THE JKM PSP STUDENT BLOG

J4242 Teknologi Yarn 1 Note Part 3

by s i p u t u r b o | 12:05 AM in |

PROSES ROVING

Proses yang terdahulu menghasilkan sliver yang hampir sempurna dari segi keratan rentas serta komposisinya hasil dari proses percampuran dan serat-serat ini terletak mengikut susunan selari.

Proses roving merupakan kesinambungan proses mengurangkan saiz atau berat per unit panjang sliver sebagai persediaan ketahap terakhir penghasilan yarn.

Hasil dari pengurangan garispusat selepas drafting menyebabkan utas-utas roving menjadi lembut dan lemah. Oleh yang demikian, sedikit twist diperlukan untuk menahan tekanan yang akan diterima pada proses-proses yang berikutnya. Mesin-mesin yang biasa digunakan antaranya ialah Simplex Fly Frame, Speed Frame dan Roving Frame.


Objektif

1. Mengurangkan saiz atau berat per unit panjang drawn sliver melalui operasi drafting membentuk saiz roving bersesuaian untuk proses ring spinning.

2. Memasukkan sejumlah kecil twist untuk memberi kekuatan pada benang roving untuk mengelakkannya daripada putus.

3. Melilit benang roving ke bobbin dalam susunan sebelah menyebelah berbentuk tapered.


Aliran bahan

Drawn sliver dari tong disusun mengikut jumlah yang telah ditetapkan dimasukkan ke mesin melalui creel roller ke bahagian drafting.

Sliver yang telah didraft daripada pasangan roller hadapan dan belakang menghasilkan roving yang bersaiz kecil berbanding drawn sliver dimasukkan melalui lubang atau flyer leg sebelum ianya dibawa turun melalui flyer leg dan dililit pada bobbin. Flyer dipegang pada spindle bergerak pada kelajuan constant manakala bobbin terletak pada bobbin rail digerakkan pada kelajuan berbeza tetapi lebih pantas dari flyer. Ini menyebabkan roving melilit dibobbin pada kadar yang sama oleh roller hadapan.

Tindakan diantara roller hadapan dan pusingan flyer menghasilkan twisting pada roving. Pergerakan turun naik bobbin rail dan sudut pergerakannya menghasilkan roving package berbentuk tapered.


Prinsip Roving

Prinsip utama dalam proses roving merupakan penghasilan benang roving dan pembentukan package dalam bentuk tapered.

Terdapat tiga proses penting di dalam penghasilan tersebut:


1. Drafting

Kebiasaannya mengandungi 3 fluted steel roller bawah dan 3 roller atas dicengkam bersama.


Terdapat 2 bahagian drafting:

a. Break Draft atab Back Draft

Berlaku diantar roller belakang dan roller tengah.

Bertujuan untuk meluruskan dan membuka twist pada sliver. Ia

memastikan kemasukan sliver ke double apron dalam keadaan selari dan

mempunyai tegangan.


b. Main Draft

Berlaku diantara double apron dan roller hadapan.

Bahagian ini merupakan bahagian utama drafting atau penarikan sliver

menghasilkan pengurangan ketebalan sliver.


2. Pintalan (Twisting)

Gambarajah skematik penghasilan twisting di mesin roving

Twisting di Roving Frame dihasilkan ketika serat-serat melalui roller hadapan (front roller) ke flyer. Apabila satu hujungan utas dipegang (roller hadapan) manakala hujungnya satu lagi (flyer) diputarkan diatas paksinya, serat-serat ini dengan sendirinya akan berbentuk lingkaran atau spirol menyebabkan serat-serat melekat antara satu sama lain.

Flyer dipasang pada spindal (bindu) dan berpusing mengikut kelajuan spindle. Flyer berpusing laju dan membawa roving bersama. Pusingan pada flyer dan roller hadapan ditetapkan untuk memastikan nisbah diantara twist dan panjang adalah tetap pada roller hadapan. Ia juga bermaksud penggunaan satu twist untuk setiap pusingan flyer ataupun twist per inch. (Tpi).


3. Lilitan (Winding)


Proses lilitan berlaku apabila kelajuan pusingan dibobin lebih tinggi daripada flyer. Perbezaan kelajuan menghasilkan lilitan roving dibobbin apabila flyer dan roller hadapan berada pada kelajuan tetap.

