THE JKM PSP STUDENT BLOG

J4242 Teknologi Yarn 1 Note Part 1

by s i p u t u r b o | 11:11 PM in |

PENGENALAN YARN


Definasi:

“Suatu istilah generic yang digunakan untuk benang berterusan (continuos strand) bagi serat (fibre) tekstil,filament-filamen atau bahan-bahan dalam bentuk yang bersesuaian untuk proses tenunan(weaving), kaitan(knitting) atau tanpa tenunan(nonwoven) membentuk fabrik tekstil”


PENGELUARAN STAPLE YARN

o Prinsip pembuatan konvensional staple yarn merupakan pengenalan twist (pintalan) terhadap yarn oleh revolusi (putaran) yarn.


o Proses ini dipanggil Spinning dan merupakan langkah pertama dalam penghasilan tekstil untuk penghasilan tekstil untuk staple.


o Spinning mempunyai beberapa bahagian pemprosesan dari serat sebagai bahan mentah sehingga penghasilan yarn.


o Terdapat dua jenis yarn yang dikeluarkan di bahagian pemintalan iaitu:

i. 100% Carded Cotton Yarn.

ii. 100% Combed Cotton Yarn.


Kekotoran Dalam Kapas

Kapas-kapas mentah yang diimport ini masih mempunyai kekotoran yang perlu dibuang sebelum proses membuat benang dilakukan di mesin blowing. Antara kekotoran yang biasa terdapat di dalam kapas ialah:


i. Ranting

ii. Daun

iii. Cebisan kelopak kapas

iv. Biji kapas

v. Neps

vi. Habuk

vii. Gumpalan madu (madu yang melekat pada lebah akan menyebabkan serat melekat antara satu sama lain).

viii. Bendasing-bendasing lain

Kesemua bendasing dan kotoran yang ada dalam kapas perlu dibuang untuk menjamin kualiti yarn yang akan dihasilkan. Kekotoran ini akan dibuang oleh mesin blowing dan carding.



PROSES BLOWING

Proses blowing adalah proses pertama yang dilalui oleh kapas mentah dalam proses pengeluaran yarn staple. Pada asasnya terdapat empat (4) aktiviti yang penting disini iaitu:


i. Opening

ii. Blending and mixing

iii. Cleaning

iv. Regulating


Setelah selesai aktiviti di blowroom,jambak-jambak kapas akan dihantar ke mesin carding dalam bentuk lap atau dihantar menggunakan Chute Feed System terus ke system card feed. Carta alir dibawah menunjukkan proses yang dilalui oleh kapas mentah di mesin blowing.

Objektif

1. Pembukaan dan pemisahan serat-serat staple mampat kepada bentuk jambakan.

2. Membersihkan serat-serat dari kotoran.

3. Percampuran serat-serat staple yang mempunyai perbezaan fizikal untuk menghasilkan keseragaman serat dalam penghasilan yarn.

4. Penghasilan serat-serat yang terbuka, bersih dan seragam untuk penghasilan proses carding dalam bentuk lap atau jambakan.


Prinsip Blowroom

1. Conditioning

Kapas dalam bentuk mampatan bale dibuka ikatan dan melalui proses conditioning atau ageing untuk pemulihan dari kesan mampatan. Conditioning bermaksud membenarkan bahan tekstil mencapai keseimbangan hygroscopic dengan keadaan atmosfera.


2. Blending

Kapas mentah yang diimport mempunyai pelbagai kualiti bergantung kepada iklim negara-negara pengeluar. Gred kapas dikira berdasarkan kepada panjang serat, keseragaman panjang serat, diameter serat, kehalusan, kekuatan , kematangan serat (fiber maturity), warna, kandungan bendasing dan kerosakan serat semasa proses memetik dilakukan.Tujuan percampuran dilakukan untuk mengurangkan perbezaan kualiti menghasilkan kesamaan percampuran sehingga mendapat purata kualiti serat.


