THE JKM PSP STUDENT BLOG

The JKM PSP Student Blog

by s i p u t u r b o | 9:52 PM in | comments (1)

Nama blog ini telah ditukarkan dari The Official JKM PSP Blog kepada
The JKM PSP Student Blog atas nasihat daripada Penasihat blog ini iaitu En Che Ghani B. Che Kob. Namun url tidak berubah untuk mengelakkan penurunan pengindeksan blog ini di enjin carian.

Blog ini dikendalikan oleh beberapa orang pelajar Semester Akhir JKM PSP yang mengambil subjek J5822 Seminar..

Jika terdapat sebarang komen atau cadangan boleh di emailkan kepada
jkmpsp@yahoo.com

Rapidshare

by s i p u t u r b o | 9:42 PM in | comments (3)



Saya telah menggunakan webhoster ini untuk mengupload semua nota-nota dalam kategori Downloads

Ini kerana ia adalah antara webhoster yang stable connection antara server-servernya. Maka masa untuk muat turun untuk disingkatkan kerana kelajuan muat turun telah dioptimumkan.

Keburukannya ia tidak boleh multi-downloads jika tidak mempunyai premium account dan menyebabkan perlu untuk menunggu lebih kurang 30 minit untuk mendownload fail yang lain dari Rapidshare ini.

Kebaikannya ialah connectionnya laju dan fail akan auto delete apabila tidak aktif selama 90 hari. Bermaksud jika tidak dimuat turun selama tempoh tersebut.

Sekian.

Downloads Category

by s i p u t u r b o | 9:34 PM in | comments (0)


Saya mewujudkan satu kategori Downloads di mana para pelajar boleh memuat turun nota-nota yang telah diupload hasil daripada sumbangan pelajar dan juga pensyarah untuk dikongsi bersama..

Selamat Mendonlod


Slide Show mengenai J4125 Robotik Dan Automasi Perindustrian oleh :


En Rozman B. Mohd Shariff

Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Politeknik Seberang Perai

Pulau Pinang

Size 1.5 MB



Download


E4141 Sistem Kawalan 1

by s i p u t u r b o | 9:16 PM in | comments (1)

Bab 1 Pengenalan Sistem Kawalan

Bab 2 Prinsip Pengawal

Bab 3 Pengawal Analog dan Berdigit

Bab 4 Rangkap Pindah

Bab 5 Ujian Kestabilan dan Prestasi

Bab 6 Analisis dan Rekabentuk Root-Locus Serta Sambutan Frekeuensi

Size 3 MB



Download


Contributor : Student of Politeknik Ungku Omar

Bab 1 Sistem Automasi

Bab 2 Pengenalan Kepada PLC

Bab 3 Rekabentuk Perkakasan PLC

Bab 4 Pengaturcaraan

Bab 5 Aplikasi PLC Dalam Industri

Bab 6 Pemilihan & Penyelenggaraan PLC

Size 1.1 MB



Download


Contributor : Student of Politeknik Ungku Omar

J3009 Kajidaya Bahan 1

by s i p u t u r b o | 9:10 PM in | comments (0)

Bab 1 Daya-Daya Pada Bahan

Bab 2 Tegasan Suhu Dan Bar Majmuk

Bab 3 Daya Ricih Dan Momen Lentur

Bab 4 Tegasan Lentur

Bab 5 Tegasan Ricih

Bab 6 Kilasan Aci

Size 1.5 MB


Download


Contributor : Student of Politeknik Ungku Omar

J3007 Lukisan terbantu Komputer

by s i p u t u r b o | 9:04 PM in | comments (0)

Chapter 1 Introduction to AutoCAD

Chapter 2 Commands and data input

Chapter 3 Draw Commands

Chapter 4 Edit Commands

Chapter 5 Display control

Chapter 6 Drawing aids

Chapter 7 Layer

Chapter 8 Block

Size 18.7 MB


Download


Contributor : Student of Politeknik Ungku Omar

J2006 Termodinamik 1

by s i p u t u r b o | 8:58 PM in | comments (0)

Chapter 1 Basic Thermodynamics

Chapter 2 Non-Flow Process

Chapter 3 Flow Process

Chapter 4 Properties of Steam

Chapter 5 The Second

Chapter 6 Law of Thermodynamics

Chapter 7 The Steam Power Cycle

Size 2.3 MB


Download



Contributor : Student of Politeknik Ungku Omar


E2063 teknologi Elektrik 2

by s i p u t u r b o | 8:55 PM in | comments (0)

Chapter 1 Basic Principles of Electromagnetism

Chapter 2 Introduction to Direct Current Generator

Chapter 3 Introduction to Direct Current Motor

Chapter 4 Alternating Current Electric Machine

Chapter 5 Transformer

Size 15.1 MB


Download


Contributor : Student of Politeknik Ungku Omar

B2001Matematik 2

by s i p u t u r b o | 8:51 PM in | comments (0)

Bab 1 Indeks dan Logaritma

Bab 2 Pembezaan

Bab 3 Penggunaan Pembezaan

Bab 4 Pengamiran

Bab 5 Penggunaan Pengamiran

Bab 6 Nombor Kompleks

Size 3.4 MB


Download


Contributor : Student of Politeknik Ungku Omar

J3022 Teknologi Bahan 1

by s i p u t u r b o | 8:45 PM in | comments (0)

Bab 1 Struktur Bahan Dan Sistem Aloi Penduaan

Bab 2 Logam Ferus

Bab 3 Kerja Logam, Proses Tuangan Dan Rawatan Haba Pada Keluli

Bab 4 Ujian Mekanik

Bab 5 Kakisan

Bab 6 Logam Bukan Ferus

Bab 7 Plastik

Size 8.1 MB


Download


Contributor : Student of Politeknik Ungku Omar

J2003 Teknologi Workshop 2

by s i p u t u r b o | 8:35 PM in | comments (0)

Bab 1 Sistem Padan Dan Had

Bab 2 Mesin Raut Atau Kisar

Bab 3 Mesin Canai

Bab 4 Kerja Asas Kimpalan Gas

Bab 5 Kerja Asas Kimpalan Arka

Size 17.8 MB


Download


Contributor : Student of Politeknik Ungku Omar

RSS Feed

by s i p u t u r b o | 9:59 PM in | comments (0)

What is RSS Feed?
RSS is short form for Really Simple Syndication is on of the web feed used of purpose to publish frequently update from blog entries or website. It contains a full summary of the subscribed blog or website with only full of text. So, the readers can keep updating with their favorites blog or website using this without going through their favorite website and check them manually. And the easiest to view it in XML format

For more information click here

You also can subscribe this blog by enter your email here !!!

