak. Walaupun sekejap ia kan dapat memberikan kecergasan kepada seseorang ketika menjauhkan diri daripada katil.
Bagaimana caranya untuk mendapatkan tidur yang tenang dan merehatkan.
anda hendaklah tidur dibahagikan rusuk anda yg sebelah kanan dan letakkan tangan anda di bawah pipi anda. Dicatatkan dari beberapa kajian ilmiah bahawa adalah lebih baik anda menyediakan kesihatan untuk tidur. Ini adalah satu laporan kerana cara ini dianjurkan oleh Rasulullah SAW mengenai sunnah tidur.
anda tidak boleh tidur dalam keadaan sedang memikirkan pelbagai masalah. Sebelum anda pergi ke katil, anda hendaklah mencari jalan penyelesaian masalah anda. Jika anda tidak mampu, ceritakanlah dengan kadar kemampuan anda kepada orang yang sudi mendengar seperti seorang kawan,rehatkan lintasan pemikiran anda mengenai perkara yang berlaku dan lakukan beberapa sikap yang menyenangkan jiwa seperti menyanyi dan sebagainya.
anda sewajarnya menjaga darjah suhu kepanasan tapak kaki anda. Tapak kaki yang sejuk akan mencegah dari tidur. Hendaklah anda menggunakan satu bekas air panas atau memakai stoking bulu yang panjang.
Jangan tidur dalam keadaan yg terlampau kenyang atau terlampau lapar.
Tidur adalah musuh kepada masalah yang dibuang.
Memadailah anda merehatkan diri sedikit dem-demi sedikit dan pemikiran anda hendaklah ingat terhadap peristiwa yang jauh seperti langit yang tidak dapat difikirkan atau diteliti.
8. MENJAGA KESIHATAN JIWA.
Kesihatan jiwa adalah alah satu cara untuk mendapatkan kecemerlangan.
Cara menjaga:
i. Kenalilah diri anda
ii. Janganlah menipu diri anda sendiri
iii. Ketahuilah jalan penyelesaian dengan cara yang betul.
iv. Berikan tumpuan kepada kerja anda.
v. Anda mestilah menumpukan ingatan anda sekarang
(jangan anda merasa banyak ruginya terhadap apa yg tidak dapat anda perolehi dan merasakan takut serta risau terhadap perkara yg akan datang, bahkan anda hendaklah kembalikan diri anda dengan menumpukan ingatan anda sekarang. Ini adalah jalan terbaik untuk mengukuhkan pendirian anda, cepat buat persediaan dan menyiapkan diri untuk masa depan anda.)
vi. Jadikanlah diri anda sendiri sebagai teman.
vii. Jaga kesihatan jasmani anda.
(manusia adalah kesatuan jasmani dan jiwa. Jasmani yg sakit atau badan yang teraniaya akan mengurangkan kemampuan individu membanteras pelbagai krisis jiwa dan kemasyarakatan yang dihadapi dan begitulah sebaliknya. Jiwa yang teraniaya akan mengurangkan tindakan untuk melawan pelbagai penyakit jasmani).
BEBERAPA PESAN UNTUK MENJADI SESEORANG PELAJAR MENCAPAI CEMERLANG.
Di bawah ini adalah ringkasan beberapa pesanan penting yg boleh membantu seseorang mengulang kaji pelajaran dan mendapat kecemerlangan.
1. Anda hendaklah bertaqwa kepada ALLAH SWT selepas dan sebelum melakukan sesuatu kerana konsep taqwa adalah merangkumi semua perkara, lebih-lebih lagi kerehatan diri serta ketenangan jiwa yang dirasai hasil bersifat takwa kepada ALLAH SWT akan membantunya mencapai kejayaan.
2. Bataskan tujuan anda mencari kejayaan yang jelas dan kehendak anda belajar. Faktor ini adalah satu daya pendorong yang kuat untuk mengekalkan cara belajar yang baik.
3. Ambil berat tentang persediaan jiwa anda untuk belajar, sediakan jiwa anda untuk proses belajar yang mempunyai kesan sebenarnya untuk membantu pelajar menumpukan ingatan.
