THE JKM PSP STUDENT BLOG

Pengucapan Awam Part 2

by s i p u t u r b o | 9:41 AM in |

Gaya Penyampaian


Gaya Lisan dan Gaya Penulisan
Gaya lisan lebih bersifat personal, menggalakkan interaksi di antara pengucap dan audiens, tidak formal dan selalu berulang.
Gaya penulisan adalah kurang personal dan tiada interaksi yang spontan di antara
pengucap dan audiens, lebih formal dan kurang pengulangan.

Menggunakan kata-kata dengan berkesan
Gunakan kata-kata yang konkrit untuk mengekalkan tumpuan audiens.
Elakkan kata-kata kesat, stereotaip atau hanya tertumpu kepada kumpulan tertentu sahaja supaya tidak berat sebelah.

Membina kata-kata yang menjadi ingatan
Gunakan kata-kata konotatif dan denotatif yang sesuai.
Gunakan Kata-kata yang Dramatik

Tangan dan jari
Untuk menunjuk arah atau waktu, menerima atau menolak, memecah atau membahagi.
Tangan terbuka ertinya submissive
Tangan tertutup ertinya dominan
Tangan di muka, dagu, kepala dll
Jari telunjuk - agresif
Genggam tangan - bersemangat

Pengawalan Suara Kelantangan
Nada - tinggi untuk penekanan idea, rendah untuk merayu
Jeda - Berhenti sekejap di hujung ayat selepasan penekanan. Tujuannya untuk beri audiens berfikir. Jangan terlalu lama. Jangan berhenti di tengah ayat.
Pengulangan - penting untuk penekanan idea. Tidak semua perkata/ayat boleh diulang

Pengawalan Suara
Sebutan tepat - tidak mengelirukan audiens.
Jangan guna sebutan daerah kecuali untuk berjenaka atau di tempat setempat.
Elakkan embolalia - Jangan sebut ahhh, mmmm, apa ni, what they call etc. Jangan
guna perkataan yang tidak membawa apaapa makna eg. maka, arakian, jadi, so , then, dll.

Bahasa Badan
Ucapan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahasa badan yang baik dan terkawal kerana ia boleh menarik pemusatan perhatian dan fikiran audiens
Geraklaku kita semasa berucap menjadi perhatian audiens termasuk kebersihan diri dan pakaian serta kesesuaiannya


Bagaimana yang dikatakan seni pengucapan awam ?

1. Seni memujuk. Selalunya aspek pujukan digunakan pada hujung
pengucapan anda. Ianya tidak bersifat terlalu mengada-ngada sehingga
mendatangkan kebencian audience tetapi teknik pujukan ini secara
"gentleman" yang dimempersonakan. Selalunya kemahiran teknik ini
digunakan oleh pemidato atau pendebat. Mereka akan menggunakan 1 minit
yang terakhir untuk memujuk audience dan hakim mempercayai terhadap
hujah mereka. Selalunya nada yang syahdu serta berkeyakinan. Jika
teknik ini digunakan sepenuhnya, i mampu membuatkan para penonton anda
bangun memberi tepukan gemuruh kepada anda.

2. Seni pegunkan audience. Bukan senang untuk melahirkan kepercayaan
audience kepada "speaker". Ianya memerlukan aura yang tersendiri untuk
pegunkan audience. Intonasi suara serta gaya yang berkeyakinan antara
faktor penting untuk mempengaruhi audience. Seluruh anggota badan
termasuk mata serta dijadikan x-factor untuk bersama-sama mempengaruhi
audience. 3. Seni mengubah hipotesis audience. Selalunya audience
akan membuat tanggapan atau "jatuh hukum" awal terhadap topic sebelum
anda membentangkannya. Seorang pemidato yang hebat, mereka dapat
mengubah pendirian seseorang untuk mempercayai mereka pula. Seni ini
memerlukan kepada penelitian, bermain dengan struktur ayat, bahasa dan
fakta. Setiap perkataan yang digunakan diperincikannya. Tidak
hairanlah seorang peguam boleh menang kes dengan hanya kerana satu
perkataan.