Web Bookmark

by s i p u t u r b o | 9:55 PM in | comments (0)

What is Internet Bookmarks?


We can save the url of our favourites website or blogs in the internet browser. So, we can retrieve back the saved url by clicking in Internet Explorer in Favorites Mozilla Firefox in Bookmarks. It is the easiest way to collect all our favourites links and web in this Internet Bookmarks. There are a weak point in Internet Bookmarks that is we can only go through our Bookmarks in the same browser in same computer. Where else we copied and transfer to other internet browser so we can use our Bookmarks.

For more information click here

Categories and Blog Archives

by s i p u t u r b o | 9:48 PM in | comments (0)

Sukar untuk mencari artikel yang anda inginkan dan mahukannya?Klik pada label Categories..semua artikel telah dikategorikan mengikut kategori masing..



Anda juga boleh mencarinya di Blog Archives..cuma perlu open directory bagi setiap bulan..contohnya Mac..segala artikel yang telah dipost pada bulan Mac akan terletak di bawah archive Mac.

Vote this blog

by s i p u t u r b o | 9:42 PM in | comments (0)

Anda digalakkan untuk vote blog ini di blog-blog directory yang telah saya daftarkan..ia akan meningkatkan ranking sesuatu blog di directory tersebut selain daripada meningkat pelawat yang datang ke blog ini...

Caranya mudah cuma klik pada salah satu button daripada blog-blog directory yang dipaparkan seperti dibawah...



Jom vote untuk JKM PSP blog

Tips Pelajar Cemerlang Part 2

by s i p u t u r b o | 10:24 AM in | comments (0)

4. HAFALAN SERTA CARA MENGATASINYA


Sebelum menghafal pelajar perlu memahami apa yang hendak dihafal.


Jika pelajar berasa bosan atau sempit semasa menghafal adalah kerana tidak mempunyai minat untk menghafal perkara yang ingin dihafal. Untuk mengatasi masalah ini pelajar seharusnya memupuk minat untuk menghafal dengan menghafal secara bersungguh sungguh.


Pelajar perlu menghafal dengan menggunakan pen dan kertas , mencatat perkara yang dihafal. Ini akan memantapkan lagi perkara yg dihafal dan Ini akan mengelak masalah lupa apabila fakta tersebut diperlukan.




5. BEBERAPA PENDAPAT YG PENTING, PANDUAN BERDASARKAN BEBERAPA KAJIAN DAN KEPUTUSAN ILMIAH


Tindakan kejiwaan.


Pelajar perlu sentiasa memastikan jiwanya tenang sebelum belajar, jiwa yang berserabut tidak akan membantu kita untuk belajar. Jalan termudah ialah menyenaraikan punca berlakunya keserabutan ini dan memberitahu diri sendiri bagaimana masalah ini boleh berlaku. Dan seeloknya mencari jalan penyelesaian.


Membaca adalah satu kesenian dan dilakukan dengan latihan

Semasa membaca satu baris ayat , proses membaca terjadi apabila pandangan anda tertumpu pada bahagian barisan itu,kemudian pandangan itu dipindahkan ke bahagian lain dan ke bahagian ketiga dengan gerakan yang cepat.


Yang penting dalam masalah ini separuh bahagian lebih dikuasai pembacaannya pada waktu membaca. Maksudnya, mengenai fokus gerakan penglihatan. Bila anda mampu memindahkan pandangan dari satu bahagian ke bahagian lain dengan cekap, daya ingatan anda mengenai maklumat yang dibaca dapat bertahan lebih lama. Walaupun begitu , gerakan kedua belah mata dalam perpindahan ini mempunyai had tertentu tentang kemampuan pembacaan anda.




Pembaca yang baik


Pembaca yang baik ialah yang dapat memindahkan pandangan matanya dari sebahagian ke sebahagian yg lain dalam satu baris ayat dengan sistematik sehinggalah ayat itu habis dibaca. Pandangan matanya itu diulang-ulang perpindahannya dengan gerakan yang cepat kepada fakta yang berhampiran dari permulaan baris yang berikutnya.


Apa pun keadaannya, bacaan yang baik adalah bacaan yang senyap. Gerakan kedua bibir mulut akan mengurangkan darjah kelajuan membaca, akan cepat penat dan akan cepat hilang kesungguhannya untuk membaca.




Ringkaskan maklumat yg anda baca dan ujilah diri anda sendiri.


Buat nota kecil atau nota ringkasan setiap kali anda menjumpai fakta-fakta penting semasa anda membaca, ini memudahkan anda untuk mengulang kaji sekiranya anda terlupa tentang fakta berkenaan, maka tidaklah menyusahkan pelajar untuk membuka buku yg tebal untuk membaca semula untuk mencari fakta yang diinginkan.




6. BAGAIMANA MENGHILANGKAN PERASAAN WASWAS DAN TAKUT GAGAL.


Kaedah:


1. pelajar mestilah berpegang dengan akidah yang amat kukuh dan mantap


2. perlu bersungguh melaksanakan kewajipannya untuk belajar dan beribadat.


3. pelajar perlu berani menyelesaikan sebarang masalah secara berhadapan.


4. perkara yang paling penting pelajar perlu percaya kepada diri sendiri.


