THE JKM PSP STUDENT BLOG

Pengucapan Awam Part 1

by s i p u t u r b o | 10:15 AM in |

Pengenalan


Kefasihan berucap merupakan satu faktor yang penting kepada seorang yang ingin bergelar sebagai pemimpin. Sudah menjadi suatu normal apabila dikaitkan dengan seorang pemimpin, maka biasanya ia dikaitkan dengan kebolehan berucap di khalayak ramai. Kita biasa memberikan reaksi yang negatif apabila mendengar ucapan yang tergagap- gagap,tersekat-sekat atau begitu lama hilang idea ketika berucap. Justeru itu kita dapati pengacara,juruhebah,pemidato malah penjual ubat di kaki-kaki lima yang begitu fasih, lancar dan cekap menggunakan bahasa boleh menarik perhatian kita.

Kemahiran berucap atau kefasihan bercakap kebanyakkannya bersifat semula jadi. Walau bagaimanapun kefasihan atau kecekapan bercakap boleh diperoleh dengan cara sentiasa berlatih. Situasi ini boleh didapati di intitusi pendidikan menengah,tinggi seperti pidato,bersyarah,berbahas dan lain-lain.

Sekiranya kurang latihan, meskipun berilmu pengetahuan tinggi mereka tidak boleh bercakap dngan fasih tetapi ramai orang yang kurang ilmu boleh bercakap dengan fasih dan cemerlang. Alangkah baiknya kalau keadaan ini dapat dikombinasikan dengan baik untuk melahirkan pengucapan yang cemerlang. Sesungguhnya kemahiran berucap merupakan satu seni yang perlukan kemahiran dan kebolehan tertentu untuk menjadikan pengucapan awam yang terbaik.


Jenis Ucapan Berpengaruh


1.Ucapan mengukuhkan sikap dan kepercayaan hadirin

syarahan berbentuk ceramah agama dan kempen politik

tujuan untuk kekalkan sikap dan kepercayaan bagi menolak sebarang godaan atau pujukan

kaedah yang baik ialah ucapan itu berbentuk mencari masalah dan penyelesaian


2. Ucapan untuk mengubah sikap dan kepercayaan

mengajak supaya audien berubah adalah cukup payah

Suatu keadaan persediaan cukup rapi diperlukan dan teknik masalah- penyelesaian boleh digunakan


3. Ucapan mendorong ambil tindakan

dikenali juga sebagai ucapan motivasi

suatu ucapan yang mahu audien melakukan apa yang kita mahu


Kaedah Kawal Gejala Fobia Mikrofon



1.Bersedia Dan Berlatih Secukupnya

sediakan bahan mencukupi dan sebaiknya hafal bahagian penting ucapan kita itu

berlatih buat ucapan dimulut bukan di kepala


2. Cari Pengalaman

cari pengalaman berucap di mana saja dan di depan siapa saja untuk dapatkan rasa keyakinan

dengan pengalaman semakin lama semakin berani kita berada di depan


3. Bayangkan Yang Benar

bayangkan harapan audien tidaklah terlalu tinggi kepada kita

Audien boleh menerima kekurangan kita kerna mereka tahu kita bukan pemidato nombor satu


4. Bergerak Gerak Dan Tarik Nafas

Kajian menunjukkan rasa takut menurun bila kita bergerak-gerak semaa berucap sama ada guna alat bantuan seperti papan tulis, ohp.

Tarik nafas dalam-dalam sebelum bangun dari kerusi dan berjalan ke mikrofon

Kalau masih gemuruh ketika berucap tarik nafas panjang sebelum sambung ayat seterusnya


5. Petua Agama

gunakan ayat-ayat tertentu atau doa yang boleh damalkan bagi mengurangka rasa gemuruh/baca bismillah/selawat tips sebelum berucap dan berada di depan mikrofon


6.1 tunjukkan minat dan rasa seronok hadir dalam majlis itu

6.2 jangan duduk dalam keadaan resah gelisah dan tunjukkan muka letih,tergesa-gesa atau tidak tenang

6.3 semasa bangun dan berjalan menuju mikrofon hendaklah

berjalan dengan badan tegak, bergaya dan bertenaga

6.4 berdiri sebentar di depan mikrofon jangan terus bercakap. pandang wajah-wajah audien seketika kemudian baru mula bercakap.

6.5selepas akhiri ucapan jangan terus tinggalkan mikrofon dan balik ke tempat duduk pandang wajah hadirin dan tunggu sampai mereka berhenti bertepuk baru balik ke tempat duduk


Ciri-ciri Pengucap Yang Berkesan

Kebolehan menyampaikan maklumat dengan jelas.
Mampu mempengaruhi orang lain.
Mempunyai kebolehan "menghibur".

Persediaan Sebelum Berucap atau Berkhutbah
Analisis diri
Analisis audiens
Analisis majlis
Topik ucapan
Gaya penyampaian ucapan atau khutbah

Analisis Diri Pengucap atau Khatib
Pengetahuan tentang topik
Masa persediaan
Minat terhadap topik
Penerimaan audiens pada diri pengucap

Analisis Audiens
Jantina
Umur
Saiz audiens
Agama
bangsa
Ideologi

Format Ucapan
Pengenalan ucapan
Salam dan ucap selamat
Penghormatan protokol
Teknik menarik perhatian
Preview iaitu huraian sepintas lalu tentang kandungan ucapan yang akan disampaikan


Mengatasi keresahan berucap
Kenalpasti perkara yang menakutkan itu
Berlagak yakin
Buat persediaan yang lengkap
Salurkan tenaga keresahan secara positif


Source from : J5822 Seminar Julai 2007


Contributor : Mohd Yusouf B. Mokhtar ( 10DJL04F507 )


0 comments:

Ranking

Blog Listing