4. Seni bahasa badan dan mimik muka. Kita juga akan mudah boring jika
si pembentang hanya berdiri kaku seperti 'robot" menyampaikan hujah.
Tidak langsung menggerakkan badan dan wajah semasa berucap. Jesteru,
kepakaran menggunakan anggota badan sangat penting untuk mempengaruhi
audience seperti senyum, bermain dengan wajah sama ada marah, sedih
dan sebagainya. Audience akan lebih mudah faham jika kombinasi hujah
dan bahasa badan anda disepadukan bersama.

5. Seni gaya bersahaja. Tidak dinafikan untuk mengayampaikan ucapan
dengan bersahaja tanpa gementar bukan mudah. Ia memerlukan latihan dan
pengalaman. Wajah yang tenang, gaya yang bersahaja serta bercakap
dengan spontan antara seni yang terdapat pada seorang yang pemidato
yang hebat. Seni ini selalunya ada pada pendebat-pendebat kerana
mereka hanya diperuntukkan setengah jam sahaja untuk memikirkan tajuk
yang akan dibahasakan. Namun, mereka kebanyakkanya berjaya
menyampaikan hujah dengan spontan dan yakin.

6. Seni menjawab soalan secara spontan. Salah satu babak yang di
takuti oleh pembentang ialah pasa sesi soal jawab. Kebanyakkan dari
pembentang sengaja melanjutkan ucapan mereka menyebabkan masa sangat
suntuk untuk soal jawab. Ada juga audience yang sengaja menanyakan
soalan yang "pelik" dan macam-macam lagi. Memberi respon terhadap
soalan secara spontan adalah satu seni yang perlu dimiliki oelh semua
pembentang. Keyakinan semasa menjawab, memberi respon yang tepat serta
tenang merupakan seni pada pengucapan awam.

7. Seni mengawal suasana serta reaksi audience. Kita akan bertemu dengan berbagai ragam audience. Sikap-sikap seperti tidur, bercakap sesame sendiri di kalangan peserta, mimik muka tanda tidak faham dan mimic muka tanda tidak bersetuju dan sebagainya akan kita ketemui. Bagaimana kita hendak mengembalikan perhatian mereka kepada anda? Bagaimana hendak
memukau mereka untuk faham apa yang diperbincangkan ?
Semuanya ini satu seni yang memerlukan kepada pengalaman serta kemahiran.


Apakah Rahsia Asas Untuk Menguasai Seni Komunikasi Dengan Baik?

Pengalaman Seorang Da’e

Pertama : Sekitar 10 tahun yang lampau (1993 : umur saya 13 tahun),
ketika saya baru saja menjejakkan kaki ke alam remaja, satu cita-cita
terpahat di dalam diri saya, aku mesti menjadi ahli komunikasi yang
baik! Cita-cita ini terpahat di dalam diri saya buat beberapa lama
sehinggalah saya mempunyai hak milik ke atas duit saku saya sendiri
untuk membeli kaset-kaset ceramah dan sebagainya. Waktu itu, saya
mempunyai beberapa penceramah yang menjadi idola peribadi saya. Saya
mula mengkaji bagaimana penceramah-penceramah ini mengemukakan ideanya
dengan cara yang berbeza antara satu sama lain. Lalu, timbul keinginan
di dalam hati saya bahawa saya perlu memiliki kemahiran ini. Saya
simpulkan, rahsia pertama ialah keinginan! Tanyalah diri sendiri,
mahukah anda memiliki komunikasi yang baik. Kalau ya, anda sebenarnya
sedang menerokai jalan untuk berjaya, dan anda sudahpun 50% berjaya!
Malangnya kalau tidak, rencana ini bukanlah untuk anda!