5. kita perlu menjaga semangat bergembira dan berjenaka. Bergembira dan bersuka ria yang dilakukan oleh seorang pelajar biasanya janganlah sampai mengganggu daripada meneliti pelbagai urusan yang dibebankan dan tanggungjawabnya. Di hendaklah melaksanakannya dengan tenang dan tetap pendirian.


6. Selain itu pelajar perlu menambah kemahiran individu untuk menambahkan keyakinan dalam diri contoh mahir melukis, mahir mengarang dan sebagainya.


7. para pelajar juga seharusnya mengikut jejak langkah orang yang telah berjaya.


8. pelajar perlu meminta perlindungan kepada ALLAH SWT dari waswas syaitan.




7. TIDUR YANG BETUL.

Tidur yang paling sempurna ialah tidur yang nyenyak. Walaupun sekejap ia kan dapat memberikan kecergasan kepada seseorang ketika menjauhkan diri daripada katil.



Bagaimana caranya untuk mendapatkan tidur yang tenang dan merehatkan.


anda hendaklah tidur dibahagikan rusuk anda yg sebelah kanan dan letakkan tangan anda di bawah pipi anda. Dicatatkan dari beberapa kajian ilmiah bahawa adalah lebih baik anda menyediakan kesihatan untuk tidur. Ini adalah satu laporan kerana cara ini dianjurkan oleh Rasulullah SAW mengenai sunnah tidur.


anda tidak boleh tidur dalam keadaan sedang memikirkan pelbagai masalah. Sebelum anda pergi ke katil, anda hendaklah mencari jalan penyelesaian masalah anda. Jika anda tidak mampu, ceritakanlah dengan kadar kemampuan anda kepada orang yang sudi mendengar seperti seorang kawan,rehatkan lintasan pemikiran anda mengenai perkara yang berlaku dan lakukan beberapa sikap yang menyenangkan jiwa seperti menyanyi dan sebagainya.


anda sewajarnya menjaga darjah suhu kepanasan tapak kaki anda. Tapak kaki yang sejuk akan mencegah dari tidur. Hendaklah anda menggunakan satu bekas air panas atau memakai stoking bulu yang panjang.


Jangan tidur dalam keadaan yg terlampau kenyang atau terlampau lapar.

Tidur adalah musuh kepada masalah yang dibuang.


Memadailah anda merehatkan diri sedikit dem-demi sedikit dan pemikiran anda hendaklah ingat terhadap peristiwa yang jauh seperti langit yang tidak dapat difikirkan atau diteliti.



8. MENJAGA KESIHATAN JIWA.

Kesihatan jiwa adalah alah satu cara untuk mendapatkan kecemerlangan.


Cara menjaga:

i. Kenalilah diri anda


ii. Janganlah menipu diri anda sendiri


iii. Ketahuilah jalan penyelesaian dengan cara yang betul.


iv. Berikan tumpuan kepada kerja anda.


v. Anda mestilah menumpukan ingatan anda sekarang

(jangan anda merasa banyak ruginya terhadap apa yg tidak dapat anda perolehi dan merasakan takut serta risau terhadap perkara yg akan datang, bahkan anda hendaklah kembalikan diri anda dengan menumpukan ingatan anda sekarang. Ini adalah jalan terbaik untuk mengukuhkan pendirian anda, cepat buat persediaan dan menyiapkan diri untuk masa depan anda.)


vi. Jadikanlah diri anda sendiri sebagai teman.


vii. Jaga kesihatan jasmani anda.

(manusia adalah kesatuan jasmani dan jiwa. Jasmani yg sakit atau badan yang teraniaya akan mengurangkan kemampuan individu membanteras pelbagai krisis jiwa dan kemasyarakatan yang dihadapi dan begitulah sebaliknya. Jiwa yang teraniaya akan mengurangkan tindakan untuk melawan pelbagai penyakit jasmani).



BEBERAPA PESAN UNTUK MENJADI SESEORANG PELAJAR MENCAPAI CEMERLANG.


Di bawah ini adalah ringkasan beberapa pesanan penting yg boleh membantu seseorang mengulang kaji pelajaran dan mendapat kecemerlangan.


1. Anda hendaklah bertaqwa kepada ALLAH SWT selepas dan sebelum melakukan sesuatu kerana konsep taqwa adalah merangkumi semua perkara, lebih-lebih lagi kerehatan diri serta ketenangan jiwa yang dirasai hasil bersifat takwa kepada ALLAH SWT akan membantunya mencapai kejayaan.


2. Bataskan tujuan anda mencari kejayaan yang jelas dan kehendak anda belajar. Faktor ini adalah satu daya pendorong yang kuat untuk mengekalkan cara belajar yang baik.


3. Ambil berat tentang persediaan jiwa anda untuk belajar, sediakan jiwa anda untuk proses belajar yang mempunyai kesan sebenarnya untuk membantu pelajar menumpukan ingatan.


4. Peliharalah persediaan tempat belajar dan suasana yang berada di sekeliling dengan beberapa ciri-ciri yang kita telah sebutkan.


5. Bataskan waktu khusus untuk anda mulakan belajar. Kebiasaannya penentuan waktu itu akan menentukan satu daya dorongan.


6. Ambil berat mengenai hal keadaan anda dari segi kesihatan dan pastikan tidak ada kerisauan jasmani atau pelbagai sudut kecuaian yang menyakitkan yang kadang-kadang menghalang proses belajar.


7. Ambil berat keadaan anda dari segi kerohanian untuk memelihara keselamatan jiwa dan kesejahteraan akal. Perkara ini tidak akan terjadi kecuali beriltizam dengan akhlak agama serta adab-adab dan pelbagai arahan serta pengajaran mulia.


8. pastikan bahawa waktu belajar yang paling baik adalah pada ketika tidak berasa penat, tidak lapar, tidak terlalu kenyang.


9. wujudkan satu keadaan yang boleh mencergaskan tenaga ingatan, bukannya keadaan berehat-rehat dan bermalasan-malasan yang boleh menggagalkan hasil capaian dan menghalang penguasaan yang baik.


