Yarn
Pengenalan
Didalam proses pengeluaran staple yarn serat akan melalui pembersihan,pembukaan dan pencampuran. Proses ini dilakukan di blowroom.Terdapat 4 aktiviti yang penting didalam blowroom iaitu opening,blending and mixing,cleaning dan regulating.Setelah selesai proses di blowroom,jambak-jambak kapas akan di hantar ke mesin dalam bentuk lap(kepingan gulungan kapas yang nipis atau dihantar menggunakan chute feed system terus ke system card feed.)
Proses pencampuran lebih cekap sekiranya fiber dalam bentuk gumpalan dapat dibuka sepenuhnya sebelum memasuki proses carding.Susunan bale yang berlainan jenis akan “Conditioning”dilakukan pada bale supaya ianya mengembang serta menyesuaikan dengan sifat atmosfera sekeliling.Ini adalah penting bagi memudahkan gumpulan fiber dibuka serta meningkatkan kadar kecekapan pengeluaran.
Selain itu juga,proses pembersihan atau cleaning dilakukan pada serat bagi membuang kekotoran dan juga membuka kapas kepada jambak yang kecil supaya ia terdedah untuk memudahkan bendasing dipisahkan. Tindakan pembersihan dan pembukaan saling berkait rapat.
Opening atau pembukaan serat – serat mampat kepada bentuk jambak- jambak kecil bertujuan untuk proses pembersihan dan pencampuran bahan mentah dengan lebih baik.
Objektif
PEMBERSIHAN:
o Bertujuan membuang kotoran dengan membuka serat-serat kapas kepada jambak-jambak kecil supaya ia terdedah untuk memudahkan bendasing dipisahkan. Tindakan pembersihan dan pembukaan berkait rapat.
PEMBUKAAN :
o Fungsi pembukaan adalah penting untuk membuka serat-serat mampat kepada bentuk jambak-jambak kecil bertujuan untuk proses pembersihn dan percampuran bahan mentah dengan lebih baik.
PERCAMPURAN:
o Kapas mentah yang di import mempunyai pelbagai kualitu bergantung kepada iklim negara-negara pngeluar. Gred kapas di kira berdasarkan kepada panjang serat, keseragaman panjang serat, diameter serat, kehalusan, kekuatan, kematangan serat(fiber maturity), warna, kandungan bendasing dan kerosakkan serat semasa memetik dilakukan. Kapas-kapas dari pelbagai kualiti ini kemudiannya akan di campur mengikut nisbah yang tertentu. Tujuan percampuran dilakukan untuk mengurangkan perbezaan kualiti dan menghasilkan kesamaan percampuran sehingga mencapai keseragaman kualiti serat.
o Mencampurkan serat yang berlainan sifat-sifatnya bagi mengubah sifat-sifat asalnya.
Percampuran serat dari asas yang sama dari segi ciri-ciri dan jenis :
Blowing
Proses percampuran lebih cekap sekiranya fiber dalam bentuk gumpalan dapat dibuka sepenuhnya sebelum memasuki proses carding. Susunan bale yang berlainan jenis akan disusun pada lantai dibawah opening machine. Proses ‘Conditioning’ dilakukan pada bale supaya ianya mengembang serta menyesuaikan dengan sifat atmosfera sekeliling. Ini adalah penting bagi memudahkan gumpalan fiber dibuka serta meningkatkan kadar kecekapan pengeluaran.
Carding
Ianya dihasilkan dengan cara menyuapkan lap yang mengandungi kandungan fiber yang berlainan sumber bagi menghasilkan sliver (conventional system). Menggunakan sistem chute feeding dimana fiber yang berlainan jenis bale yang dicampurkan dahulu didalam blowroom sebelum memasuki carding (modern system)
Drawframe
Sliver yang terhasil daripada pelbagai fiber daripada mesin carding akan dicampurkan pada drawframe bagi mendapatkan sliver yang lebih sebati kadar percampurannya