Kedua : Anda perlu mempunyai ‘sesuatu’ untuk dinyatakan. ‘Sesuatu’
yang dimaksudkan bahan. Seorang penceramah yang baik tidak seharusnya
hanya mempunyai bahan-bahan yang sama sahaja untuk diulangi di tempat
yang sama. Bagaimanakah anda boleh mengumpulkan bahan-bahan seperti
ini? Ia sebenarnya tidaklah terlalu payah di zaman teknologi dan
maklumat seperti sekarang. Anda boleh bercerita tentang kisah-kisah di
dalam Al-Quran dengan membaca kitab-kitab tafsir yang mudah didapati
di perpustakaan. Anda juga boleh bercerita tentang isu-isu semasa
dengan hanya membelanjakan sedikit wang untuk membeli akhbar-akhbar.
Anda juga mungkin boleh membeli kaset-kaset penceramah yang sudah agak
terkenal dan mengkaji bagaimanakah metodologi pendekatan mereka
mengemukakan sesuatu isu. Pepatah Arab juga ada menyatakan :
فاقر الشئ
لا يعطى

Namun anda perlu beringat-ingat apabila berbicara tentang agama
khususnya kisah-kisah yang terdapat di dalam Al-Quran dan hadis.
Pastikan apa yang anda sampaikan mempunyai sandaran yang benar-benar
kukuh! Jikalau tidak, sekali sahaja anda terlanjur, pendengar akan
memandang rendah terhadap anda. Lebih jauh dari itu, anda akan
dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Saya sudah melihat ramai di
kalangan penceramah yang baik namun tidak berhati-hati semasa membaca
nas-nas daripada Al-Quran mahupun Hadis. Kesilapan yang tidak
sepatutnya dilakukan menyebabkan kelemahan tertonjol dengan begitu
jelas.

Ketiga : Seterusnya, apabila anda mempunyai keinginan dan bahan,
kenapakah anda masih gugup untuk berkomunikasi di hadapan khalayak?
Jawapannya, anda memerlukan latihan. Biasakan diri anda untuk bercakap
di hadapan khalayak. Jangan sesekali melarikan diri apabila
dipertangungjawabkan. Tidak perlu menunggu medan-medan yang besar
(seperti rapat umum) untuk berucap, mungkin sudah cukup dengan
kumpulan-kumpulan usrah, kelas pembelajaran dan sebagainya.

Saya masih ingat latihan yang saya terima untuk membiasakan diri dalam
menyampaikan ucapan. Saya dilatih untuk memberikan kuliah di madrasah-
madrasah ketika saya berumur 15 tahun. Masih saya ingat guru saya,
Ustaz Mohd Mansor Haji Daud - sekarang KPP (Pendidikan) YIK – sering
membawa saya ke tempat-tempat beliau menyampaikan kuliah. Beliau
diundang untuk memberikan pengisian di dalam program mahasiswa,
masyarakat kampung dan lain-lain.

Semuanya memerlukan pendekatan yang berbeza. Pendekatan-pendekatan seperti inilah yang didedahkan kepada saya di dalam perjalanan pergi dan balik. Seterusnya, beliau sering
mengarahkan saya untuk menggantikan tempat beliau menyampaikan kuliah dan ceramah di lokasi-lokasi yang berdekatan. Apa yang merimaskan, beliau sering memberitahu saya untuk berbuat demikian lebih kurang 10-20 minit sebelum program bermula! Namun, itulah yang melatih saya dan membiasakan diri saya untuk memberikan ucapan tanpa persediaan.
Sehingga kini, saya sebenarnya berterima kasih kepadanya keana mendera saya sedemikian rupa.

Itu hanyalah sekadar pengalaman, saya yakin seandainya kita semua
sentiasa mencari peluang untuk melatih diri berkomunikasi di hadapan
khalayak, ia mampu untuk menghilangkan gementar dan mengikis gugup.
Apa yang menjadi masalah ialah, ramai di kalangan kita sering
mengelakkan diri bila ditaklifkan untuk berkomunikasi di hadapan
khalayak hatta di dalam kelas sekalipun! Sikap ini ialah sesuatu yang
negatif di dalam hidup kita. Untuk berjaya, anda perlu mengikis sikap
negatif ini.