10. Kebanyakan pelajar memulakan pelajarannya dengan kaedah yang menyulitkan. Oleh sebab itu, adalah lebih baik memulakannya dengan kerja-kerja rutin seperti menyusun buku rampaian , kertas-kertas tulisan atau menyalin pelajaran yang tidak lengkap keterangannya. gerak kerja ini dianggap sebagai pemelihara dan penanam aktiviti belajar.


11. Ulang semula pelajaran yang lalu untuk memulakan pelajaran yang baru.


12. Sentiasa belajar lebih dari satu mata pelajaran dalam satu hari untuk menghilangkan rasa jemu dan sempit. Lebih baik mempelajari beberapa bahagian dari mata pelajaran berbeza sebagai ganti mengkhususkan satu hari dengan hanya satu mata pelajaran.


13. Ikutilah cara belajar yang mithali dan rangkumkan pelbagai kaedahnya.


14. Ambil berat dengan proses mengulang semula antara semasa ke semasa untuk mengetahui sejauh mana penghasilan anda. Mengatasi bahagian-bahagian yang kurang faham dan mengulang kaji semula untuk mendapatkan bahagian yang tidak dapat dikuasai dengan sempurna atau tidak dapat dihafal sebagaimana sepatutnya.


15. Kefahaman membantu memantapkan sesuatu mata pelajaran dalam pemikiran. Oleh itu, atasi segala halangan yang berada di hadapan anda. Perkara ini telah disebutkan di dalam fasal yang membicarakan cara mengatasi masalah kefahaman dan hafalan.


16. Pelupa adalah berlawanan dengan mengingati. Fahamilah sebab-sebabnya, dan atasi sebab-sebab perbuatan yang menyebabkan anda menjadi pelupa.


17. ingat bahawa cara belajar yang baik adalah satu proses memikirkan untuk mencari kecergasan diri, bukannya satu sikap negatif. Oleh itu, berusahalah menjawab pelbagai persoalan yang ada kaitannya dengan tajuk yang dipelajari, ringkaskan pelajaran dengan bahasa anda sendiri yang khusus, syarahkan pelajaran itu kepada orang lain atau berbincang mengenai tajuk itu bersendirian. Laksanakan pelbagai fikrah yang terkandung di dalamnya dan jangan meminta bantuan dari orang lain kecuali jika anda terlalu perlukan bantuan itu.


18. Ambillah satu jadual masa berehat yang mencukupi antara masa kosong anda untuk mendapatkan hasil pelajaran. Mulakan belajar pada masa yang lain secara khusus (belajar pada masa yg berasingan) jika kedua mata-pelajaran itu hampir serupa untuk mengelakkan dari berlakunya bahan maklumat yang bercelaru.


19. Laksanakan pelbagai arahan atau kaedah untuk membantu tidur yang menenangkan lagi merehatkan.


20. Selalulah membaca ayat kursi sebelum dan selepas belajar.



Contributor : Nurul Aida Mastura ( 10DMT05F035 )


Tips Pelajar Cemerlang Part 1

by s i p u t u r b o | 9:59 AM in | comments (0)

Ada beberapa perkara penting yg kita perlu tahu sebagai pelajar cemerlang:-


1. faktor-faktor yg disediakan untuk belajar.

2. kaedah yg utama untuk belajar.

3. dasar penting untuk belajar.

4. masalah kefahaman dan hafalan serta cara mengatasinya

5. beberapa pendapat yang penting , panduan berdasarkan beberapa kajian dan keputusan ilmiah

6. bagaimana menghilang perasaan waswas atau takut gagal.

7. tidur yg betul.

8. menjaga kesihatan jiwa.


1. FAKTOR2 YG PERLU DISEDIAKAN UNTUK BELAJAR.


DAYA DORONGAN UNTUK BELAJAR.

Mengikut ilmu psikologi manusia akan mempelajari sesuatu bila beliau merasa suka untuk belajar, mempunyai kemampuan untuk belajar, diberi peluang untuk belajar, diberikan pandangan mengenai apa yg dipelajari . Melainkan kemampuan, peluang dan panduan itu tidak akan diberikan semuanya jika seseorang pelajar tidak mempunyai daya dorongan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan belajar. Oleh sebab itu, jika diambil kesimpulan daripada ungkapan ini, kita akan mengatakan : ”TIDAK BOLEH BELAJAR TANPA ADANYA DAYA DORONGAN YANG SEBENARNYA”.


Daya dorongan adalah syarat yang perlu bagi setiap kali kita belajar dan mengingati

pelajaran. Setiap kali daya dorongan itu kuat, bertambahlah perlakuan untuk belajar.


Daya dorongan yang kuat untuk mengingati pelajaran akan bertambah dengan adanya sikap kesedaran diri, memfokuskan ingatan, mengabaikan rasa kepenatan, berusaha tidak bersikap bosan. Seseorang pelajar banyak menerima dan memproses mata pelajaran yang dipelajarinya akan menjadikannya bertambah tekun serta mampu untuk melawan faktor keinginan yang mengagalkan untuk bermuzakarah(belajar).


Sebaik-baik daya dorongan untuk mengingati pelajaran adalah seseorang pelajar itu belajar semata-mata mencari keredaan Allah S.W.T., beliau belajar dan berada dalam kecemerlangan, berusaha membangun kemajuan dan mengembalikan umat Islam di mercu pelayaran kemajuan manusia sebagaimana sebelumnya. Dengan demikian, seseorang pelajar itu akan mendapat bantuan dari Allah SWT serta taufik dan hidayahNya semada hidup di dunia dan ganjaran pahala semasa di akhirat kelak.


Kadang-kadang seseorang itu belajar dan mencapai kecemerlangan untuk mendapatkan kekayaan dan kemasyhuran. Sesiapa sahaja yang berniat demikian kadang-kadang mendapat hasil kejayaannya yang kadang-kadang sebaliknya.