4. Peliharalah persediaan tempat belajar dan suasana yang berada di sekeliling dengan beberapa ciri-ciri yang kita telah sebutkan.
5. Bataskan waktu khusus untuk anda mulakan belajar. Kebiasaannya penentuan waktu itu akan menentukan satu daya dorongan.
6. Ambil berat mengenai hal keadaan anda dari segi kesihatan dan pastikan tidak ada kerisauan jasmani atau pelbagai sudut kecuaian yang menyakitkan yang kadang-kadang menghalang proses belajar.
7. Ambil berat keadaan anda dari segi kerohanian untuk memelihara keselamatan jiwa dan kesejahteraan akal. Perkara ini tidak akan terjadi kecuali beriltizam dengan akhlak agama serta adab-adab dan pelbagai arahan serta pengajaran mulia.
8. pastikan bahawa waktu belajar yang paling baik adalah pada ketika tidak berasa penat, tidak lapar, tidak terlalu kenyang.
9. wujudkan satu keadaan yang boleh mencergaskan tenaga ingatan, bukannya keadaan berehat-rehat dan bermalasan-malasan yang boleh menggagalkan hasil capaian dan menghalang penguasaan yang baik.
10. Kebanyakan pelajar memulakan pelajarannya dengan kaedah yang menyulitkan. Oleh sebab itu, adalah lebih baik memulakannya dengan kerja-kerja rutin seperti menyusun buku rampaian , kertas-kertas tulisan atau menyalin pelajaran yang tidak lengkap keterangannya. gerak kerja ini dianggap sebagai pemelihara dan penanam aktiviti belajar.
11. Ulang semula pelajaran yang lalu untuk memulakan pelajaran yang baru.
12. Sentiasa belajar lebih dari satu mata pelajaran dalam satu hari untuk menghilangkan rasa jemu dan sempit. Lebih baik mempelajari beberapa bahagian dari mata pelajaran berbeza sebagai ganti mengkhususkan satu hari dengan hanya satu mata pelajaran.
13. Ikutilah cara belajar yang mithali dan rangkumkan pelbagai kaedahnya.
14. Ambil berat dengan proses mengulang semula antara semasa ke semasa untuk mengetahui sejauh mana penghasilan anda. Mengatasi bahagian-bahagian yang kurang faham dan mengulang kaji semula untuk mendapatkan bahagian yang tidak dapat dikuasai dengan sempurna atau tidak dapat dihafal sebagaimana sepatutnya.
15. Kefahaman membantu memantapkan sesuatu mata pelajaran dalam pemikiran. Oleh itu, atasi segala halangan yang berada di hadapan anda. Perkara ini telah disebutkan di dalam fasal yang membicarakan cara mengatasi masalah kefahaman dan hafalan.
16. Pelupa adalah berlawanan dengan mengingati. Fahamilah sebab-sebabnya, dan atasi sebab-sebab perbuatan yang menyebabkan anda menjadi pelupa.
17. ingat bahawa cara belajar yang baik adalah satu proses memikirkan untuk mencari kecergasan diri, bukannya satu sikap negatif. Oleh itu, berusahalah menjawab pelbagai persoalan yang ada kaitannya dengan tajuk yang dipelajari, ringkaskan pelajaran dengan bahasa anda sendiri yang khusus, syarahkan pelajaran itu kepada orang lain atau berbincang mengenai tajuk itu bersendirian. Laksanakan pelbagai fikrah yang terkandung di dalamnya dan jangan meminta bantuan dari orang lain kecuali jika anda terlalu perlukan bantuan itu.
18. Ambillah satu jadual masa berehat yang mencukupi antara masa kosong anda untuk mendapatkan hasil pelajaran. Mulakan belajar pada masa yang lain secara khusus (belajar pada masa yg berasingan) jika kedua mata-pelajaran itu hampir serupa untuk mengelakkan dari berlakunya bahan maklumat yang bercelaru.
19. Laksanakan pelbagai arahan atau kaedah untuk membantu tidur yang menenangkan lagi merehatkan.
20. Selalulah membaca ayat kursi sebelum dan selepas belajar.
Contributor : Nurul Aida Mastura ( 10DMT05F035 )