THE JKM PSP STUDENT BLOG

J4242 Teknologi Yarn 1 Note Part 2

by s i p u t u r b o | 11:45 PM in |

PROSES PRE-COMBING


Proses pre-combing merupakan proses persediaan untuk ke proses combing untuk meluruskan dan menselarikan serat melalui doubling dan drafting. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menukarkan serat-serat kebentuk kepingan lap yang seragam dari segi lebar dan ketebalan sesuai untuk comber. Terdapat dua jenis proses persediaan combing:


i. Lap doubling (kaedah konvensional) – menggunakan mesin sliver lap diikuti dengan mesin ribbon lap.

ii. Sliver doubling – menggunakan sliver drawframe diikuti dengan mesin sliver doubling,



PROSES COMBING


Proses penghasilan yarn berkualiti tinggi dari serat staple semulajadi yang memerlukan proses lanjutan pembuangan serat-serat pendek dari serat-serat panjang. Combing merupakan turutan dari proses carding dalam system pemprosesan kapas dimana serat-serat diselarikan, diluruskan, pembuangan neps, bendasing dan serat pendek. Selepas proses combing, serat-serat combed (combed fibre) akan lebih seragam dan purata merupakan serat-serat panjang staple. Yarn yang terhasil adalah lebih seragam, kuat, lembut, berkilau, dan bersih.


Objektif


1. Membuang sejumlah kuantiti serat-serat pendek yang dipanggil noil.

2. Mengurangkan neps yang meningkat selepas proses persediaan combing.

3. Membuang lebih lanjut kotoran seperti motes, sampah dan sebagainya.

4. Meluruskan serat untuk memperbaiki keselarian pada darjah yang boleh diterima.

5. Membentuk sliver pada keseragaman yang optima dihasilkan dari operasi doubling.


1. Kemasukan lap

Lap dibuka gulungannya dalam bentui\k kepingan dimasukkanke bahagian kepala(head) menggunakan 2 fluted roller


2. Head

Kepingan lap melalui proses sikatan (combing) untuk mengeluarkan noil dan sampah melalui tindakan nipper knife dan cushion plate,circular comb dan brush dan detaching roller dan top comb. Hasil daripada tindakan ini akan menghasilkan serat-serat dalam bentuk jaringan (web)


3. Condensing

Web dari detaching roller dihantar ke web plate dan diarahkan ke trumpet untuk dimampatkan (condense) menghasilkan sliver.


4. Drafting

Sliver dari beberapa bahagian head dikumpulkan dan digabungkan untuk dihantar kebahagian drafting. Sliver-sliver tersebut akan melalui proses penarikan dibahagian drafting menghasilkan 1 sliver yang mempunyai berat per unit panjang seperti asal.


5. Coiling

Sliver dari bahagian drafting akan melalui coiler tube di coiler dan disimpan didalam tong(can) dalam bentuk lingkaran bersesuaian ke proses seterusnya.



Prinsip Combing


Prinsip utama proses combing berlaku di bahagian kepala (head) oleh kerana objektif utama ialah untuk membuanag noil atau serat-serat pendek dan membenarkan serat-serat panjang ke proses seterusnya. Terdapat 3 tindakan utama dibahagian head:

1. Tindakan Nipping dan Combing

Proses menekan kepingan lap oleh nipper knife pada cushion plate manakala circular comb menyikat hujung lap yang terkeluar dari cengkaman nippers. Hasil dari penyikatan circular comb serat pendek (noil), nep dan kotoran dibawa keluar menggunakan half lap dan kemudian dikeluarkan menggyunakan berus(brush).

2. Tindakan pemulangan web selepas tindakan combing selesai. Proses penghantaran serat-serat combed oleh nipper ke detaching Roller untuk ditarik keluar dari kepingan lap selepas circular comb selesai melakukan operasi combing.

3. Tindakan Detaching Roller dan Top Combing

Proses mengeluarkan noil dan kotoran menggunakan top comb apabila top comb jatuh menembusi lap dan serat-serat ditarik oleh detaching roller diantara jarum-jarum top comb melengkapkan operasi combing. Noil dan kotoran terkumpul dibelakang top comb dikeluarkan oleh half lap.