Yang paling penting seseorang pelajar itu mestilah mempunyai daya dorongan untuk belajar.umpamanya untuk membantu keluarga yang miskin,untuk orang yang tersayang mahu pun untuk seorang kawan.



PERSEDIAN JIWA YANG BETUL DAN SEMPURNA UNTUK BELAJAR.

Seorang pelajar cemerlang tidak akan memulakan pelajaran melainkan jiwanya benar-benar bersedia untuk menerima pelajaran. Pemikiran yg bercelaru atau hatinya dipenuhhi dengan perasaan yang terlampau suka atau dukacita, akal pemikirannya tidak akan menerima apa yang dibaca oleh kedua matanya. Sekiranya seorang pelajar itu mengulangi pelajarannya dan memahami dengan keaadan seperti ini, kefahamannya tidak mantap dan akan mudah lupa.


Cara mengatasi- cara terbaik untuk menyediakan jiwa untuk mengingati pelajaran ialah seseorang pelajar itu sewajarnya memulakannya dengan mengambil wudhu’ untuk mengembalikan kecergasannya dan kehayatannya.


Kemudian menghadirkan niat, itu akan mendorong untuk mengingati pelajaran dengan keadaan berdoa kepada Allah SWT. Mulakan pembelajaran dengan membaca doa dan membaca selawat serta salam kepada rasulullah SAW. Dengan erti kata lain “nawaitu itu penting


Pelajar tidak boleh memaksa jiwa untuk belajar. Ia akan mengakibatkan rasa jemu, membuang waktu serta kesungguhan tanpa sebarang faedah.. “LAKUKANLAH PENYELESAIAN SEMUA PERMASALAHAN ANDA MENURUT KADAR KEMAMPUAN SEBELUM MEMULAKAN MENINGATI PELAJARAN”.


Permasalahan jiwa, perasan , kemasyarakatan dan selainnya sewajarnya dilakukan menurut keadaan kesannya. Melakukan penyelesaian sesuatu masalah agar inya menjadi lebih sempurna adalah dengan mengajukannya kepada orang lain, terutama nya yang lebih tua daripada kita dari segi usia, keilmuan dan pengalaman dalam kehidupan, (kiranya kalau dengan kawan tu bolehlah juga). Dengan melakukan perkara ini penyelesaian terhadap kecergasan, kesan kekuatannya dan kemampuan hidup untuk meneruskan segala tugas kita.


Peringkat umur antara 14 hingga 24 tahun adalah peringkat usia pembentukan kelahiran pelbagai perubahan dalam tabiat jiwa secara umumnya dan memandang kepada masa depan. Peringkat ini bersesuaian dengan gejolaknya nafsu seks dan kebebasan perasaan dalam kehidupan kita semua. Dari sini lahirlah pelbagai permasalahan pelajar dari segi seks dan perasaan. Dalam peringkat ini , setiap pelajar lelaki dan perempuan akan memikirkan jantina orang lain, lantas pemikiran mereka beralih kepadanya. Dari sinilah, pemikiran mereka tentang seks ini akan mengganggu perlakuan, akhlak dan seterusnya proses mengingati pelajaran.


Kekeluargaan memainkan peranan penting untuk memupuk jiwa pelajar. Keluarga yang tenteram akan melahirkan pelajar yang cemerlang. Kasih sayang dari keluarga memainkan peranan penting untuk membantu pelajar untuk mengingati pelajaran. Sekiranya pelajar itu tiada atau kurang dorongan dari keluarga seharusnya beliau mencari daya dorongan yang selain dari keluarga contohnya seorang kawan.




PERSEDIAN TEMPAT BELAJAR.


Suasana tempat belajar memainkan peranan penting untuk belajar, suasana bising dan tidak tenteram tidak membantu kita untuk mengingati pelajaran. Pelajar seharusnya mencari tempat yang tenang untuk belajar.


Cahaya lampu yang terang sepatutnya diarahkan dari saru sudut, iaitu sudut sebelah kiri tempat anda belajar. Pencahayaan yg lemah menyebabkan perasaan mengantuk.


Warna bilik yang sesuai..”WARNA THERAPY”. Warna kegemaran anda juga merupakan warna terapi dalam hidup anda



Menyusun dan mengatur peralatan sekeliling tempat belajar sebelum mengulang kaji. Susun semua buku anda. Jangan meletakkan buku-buku lain di tempat anda belajar seperti komik dan sebagainya, melainkan buku-buku tertentu bagi mata pelajaran dalam jadual yang anda susun sebelum anda mengulang kaji.


Seseorang itu merasa susah untuk memulakan pelajaran- Cara mengatasinya ialah memulakan dengan melakukan kerja rutin seperti mengemas buku-buku, segala-gala kertas kerja atau memindahkan sesuatu yang kurang teratur. Amalan ini dapat menggalak kepada sistem belajar. Ia boleh merehatkan jiwa dan menjauhkannya daripada gambaran sikap kacau bilau (jiwa kacau) yang secara langsung akan memberikan satu gambaran yang tidak baik kepada jiwa pelajar.( x aman).


Pengudaraan bilik juga penting. tingkap perlu dibuka semasa belajar untuk memastikan pelajar dapat bernafas dengan udara yang segar. udara yang tidak beredar akan menyebabkan darjah kepanasan menjadi tinggi dan kelembapan akan menjadi tinggi.


Kesihatan jasmani juga memainkan peranan penting dari segi fizikal ,makanan dan minuman. Salah satu tip ialah menyuap makanan ke dalam mulut perlahan lahan. makanan hanya akan dinikmati kesedapannya dengan menyuap ke dalam mulut perlahan-lahan dan mengunyahnya perlahan-lahan.


Senaman perlu dilakukan oleh seorang pelajar. Pelajar yang cemerlang adalah seorang pelajar yang cergas dan cerdas dari segi IQ dan EQ. Orang perempuan kena banyak bersenam, tidak boleh tidur selalu.