Terdapat 2 percampuran yang dilakukan iaitu:


i. Sistem konvensional

Bales yang telah dibuka akan disusun beberapa kumpulan mengikut nisbah kualiti yang telah ditetapkan, diletakkan di sepanjang konveyer penghantar atau hopper. Kapas mentah akan diletakkan diatas hopper mengikut nisbah campuran. Kapas dari pelbagai gred ini akan diletakkan bercampur-campur bagi menjamin keseragaman campuran.


ii. Sistem moden

bales dari pelbagai kualiti disusun sebelahmenyebelah mengikut nisbah campuran yang ditetapkan. Bales disusun samaada dalam bentuk barisan atau bulatan. Alat yang digunakan untuk mengambil jambak kapas dipanggil Automatic Bale Opener atau Plucker dan ia bergerak secara ulangalik pada barisan kapas atau berpusing untuk bales yang disusun bulat. Satu set Whirldisc Beater akan membuka dan mengawal jumlah serat dari bales dan disedut menggunakan angina ke mesin seterusnya. Automatic Bale Opener atau Plucker akan mengambil kapas dari bales secara berterusan dan di hantarkan ke Automatic Mixer dimana semasa proses opening dan cleaning kapas akan tercampur secara lebih sekata. Oleh itu, proses blending boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu:


a. Percampuran bale

Merupakan operasi pertama percampuran. Bale kapas disusun mengikut peratus kualiti Negara pengeluar dan diletakkan di atas konveyer atau menggunakan Automatic Bale Opener atau Plucker secara bercampur mamandangkan serat kapas merupakan serat semulajadi.


b. Percampuran melalui operasi mesin

Operasi ini berkait rapat di antara operasi opening dan blending atau blending dan cleaning kerana semasa operasi ini kapas akan tercampur bersama.


3. Opening

Fungsi opening dalah untuk membuka serat-serat mampat kepada bentuk jambak-jambak kecil bertujuan untuk proses pembersihan dan percampuran bahan mentah dengan lebih baik.

Kaedah konvensional dilakukan menggunakan mesin seperti Bale Breaker atau Blending Feeder. Pembukaan dilakukan dengan menyusun kepingan kepingan bale ke Feed Lattice yang akan membawa ke Inclined Spiked Lattice, Evener Roller dan Doffing Roller dan bertindak menggunakan spike pada arah berlawanan. Tindakan ini menghasilkan pembukaan dan percampuran pada masa yang sama.


4. Cleaning

Bertujuan membuang kotoran dengan membuka serat-serat kapas kepada jambak-jambak kecil supaya ia terdedah untuk memudahkan bendasing dipisahkan. Tindakan opening dan cleaning berkait rapat.


Elemen penting mesin cleaning ialah beaters dan grids bars. Beaters membuka kapas dengan menarik jambak dari feed roller menggunakan spike beater yang berpusing atau ketika jambak-jambak dibawa menggunakan angin. Jambak-jambak yang terbuka akan dihantar kearah grid bars yang mengekalkan serat tetapi membenarkan kotoran jatuh diantara ruang-ruang pada bars. Serat-serat tersebut dibawa kepada proses seterusnya.


5. Regulating

Penghantaran jambak-jambak yang telah dibuka, dibersih dan sejenis memerlukan bentuk yang bersesuaian untuk penghantaran ke mesin carding. Terdapat 2 jenis penghantaran ke mesin carding:


a. Proses konvensional memerlukan serat-serat kapas yang

berbentuk kepingan dan digulung dinamakan lap.

b. Chute feeding menggunakan aliran angin sebagai kaedah

penghantaran kapas yang disambung dari blowroom terus ke

mesin carding.


PROSES CARDING


Proses carding ialah proses asas dalam pembuatan yarn untuk menselarikan serat. Ia juga merupakan diantara proses pembuatan spun yarn apabila serat staple dibuka, dibersih, dan dibentuk kepada benang berterusan tidak berpintal dipanggil sliver.