Ketika proses ini berlaku,diameter package akan meningkat dari satu lapisan ke lapisan yang lain. Dengan peningkatan diameter package, ia akan memberi kesan kepada kelajuan pusingan. Bahagian paling penting ialah untuk mengekalkan kelajuan constant diantara permukaan package dan tekanan. Sekiranya kelajuan permukaantidak tetap, roving akan putus akibat peningkatan tegangan apabila diameter package meningkat. Kaedah biasa digunakan adalh mengurangkan kelajuan bobbin rail untuk memastikan tegangan roving constant dan pembinaan roving package dalam keadaan padat dan teguh.


Kelajuan permukaan (surface speed) package A lebih rendah dari kelajuan permukaan package B oleh kerana terdapat perbezaan diameter (Ø A < Ø B)


PROSES RING- SPINNING

Proses ring-spinning merupakan proses yang melibatkan ring dan traveller pada mesin apabila roving yang telah didraft dari roller dan apron dijadikan yarn yanghalus diberi twist dan dililit pada bobbin.


Objektif

1. Mendraft roving menghasilkan kehalusan yarn yang dikehendaki.

2. Menguatkan yarn dengan memberi twist serat-serat yang telah didraft pada roller hadapan.

3. Melilit yarn pada bobbin menghasilkan kop yang sesuai untuk penyimpanan, penghantaran dan proses penyimpanan.


Aliran bahan

Roving digantung pada creel bertindak untuk memudahkan pembekalan bahan kebahagian drafting. Rovimgkemudiannya melalui guide rod memasuki ke system drafting.

Drafting di spinning menggunakan kaedah 2 zon, break draft dan main draft dimana 3 set roller digunakan dengan bantuan apron atas dan bawah. Selepas melalui proses drafting, serat-serat yang telah didraft akan melalui snail wire yang terletak diatas pusat spindle. Kemudian ia ,elepasi anti-ballon ring bertujuan mengawal penghasilan yarn ballooning. Seterusnya yarn melalui pergerakan traveler di ring dan pusingan bobbin oleh spindle memastikan kemasukan twist di yarn dan lilitan yarn du bobbin. Bobbin yang dipenuhi dengan lilitan yarn dinamakan kop. Kop yang terhasil akan disimpan dalam tong khas setelah proses doffing dilakukan.

Terdapat 2 kaedah doffing di dalam proses spinning:


1. Manual doffing

Menggunakan operator untuk mengutip kop yang telah penuh.

2. Autodoffing

Menggunakan konsep mekanikal dengan pergerakan dikawal melalui elektrik dan elektronik dan alat pengesan(sensor). Doffing bar mengeluarkan kop daripada spindle secara automatic apabila kop mencapai tahap saiz dikehendaki.


Prinsip Ring-Spinning

1. Drafting

Bahagian drafting merupakan bahagian paling penting olehkerana ia mempengaruhi keseragaman yarn (produk terakhir).

Prinsip drafting di ring spinning mempunyai kesamaan dengan system drafting di roving 3 fluted steel roller bawah dan 3 roller atas dicengkam bersama dan terbahagi kepada 2 bahagian drafting, break draft dan main draft.

Bermula dari card sliver yang mempunyai beribu serat dalam keratin rentas, hampir keseluruhan single yarn hanya memerlukan kurang dari 100 serat melalui proses drafting.


2. Twisting (pintalan)

Twist merupakan susunan serat secara spiral pada paksi yarn.

Twist akanmemegang serat-serat bersama dan memberi satu tahap kepaduan pada struktur dan memberikan kekuatan pada spun yarn.

Tindakan memasukkan twist kedalam staple yarn dilakukan melalui putaran hujung talian serat (lilitan dibobbin) dan hujung satu lagi (roller hadapan) dipegang secara constant sertapenggunaan alat traveler, traveler berpusingpada kelajuan yang berbeza dengan pusingan bobbin (dipusingkan oleh spindle).

Jumlah twist yang diperlukan bergantung pada saiz yarn, panjang serat staple yang digunakan dan keperluan produk terakhir.


Terdapat 2 arah twist:

1. S-twist

Twist arah jam. Kebiasaannya digunakan untuk benamg weft.