Untuk tidur yang sempurna pelajar perlu merehatkan semua anggota tubuh badan anda sehinggalah anda merasai tubuh badan anda sedang ditimpa satu benda yang berat dan bernafaslah dengan satu gaya pernafasan yang mendalam.




2. KAEDAH YANG UTAMA UNTUK BELAJAR.


a. KAEDAH BELAJAR SECARA BERTERUSAN DAN BERPERINGKAT-PERINGKAT.

b. KAEDAH KESELURUHAN DAN KAEDAH DIBAHAGI-BAHAGIKAN

c. MEMPERDENGARKAN KEPADA DIRI SENDIRI.


A. KAEDAH BELAJAR SECARA BERTERUSAN DN BERPERINGKAT-PERINGKAT.


Sebagaimana yg jelas dari namanya kaedah ini, sama ada seseorang pelajar itu belajar dengan cara beberapa peringkat belajar diselangi dengan peringkat rehat, iaitu setiap satu jam belajar, dia akan berehat selama 5 minit untuk memperbaharui kecergasan pemikiran dan jasmani atau seseorang pelajar itu akan menggunakan kaedah belajar ecara berterusan. Dengan menggunakan kaedah ini pelajar akan terus belajar selama beberapa jam yg lama untuk mempelajari pelajaran tanpa henti dan tanpa diselangi antara ilmu dengan gerak kerja lain atau antara pelajarannya dengan aktiviti lain sehingga seseorang pelajar itu dapat menyelesaikan semua pelajarannya.


Satu kajian mencatatkan bahawa cara belajar berperingkat-peringkat dalam beberapa jeda masa adalah terlebih baik secara umumnya dari cara belajar dengan menggunakan kaedah secara berterusan dalam satu jangka masa. Belajar secara berterusan akan membuatkan pelajar cepat bosan dan mengantuk.




B. KAEDAH KESELURUHAN DAN KAEDAH DIBAHAGI-BAHAGIKAN.


Kaedah secara keseluruhan adalah berasaskan mempelajari sesuatu pelajaran dari awal sehingga akhirnya dan membaca semuanya sekali gus sekalipun terdapat banyak perenggannya. Pelajar akan mengulangi pelajaran sehingga faham untuk kali kedua sehingga faham. Kadang-kadang sehingga kali ketiga barulah pelajar faham. Pelajar akan dapat memahami setiap ayat sehinggalah dapat menghafalnya.


Kaedah membahagi ialah kaedah di mana membahagi mata pelajaran kepada beberapa kumpulan yang berasingan. Pelajar akan mempelajari setiap kumpulan itu dengan had tertentu, sekalipun setiap satunya menggambarkan teori yg belum sempurna.


Setiap kaedah belajar mempunyai faedahnya tersendiri tetapi ia lebih bergantung kepada panjang sukatan pelajaran dan jenisnya, kadar kerumitannya atau kemudahannya, usia pelajar, darjah kepintarannya dan pengalamannya.


Kaedah belajar secara keseluruhan mempunyai kelebihan apabila digunakan jika mata pelajaran itu tidak panjang atau tidak susah dan mata pelajaran itu mempunyai kumpulan semula jadi atau ungkapan bersiri. seorang pelajar itu akan dapat menghubungkaitkan antara bahagian tajuknya. Beliau akan dapat memahami semua bahagia tajuk dengan merangkumi keseluruhannya.


Kaedah bahagi ini selalunya digunakan untuk mata pelajaran yg terlampau panjang atau susah. Adalah lebih baik dibahagikan-bahagikan kepada bahagian yg sesuai. Kaedahnya ialah menyusun mata pelajaran mengikut kumpulan tertentu dan mempelajarinya mengikut jangka masa yang tertentu.


Untuk memastikan mendapat faedah dari kedua-dua kaedah pelajar seharusnya menggabungkan kedua-dua faedah itu. –mulakan belajar secara keseluruhan dan menguasai semua maksudnya secara ringkas. Kemudian tumpukan pemusatan kepada beberapa bahagian yang susah difahami sebahagian demi sebahagian. Akhir sekali gabungkan semua bahagian dalam satu kumpulan keseluruhan. Kaedah ini juga dipanggil “kaedah membahagi-bahagi dan ulang semula”. Kaedah yang digunakan oleh pelajar yang telah mencapai kecemerlangan. Terdapat juga segelintir pelajar cemerlang yg tidak sedar beliau menggunakan kaedah ini dan mencapai kecemerlangan. Ini kerana teori kaedah pembelajaran ini tidak ketahui ramai.




C. KAEDAH MEMPERDENGAR KEPADA DIRI SENDIRI.


Pelajar akan berusaha mengulang semula mata pelajaran yg dihafalnya atau difahaminya ketika berhasil selepas dalam jangka masa tertentu. Oleh itu memperdengarkan kepada diri sendiri adalah kaedah yang paling berkesan. kaedah ini dapat mengembalikan kecergasan untuk belajar.




3. DASAR PENTING UNTUK BELAJAR.


• Bertakwa kepada ALLAH S.W.T.

Seorang pelajar yang beragama seharusnya bertanggung jawab dan tidak merasa malas untuk bersungguh-sungguh belajar,tidak mencuaikan keazamannya untuk terus mendapat segala ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih baik. tidak mengikut hawa nafsunya serta kelazatan yang boleh menjauhkannya dari ajaran agama ketika menunaikan kewajipannya mencapai ilmu.


• Kecergasan

Belajar yang lebih baik ialah belajar dengan kesungguhan dan kecergasan.


• Faham dan susun

Pelajar seharusnya meringkaskan mata pelajarannya dengan bahasanya sendiri, membahagikan kepada beberapa bahagian yang sesuai, mencari bahagian yg lebih kurang sama atau berlainan, berusaha menggabungkan bahagian-bahagian ini ke dalam kumpulan yang sempurna sirinya dari segi ungkapan atau semula jadi untuk menjadikan sebagai satu makna yang memudahkan kita untuk memahaminya.