Objektif

1. Membuka jambak-jambak bahan mentah kepada serat-serat individu.

2. Membuang kekotoran dan habuk dari bahan mentah.

3. Meleraikan hampir keseluruhan neps yang meningkat akibat proses blowing.

4. Membuang serat-serat terlalu pendek yang terdapat pada bahan mentah.

5. Meningkatkan darjah percampuran bahan mentah.

6. Penyusunan serat-serat pada arah selari.

7. Pengumpalan serat-serat kepada bentuk jaringan (web) dan dibentuk menjadi talian serat tidak berpintal dipanggil sliver sesuaiuntuk proses seterusnya.


Prinsip Carding

Bahan dari blowing dihantar ke mesincarding dalam bentuk jambak-jambak serat dalam pelbagai saiz, tidak tersusun dan mengandungi serat-serat pendek serta kotoran yang tidak dibuang ketika proses blowing.


Dua tindakan carding:

1. Tindakan carding

Memisah, membuka dan menyusun serat diantara dua permukaan.

2. Tindakan Stripping


Pemindahan serat dari satu permukaan kepada permukaan yang lain. Tindakan ini berlaku pada duatempat iaitu antara Licker-in dan Silinder dan antara Silinder dan Doffer.


Tindakan carding dan stripping ini berlaku ketika penghantaran serat diantar permukaan-permukaan yang dipenuhi dengan wayar (berbentuk mata gergaji atau wayar bengkok dihujungnya).


1. Bahagian kemasukan ke Cylinder

a. Chute feeding atau lap

Jambak-jambak serat dimasukkan ke mesin carding dalam bentuk

blowing lap atau chute feeding.

b. Feed roller

Kepingan jambak-jambak serat melalui plate permukaan licin dibawa

kearah feed roller. Pergerakan perlahan feed roller menunjukkan

kemasukan jambak-jambak serat ke licker-in atau taker-in.

c. Licker-in

Jambak-jambak serat diambiloleh licker-in menggunakan gigi pada

permukaannya (berbentuk mata gergaji) bertujuan menyikat dan

memisahkan kepingan serat yang dihantar oleh feed roller. Serat-serat

akan melalui mote knife untuk proses pembersihan.

d. Mote knife

Membuang kotoran, serat pendek, habuk dan bendasing lain pada serat-

serat dan membuangnya ke licker-in aste. Jarak (gauge) di antara

licker-in dan mote knife ditentukan untuk memastikan serat-serat

pendek dan kotoran sahaja dibuang.


2. Cylinder ke Top Flat

Serat-serat longgar dari wayar licker-in ditanggalkan menggunakan wayar

silinder menuju kearah top flat. Pergerakan silinder lebih cepat dari top

flat dan bergerak pada arah yang berlawanan. Tindakan ini akan

memisahkan jambak-jambak serat dari wayar silinder menjadi serat-serat

individu. Serat-serat panjang akan kekal pada silinder menuju ke doffer

manakala serat-serat pendek, kotoran, neps dan bendasing terperangkap

pada wayar flat (berbentuk wayar bengkok dihujung)


3. Doffer ke Bahagian Penghantaran

a. Doffer

Serat-serat silinder akan dihantar kedoffer dimana pergerakan doffer

lebih perlahan berbanding silinder untuk menghasilkan jaringan

serat(web). Serat-serat yang tidak dapat diambil oleh doffer akan

melalui proses carding semula sehingga serat-serat pendek dan kotoran

yang masih terdapat di silinder dibuang. Pembuangan serat-serat

pendek dan kotoran juga berlaku pada bahagian bawah silinder dipanggil

grid bars dan serat panjang akan melalui semula proses sebelum ini.

b. Fly Comb

Serat-serat dari doffer akan ditanggalkan menggunakan alat seperti

sikat menghasilkan jaringan serat (web) dipanggil fly comb.

c. Coiling

Jaringan serat dikumpulkan dan ditarik menggunakan calendar roller

untuk dilalukan ke trumpet (memampatkan jaringan serat) menghasilkan

carded sliver. Sliver menuju kearah coiler melalui tube menghasilkan

lingkaran bulatan di dalam tong (can).


Contributor : Nurulfarhana Binti Zakaria ( 10DMT05F023 )

0 comments:

Ranking

Blog Listing