2. Z-twist

Twist arah lawan jam. Kebiasaannya digunakan untuk warp yarn.


PROSES WINDING

Kop yang terhasil dari ring spinning tidak sesuai untuk kegunaan proses seterusnya seperti proses warping,pim winding, weaving, package dyeing, knitting dan lain-lain. Oleh itu proses dipanggil winding dip[erlukan selepas proses ring-spinning.


Objektif

1. Memindahkan yarn dari kop kepada package yang lebih sesuai seperti cone,spool, dan cheese. Dengan penggunaan package tersebut yarn dapat dililit dengan banyak sesuaiuntuk proses seterusnya.

2. Memeriksa yarn dan membuang kecacatan-kecacatan yang terdapat pada yarn seperti bahagian nipis (thin places), bahagian tebal (thick places), slubs, neps atau berbulu (hairiness)


Prinsip Winding

Proses winding boleh dibahagikan kepada 8 bahagian


i. Unwinding Accelerator

Bertujuan untuk mengurangkan tegangan ketika pembukaan

lilitan,(tension fluctuation) dan memastikan pembukaan yarn tidak

berbelit(snarling).


ii. Pre-Clearer

Yarn yang melalui yarn guide memasuki bahagian pre-clearer. Bertujuan

untuk membuang kekotoran yang melekat pada yarn seperti bendasing

yang kecil fly atau bijian.


iii. Gate Feeler

Bertujuan untuk memeriksa sebelum setiap sambungan atau splicing

cycle dilakukan untuk memastikan samaada pertukaran bobbin atau

operasi piecing yang diperlukan. Sekiranya terdapat kehadiran yarn

diantara pasangan gate feeler maka ia tidak dapat bertemu,isyarat

operasi knotting atau piecing dihantar. Sekiranya tidak terdapat

kehadiran yarn diantara gate feeler, ia bermaksub pasangan gate feeler

bertemu dan operasi pertukaran bobbin diperlukan.


iv. Tension Device

Alat untuk memberi tegangan pada yarn berbentuk disk tegangan

berpusing (rotating) tension device) dipandu oleh motor kecil. Jumlah

tegangan bergantung kepada jenis yarn dan yarn count. Tegangan

bersesuaian diperlukan untuk memutuskan bahagian-bahagian lemah dan

menghasilkan lilitan padat pada package.


v. Waxing Device

Alat ini hanya diperlukan untuk penghasilan yarn knitting. Yarn melalui

waxing device dan bersebtuhan dengan lilin yang berputar. Tujuan yarn

berlilin adalah untuk mengurangkan geseran pada yarn dengan

membenarkan yarn bergerak secara licin melalui jarum-jarum knitting.


vi. Electronic Yarn Clearer

Bertujuan untuk mengesan kecacatan yarn dan bertindak membuangnya

menggunakan cleared an menyambung semula menggunakan automatic

knotter atau splicer. Clearer memberi isyarat kepada unit winding untuk

menghentikan operasi sekiranya terdapat yarn putus (end break),

pemotongan oleh clearer ataukehabisan kop dan memberi isyarat semula

untuk memulakan operasi.


vii. Yarn Knot atu Splicer

Bertujuan untuk menyambungkan semula yarn selepas operasi membuang

kecacatan pada yarn menggunakan alat knotter atau splicer

Terdapat dua jenis sambungan menggunakan alat knotter iaitu

fisherman knot dan weaver knot,

Alat splicer pula bertindak menyambungkan yarn dengan menindih setiap

hujungan yarn dari package dan bobbin dan menyambat (spliced) tanpa

adanya ikatan.


viii. Yarn Guide Drum

Yarn guide drum mempunyai alur (groove) bertujuan memandu dan

menbuat pergerakan melintang secara ulang-alik (traverse) pada

package untuk menbentuk lilitan menyerong (cross-wound pattern).

Package dipusingkan dengan kaedah geseran diantara permukaan

package dan yarn guide drum. Apabila package mencapai saiz yang telah

ditetapkan,unit winding akan berhenti dan operasi doffing dilakukan.


Contributor : Nurulfarhana Binti Zakaria ( 10DMT05F023 )

0 comments:

Ranking

Blog Listing