Fahaman kita akan bertambah setiap kali bertambahnya kaitannya dengan masalah lain. Membuat nota kecil juga mempunyai fungsi yang sama seperti ini.


• Ulang semula

Pelajar mesti membuat ulangan kepada semua mata pelajaran atau bahan yang telah ia pelajari. Pakar-pakar menasihatkan kepada para pelajar jika anda tidak mahu mengikuti sistem pengulangan untuk membaca semula mata pelajaran atau bahan yang telah dipelajari, anda jangan belajar dan jangan mengkritik diri anda sendiri semata mata kerana anda mudah lupa.



• Mengetahui sejauh mana pengetahuan yang diperoleh

Seorang pelajar yang yg mengetahui sejauh mana penghasilan ilmu pengetahuannya dianggap satu faktor pendorong untuk meneruskan pelajarannya. miasalnya jika anda mahu menembak satu sasaran secara berterusan tanpa mengetahui atau memperbetulkan sasaran, anda tidak akan dapat menembak sasaran dengan tepat. Tetapi sekiranya anda mengetahui berapa jarak tersesarnya peluru anda,anda akan dapat memperbetulkan sasaran di mana sama ada anda perlu merendahkan sedikit sasaran atau meninggikan sasaran sekiranya peluru tersasar ke bawah. Begitulah perumpamaan pentingnya seorang pelajar mengetahui kadar penghasilannya dan pembelajarannya terhadap mata pelajaran, peringkat kemajuannya dan penguasaannya.



• Mengetahui matlamat

Mengetahui matlamat belajar dapat memudahkan proses menghafal. Sama ada pelajar itu membaca untuk memahami atau menghafal atau untuk persediaan peperiksaan, tujuan khusus inilah yang melahirkan matlamat belajar. Dengan adanya matlamat ini proses pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Membaca atau mengkaji ilmiah akan menyebabkan pelajar dapat melihat perhubungan antara perbagai perkara yang hendak diperoleh dan menghubungkaitkan antara sebahagian dengan sebahagian yang lain. mengambil berat tentang bacaan atau kajiannya menjadikannya boleh berfikir sama ada dengan berperasaan atau tidak. Pelajar yang membaca bukan dengan tujuan khusus akan kehilangan semua matlamatnya.



• Ulang kaji dan membuat latihan

Berterusan mengulang kaji pelajaran berulang kali,menyelesaikan pelbagai latihan dan mempelbagaikan praktikal yang berbeza mempunyai kesan yang jelas terhadap hafalan yang telah dihasilkan, mengukuhkan kemantapan dalam kotak pemikirannya dan tidak mudah lupa.

Seorang pelajar itu akan terlupa 60% dari mata pelajarannya yg telah dihafalnya

jika beliau tidak mengulang semula. hafalannya, iaitu mempraktikkannya secara

berterusan.



• Memulakan dengan ilmu yang kukuh

Pelajar seharusnya mulakan mempelajari ilmu yang susah dalam masa pemikiran sedang lapang. Penting kepada pelajar untuk memulakan proses belajar dengan pelbagai pengetahuan susah dan sukar semasa otak pemikiran berasa lapang sebelum kemampuannya menjadi terhad.

• Percaya kepada diri sendiri.

Mempercayai diri sendiri akan lahir dengan kepercayaan kepada ALLAH SWT yang akan memberikan pahala ganjaran kepada sesiapa yang memperoleh kejayaan, bersungguh-sungguh dan tidak menzalimi sesiapa pun. Iktikad yang mantap ialah, Allah SWT tidak akan mempersiakan pahala sesiapa yang baik amalannya. seseorang itu tidak akan memperolehnya melainkan berusaha , bersungguh sungguh, meninggalkan segala larangannya, tidak memperlekehkan hak para hamba ALLAH SWT. semuanya akan menyampaikan kepada semangat beramal dan berterusan mengerjakan ibadah, seterusnya akan mendapat kemenangan dan kejayaan.



Contributor : Nurul Aida Mastura ( 10DMT05F035 )


INTRODUCTION

Development of computer numerically controlled (CNC) machines is an outstanding contribution to the manufacturing industries. It has made possible the automation of the machining processes with flexibility to handle small to medium batch quantities in part production.

Initially, the CNC technology was applied on basic metal cutting machines like lathes,milling machines, etc. Later, to increase the flexibility of the machines in handling a variety of components and to finish them in a single set-up on the same machine, CNC machine capable of perfoming multiple operation were developed. To start with, this concept was applied to develop a CNC machining centre for machining prismatic components combining operation like milling, drilling, boring and tapping. Further, the concept of multi-operation was also extended for machining cylindrical components which led to the development of turning centres.


More details here !!!

Part 1 Part 2 Part 3


Source from : www.hornsey.inter-base.net www-ieem.ust.hk www.engr.sjsu.edu


Contributor : Nur Anwar Fatimi B. Osman ( 10DJL05F026 )


Tujuan @ Objektif :

Melakukan pengujian bagi mengukur tahap rintangan pelbagai jenis struktur tekstil terhadap pelelasan menggunakan alat pengujian Martindale Fabric Abrasion Tester.


Peralatan :

Martinadale Abarasion & Pilling Tester, Sampel Fabrik, Foam, Fabrik Pelelas, Felt dan

Kanta Pembesar.