Ketiga-tiga rahsia asas di atas (keinginan, bahan dan latihan) ialah
perkara-perkara yang bagi saya tidak dapat tidak harus dimiliki oleh
seseorang yang mahu menguasai seni komunikasi. Semakin lama kita
berkecimpung di dalam bidang ini, maka semakin kita masak sebenarnya
dengan asam garam komunikasi yang akhirnya menjadikan kita manusia
yang berpengalaman. Seterusnya, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak
petua-petua yang harus anda amalkan apabila berkomunikasi di hadapan
khalayak. Antaranya :


1. Mengawal perasaan gemuruh : anda harus cuba untuk memerangi
perasaan ini semaksima yang mungkin. Tidak dapat dinafikan, perasaan
ini pastinya akan bertandang tambahan pula jika anda bercakap di
hadapan orang yang anda segan dan hormati (berdasarkan pengalaman
saya, paling sukar ialah berucap di hadapan guru-guru dan pensyarah
kita sendiri). Namun ia perlu dikawal. Anggaplah bahawa anda ingin
menyampaikan bahan yang masih belum diketahui oleh pendengar.

2. Membuka ucapan dengan pembukaan yang baik : Pembukaan yang baik
ialah satu keistimewaan yang mampu menarik pendengar untuk mendengar
ucapan seterusnya. Ucapan biasanya dibuka dengan kata-kata aluan
selepas sedikit puji-pujian kepada Allah, selawat dan doa. Ia satu
pembukaan yang cukup sempurna dan bertepatan dengan sunnah. Seterusnya
anda perlu mengambil berat mengenai protokol ucapan mengikut keutamaan
pendengar dimulai dengan pengerusi majlis sendiri. Pembukaan dan
permulaan ucapan yang baik inilah yang membentuk persepsi awal (first
impression) pendengar terhadap anda. Agak istimewa juga jika anda
dapat memulakan ucapan dengan serangkap pantun, namun ia juga tidak
sesuai jika dilakukan sentiasa.

Elakkan sama sekali menyatakan sesuatu yang membuatkan pendengar
menjadai tidak tertarik dengan apa yang akan anda sampaikan. Sebagai
contoh, anda menyatakan “Maafkan saya kerana tidak bersedia untuk
berucap, ini kerana saya baru saja dimaklumkan..” Perkataan-perkataan
seperti ini seolah-oalh anda ingin memindahkan kesalahan dan kecacatan
ucapan anda kepada orang lain sekalipun anda bukanlah benar-benar
bernita demikian. Buatlah sebaik mungkin dan biarlah pendengar yang
menghakimi mutu ucapan anda.

Jika anda boleh menghafal mana-mana pembukaan ucapan yang
biasa diucapkan oleh Rasulullah SAW, itu lebih baik kepada seorang
da’ie.

3. Bahasa yang sesuai : Sesuaikan bahasa yang ingin digunakan dengan
keadaan pendengar. Jangan sesekali menggunakan bahasa yang terlalu
tinggi dan intelek apabila berbicara dengan masyarakat umum di kampung-
kampung. Ia akan menyebabkan anda ditolak dari awal lagi. Begitu juga
jangan menggunakan bahsa kampung yan rendah mutunya bila berhadapan
dengan golongan yang terpelajar. Ia akan menyebabkan anda dipandang
rendah dan apa yang akan anda sampaikan dianggap sebagai tidak
bermutu. Gunakan contoh-contoh bidalan yang berkaitan dengan
persekitaran pendengar. Sebagai contoh, apabila anda menyampaikan
ceramah agama di hadapan pelajar-pelajar jurusan sains, anda oleh
mendatangkan contoh-contoh yang berkait rapat dengan sains yang
terdapat di dalam Al-Quran.


Source from : J5822 Seminar Julai 2007


Contributor : Mohd Yusouf B. Mokhtar ( 10DJL04F507 )

0 comments:

Ranking

Blog Listing