PROSES DRAWING

Yarn dari serat-serat staple mempunyai perbezaan dari segi ketumpatan linear (linear density), dan ia merupakan asalah terbesar berkaitan ciri-ciri kualiti yarn. Sekiranya terdapat dua yarn yang mempunyai persamaan dari segi bahan, yarn count dan spesifikasi twist, dan diantaranya mempunyai ketidakseragaman pada linear density maka terdapat perbezaan ketara pada kekuatan yarn tersebut (mengandungi lebih banyak bahagian-bahagian lemah). Perbezaan ini akan menyakibatkan yarn mudah putus semasa proses spinning, winding, warping dan knitting. Ia juga bermaksud bahagian-bahagian nipis(thin places) mempunyai lebih twist per unit panjang berbanding bahagin-bahagian tebal(thick places) menghasilkan bahagian yang lebih keras dimana thick places bersifat lembut dan lebih bulky.


Objektif

1. Memperbaiki keseragaman sliver.

2. Mempertingkatkan percampuran

3. Meluruskan serat untuk mempertingkatkan keselarian diantara serat-serat dan mengurangkan ketebalan sliver.


Aliran bahan:


Sliver dimasukkan ke drawframe daripada 6 atau 8 tong card sliver atau comb sliver.

Tong-tong sliver disusun menggunakan 2 kaedah:


i. In-line

ii. Nested atau 2 barisan (daouble row)

Kedua-dua sliver dikeluarkan dari tong menggunakan creel roller yang juga bertindak sebagai gerakan hentian (stop motion). Sekiranya terdapat sliver putus drawframe akan berhenti. Seluruh bahagian ini juga dikenalaisebagai creel. Sliver akan ditarik memasuki ke sistem drafting yang mengandungi 3 atau 4 set roller. Setiap set roller akan bergerak lebih cepat daripada pasangan terdahulu. Dengan itu,kemasukan 6 atau 8 sliver ke dalam sebuah drawframe, roller hadapan akan berputarsebanyak 6 atau 8 kali daripadakelajuan roller belakang. Ini akan menghasilkan sliver 6 atau 8 kali panjang dan sama saiz seperti setiap sliver yang masuk. Sliver yang terhasil dimampat (condense) melalui trumpet ke coiler tube. Tujuan coiler tube untuk melingkar drawn sliver dengan kemas ke dalam tong. Dalam amalan sebenar,proses drawing diulang 2 atau 3kali bertujuan mendapatkan sliver yang lebih seragam.


Prinsip Drawing

Prinsip utama proses ini merupakan penggabungan beberapa sliver menghasilkan sliver yang menyerupai saiz dan berat seperti salah satu sliver asal dan menyimpan di dalamtong untuk dihantar ke proses seterusnya.

Memandangkan sejumlah sliver melalui mesin drawing, serat-serat kapas akan dicampurkan dan dikurangkan kepada saiz asal melalui tindakan penarikan (drafting).

Sejumlah sliver yang digabungkanadalah lebih baik berbanding dengan yang asal oleh kerana keseragaman keseluruhan panjang dalam unit berat per ela menghasilkan susunan yang hampir selari dan percampuran yang lebih baik.

Percampuran pula berlaku semasa sejumlah sliver yang dihasilkan pada masa yang berbeza akan diproses, digandakan(doubling) dan dimasukkan serentak sebelah menyebelah pada mesin seterusnya.


Doubling – proses menggabungkan beberapa sliver menghasilkan proses pembuatan yarn.

Tujuan : i. Memperbaiki keseragaman sliver

Proses mencampurkan sejumlah sliver dari ketebalan berbeza

kepada penghasilan satu sliver dan kemudian meningkatkan

keseragamannya (linear density/berat per panjang).

ii. Mempertingkatkan percampuran

Memperbaiki perbezaan bahan mentah pada sliver melalui

percampuran.


Drafting – proses menipiskan atau ,empertingkatkan panjang per unit berat

Tujuan: i. Memastikan serat tersusun menghampiri lurus dan selari diantar

satu sama lain.

ii. Persediaan ke proses twisting untuk memastikan yarn mempunyai

kekuatan yang optima dan seragam.

Sekiranya kemasukan 8 sliver,maka

Halaju permukaan penghantaran, Vf = 8 × halaju permukaan kemasukan, Vb

(feed surface speed)


Contributor : Nurulfarhana Binti Zakaria ( 10DMT05F023 )

0 comments:

Ranking

Blog Listing