Langkah Kerja :

  1. Conditioning pada piawai atmosfera perlu dilakukan pada kesemua sampel dan fabrik piawai untuk pengujian.
  2. 4 sampel tersebut dipotong menggunakan pemotong yang disediakan berdiameter 38 mm selepas conditioning dilakukan.
  3. Sejumlah 4 fabrik foam dipotong menggunakan pemotong yang sama.
  4. Jumlah yang sama dipotong menggunakan pemotong berdiameter 140 mm iaitu dari piawai fabrik pelelas.
  5. alah satu pemegang spesimen diambil dan skru dibuka pada baahagian bawah pemegang sehingga kelihatan nut tembaga insert dan pemegang.
  6. Brass nut diletakkan pada metal mounting device yang terletak dihadapan mesin.
  7. Salah satu sampel yang dipotong diletakkan berkedudukan permukaan kebawah pada nat.
  8. Salah satu kepingan foam diletakkan di atas sampel.
  9. Metal insert diletakkan diatas bahan dengan bahagian rata di bawah.
  10. Pemegang pada susunan tadi di skru semula dengan memastikan sampel berkenaan selari. Langkah diatas diulang bagi kesemua sampel. (Kesemua bahagian pelelas mempunyai nombor, setiap nombor mesti mengikut bahagian yang ditetapkan)
  11. Bearing housing dikeluarkan dari setiap bahagian pelelasan dengan membuka skru nat dan mengangkat bahagian tersebut.
  12. Bahagian atas plat pergerakan dikeluarkan dari mesin.
  13. Skru ketiga-tiga nat dibuka pada setiap bahagian dan clamping ring dikeluarkan.
  14. Potongan felt diletakan kemudian fabric pelelas bagi setiap bahagian.
  15. Pemberat diletakkan dimana ia merupakan pemberat yang mempunyai pemegang untuk memastikan susunan tadi selari dengan mesin.
  16. Ketiga-tiga nat dan clamping ring diletakkan semula pada keduduakn asal dan diikat sehingga clamping ring berkedudukan selari.
  17. Plat atas diletakan pada mesin dan bahagian slot mesin dicari.
  18. Setiap pemegang spesimen diletakkan pada lubang yang betul dan bearing housing diletakkan semula dan diikat kemas.
  19. Beban pada bahagian atas spindle diletakkan.
  20. Counter mesin dilaraskan dan suis dihidupkan untuk memulakan pengujian.

Pelarasan Counter Mesin :

  1. Mesin disambung pada suis utama dan suis “on” pada bahagian belakang sebelah kanan mesin dihidupkan. Lampu pada “power” akan menyala.
  2. Nombor pusingan yang diperlukan dilaraskandengan menggunakann kekunci pada counter utama di bahagian tengah mesin. Butang merah ditekan manakala kunci panah ditekan untuk melakukan perkara tersebut.
  3. Jumlah batch counter diatas counter utama dipastikan memberi bacaan kosong, sekiranya tidak tekan butang “zero” pada sebelah kanan display.
  4. Butang “*” pada display besar ditekan dan ia akan menjadikan counter individu kosong.
  5. Mesin bersedia untuk melakukan pengujian.
  6. Jika ingin memberhentikan counter individu, sebagai contoh apabila point penghujung telah sampai tetapi masih terdapat tetapi masih terdapat sampel yang perlu dilelaskan,ikuti langkah berikut:

    a. Tekan nombor yang diingini

    b. Tekan “0” untuk memberhentikan counter,apabila anda menekan butang hijau untuk menghidupkan mesin, keseluruhan counter akan memulakan pergerakan tetapi counter yang dipilih akan memegang nombor ketika diberhentikan.

  7. Sekiranya anda ingin memulakan counter secara individu ikuti langkah berikut:
    1. Tekan nombor counter yang ingin anda pilih
    2. Tekan “1” kemudian counter akan memuaskan pergerakan secara automatik.
  8. Sekiranya anda ingin menghilangkan counter individu, ikuti langkah berikut :
    1. Tekan nombor counter yang anda ingin pilih.
    2. Tekan “2” dan nombor counter akan hilang.

ARAHAN AM


1. Pengujian dimulakan dengan menekan butang hijau.

2. Gosokan berterusan akan dilakukan oleh mesin sehingga jumlah pusingan sama dengan nombor yang dilaraskan pada batch counter. Mesin akan berhenti secara automatik dan penggera berbunyi menandakan pengujian telah tamat.Butang merah ditekan pada batch counter untuk memberhentikan penggera.

3. Butang reset merah dan butang hijau ditekan bagi membolehkan mesin beroperasi kali kedua sekiranya memerlukan pusingan yang lebih sama seperti sebelum ini.

4. Nombor pada jumlah batch ditukarkan seperti biasa dan butang hijau ditekan jika pengujian memerlukan pusingan yang lebih dengan pelarasan berbeza bagi meneruskan pengujian.



PROSEDUR PENGUJIAN

Terdapat dua kaedah pengujian pelelasan, iaitu :

1. Pengukuran pemutusan spesimen

i. Empat spesimen yang diperlukan diletakkan di bahagian-bahagian yang bernombor pada mesin.

ii. Jarak spesimen yang ditentukan diperiksa pada spesimen tanpa mengeluarkan spesimen dari pemegang.

iii. Kanta pembesar diperlukan untuk pengujian.

iv. Pada bahagian yang diuji spesimen akan mempunyai sekurang-kurangnya 2 benang putus di bahagian yang diuji.

v. Gosokan diteruskan hingga spesimen mencapai point penghujung.

2. Pengukuran kehilangan berat

i. Jadual dibawah menunjukan jarak kehilangan berat yang perlu diukur.



Siri Pengujian

Jumlah Gosokan Dimana Pemutusan Berlaku

Pengukuran Kehilangan Berat Pada Jumlah Gosokan

A

≤1000\

100,250,750,100,(1000)

B

>1000 ≤ 5000

500,750,1000,2500,(7500)

C

>5000 ≤ 10,000

1000,2500,5000,7500,10,000,(15,000)

D

> 10,000 ≤ 25000

5000,7500,10,000,15,000,25,000, (40,000)

E

>25,000 ≤ 50,000

10,000,15,000,25,000,40,000,50,000,(75,000)

F

> 50,000 ≤ 100,000

10,000,25,000,50,000,75,000,100,000,(125,000)

G

>100,000

25,000,50,000,75,000,100,000,(125,000)



Contributor : Nurul Aida Mastura ( 10DMT05F035 )



Ranking

Blog Listing